"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 8, 2020

Majlis perkahwinan yang tertunda-tunda....@ kemelut Covid19

 

Bismillah Calligraphy 36.svg




Peristiwa dalam kehidupan rakyat Malaysia berbagai dalam
 menghadapi kemelut wabak Covid19.
Sahabat saya entah berapa kali menunda 
majlis pernikahan anak bongsunya.
Apakan daya. Tiada sesuatu yang berlaku tanpa Izin Allah.
Semoga Allah terus Redha kerana kesabaran yang ditunjukan.
Alhamdulillah.

Majlis kenduri saya hadiri bersama anak dan suami di Shah Alam
 baru-baru ini sebelum timbulnya kemelut baru yang sekarang kita hadapi.
 Sahabat saya ini amat akrab dan seperti adik beradik sendiri. 
Kata orang  bijakpandai 
sebenarnya kasih sayang kekeluargaan tidak perlu ada 
aliran warisan darah. 
Yang perlu ialah keyakinan Allah itu
 maha Kasih Sayang pada hamba-hambanya dan
 jika kita ta'at padaNya sepenuhnya, limpahan kurniaan kasih sayangNya
pada semua hambanya tidak berbelah bagi.

Dalam konteks ini mungkin kita ingin muhasabah diri bila mendengari
 kata-kata sesetengah orang bahawa anak anagkat dan anak tiri 
tidak akan sama jalinan kasih sayang.
Sebenarnya hanya Iman dan taqwa yang menentukan.
 Maka janganlah ada lagi dalam bahasa kita mengatakan:
".....Dia itu dianak-tirikan...." Dan ada yang menyembunyikan fakta 
bahawa seseorang itu bertaraf anak angkat.
Allah itu maha Bijaksana, maha Pengasih dan maha Penyayang dan 
maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi
 dan maha Menentukan.
KepadaNYA kita berusaha dan bertawakal.
Mohon Belas Kasihan dan Kasih Sayang Mu ya Rabb......




Wednesday, October 7, 2020

Rindu Rinduan di Umur Tua (1)....

Bismillah Calligraphy23.svg


Dua minggu dulu saya dan suami ziarah seorang teman rapat 
di Kg Tunku Petaling Jaya.
Sudah lama niat ingin ziarah tetapi belum kesampaian.
Satu hari kami lepaskan segala masaalah dan kunjung ke rumahnya.
Kami ada tugas sambilan dan Alhamdulillah dapat berbuat
 dua perkara dalam satu masa.
Kami panggil namanya Kak Bedah. Suami saya bersama-sama suaminya
 buat kelas pengajian di rumahnya dan sudah hampir tiga tahun berhenti
 kerana suaminya telah meninggal dunia.
Kelas itu ditutup dan dari sejak itu jarang-jarang sekali dapat berjumpa.


Kak Bedah pakar masak- memasak dan kunjungan hari itu
 kami makan tengah hari.
Alhamdulillah, amat sedap dan rasa nostalgia kerana dahulu kami beremapat 
makan bersama dan makan di luar juga bersama. Kak Bedah masak 
kegemaran suami saya.... Asam pedas kepala ikan.

 

Rumah Kak bedah besar dan selesa. Suami saya duduk teringatkan
 cerita-cerita sembang 
semasa belum tua. Begitulah lumarah hidup.
Semoga dapat berziarahan lagi.


Tuesday, October 6, 2020

What Is The "Because"?.....@UMMAH: KENAPA SUKAR BERSATU | Ustaz Badli Shah Alauddin

                      
Alhamdulillah. Saya ingin kongsikan Video di atas. 
Ustaz ini banyak memberi kefahaman buat kita semua
 mengapa senario politik di negara kita dan di dunia Islam 
di luar sana tidak mudah bersatu.
Fakta EGO antara sebabnya.
Semoga Allah beri kefahaman dan menurunkan 
Taufiq dan HidayahNya
semoga kita dapat bersatu dan boleh berusaha bersama
 menghadapi fenomena akhir zaman
yang kata setengah ustaz lain sudah amat dekat.
Allahu'alam.



Jangan Rugi macam saya rugi (2)......@ Inilah Cara Berdoa Rasulullah SAW Setelah Selesai Shalat T...



Bismillah Calligraphy 36.svg

Alhamdulillah saya temui video di atas dan saya ingin kongsikan.
Dahulu pernah saya kata saya rugi dalam banyak hal dalam kehidupan saya kerana amat kurang Ilmu.
Semoga siapa yang hadir di sini tidak akan rugi macam saya rugi.
Jom ikuti......


Monday, October 5, 2020

Untuk Alih Kejemuan fikiran politik seperti tidak hirau Covid19 @Cara Baru Tanam Bonggol Pisang Agar Cepat Berbuah..


Assalamualaikum....
Beberapa hari kenelakangan ini saya rasa jemu dengan karenah politik kini kerana seperti tidak menghiraukan bahaya Covid19 yang kini kembali dengan bilangan yang membimbangkan.
Maka saya berbincang dengan anak bagaimana mengatasi masaalah mahu meneruskan projek ikhtiar mengerjakan tanaman di atas tanah wakaf yang saya ceritakan sebelum ini. Kalau ada PKP sekali lagi bagaimana kerja yang dirancang.....


Saya berminat membantu anak saya mahu menanam pisang jika sesuai dan keluasan tanah mencukupi. Video di atas memberi semangat buat saya kerana arwah bapak saya adalah pekebun bertanam ubi keladi keledek dan dan tanam durian belanda dan ciku di kawasan berdekatan rumah. Sebuah nostalgia. Maka saya kongsikan video ini untuk pengunjung blog saya yang berminat melupakan sementara waktu karenah politik yang memeningkan kerana ia boleh menjejas kehidupan rakyat biasa.
Semoga Allah memelihara Malaysia dari segala bencana dan rakyat dapat berikhtir mengubah diri selaras dengan fenomena akhir zaman yang sering diceritakan olen beberapa ulamak Malaysia dan di luar Malaysia.
Semoga Allah memudahkan usaha kearah mendapatkan Redhanya dan semoga sejahtera dunia akhirat.
Aamiin ya Rabb.....


Friday, October 2, 2020

JAWAPAN SEBENAR....@ Why and by Who was This Virus made?


Assalamualaikum....

Kelmarin rakyat dimaklumkan wabak Covid19 kini kembali lagi dan ada kemungkinan kita dikenakan semula semua sistem pertahan diri dan negara yang kini sudah dilonggarkan.

Mari kita fahami lebih dekat lagi mengenai virus ini dan semua virus yang ada di dunia.
Semoga kita menyedari hakikat sebenar, menginsafi keadaan dan mengubah diri.
Ayuh kita semua gigih mencuba dan semoga Allah kurnia keamanan zahir dan batin.
Sama-sama kita berdoa. Kita semua perlukan kekuatan dan kebijaksanaan dari Allah yang maha Pencipta dan maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Mohon keampunan Mu ya Rabb......



Wednesday, September 30, 2020

DAJJAL by Sheikh Hamza Yusuf. Reflection on Muslim's Ummah.


Assalamualaikum.
Yang berikut ini untuk mereka yang lebih selesa mendengari ceramah dalam Bahasa Inggeris.
Saya suka mengikuti Shaikh Hamzah Yusuf ini. Semoga ia bermunafaat.
Salam.
Related Posts with Thumbnails