"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 7, 2020

Rindu Rinduan di Umur Tua (1)....

Bismillah Calligraphy23.svg


Dua minggu dulu saya dan suami ziarah seorang teman rapat 
di Kg Tunku Petaling Jaya.
Sudah lama niat ingin ziarah tetapi belum kesampaian.
Satu hari kami lepaskan segala masaalah dan kunjung ke rumahnya.
Kami ada tugas sambilan dan Alhamdulillah dapat berbuat
 dua perkara dalam satu masa.
Kami panggil namanya Kak Bedah. Suami saya bersama-sama suaminya
 buat kelas pengajian di rumahnya dan sudah hampir tiga tahun berhenti
 kerana suaminya telah meninggal dunia.
Kelas itu ditutup dan dari sejak itu jarang-jarang sekali dapat berjumpa.


Kak Bedah pakar masak- memasak dan kunjungan hari itu
 kami makan tengah hari.
Alhamdulillah, amat sedap dan rasa nostalgia kerana dahulu kami beremapat 
makan bersama dan makan di luar juga bersama. Kak Bedah masak 
kegemaran suami saya.... Asam pedas kepala ikan.

 

Rumah Kak bedah besar dan selesa. Suami saya duduk teringatkan
 cerita-cerita sembang 
semasa belum tua. Begitulah lumarah hidup.
Semoga dapat berziarahan lagi.


No comments:

Related Posts with Thumbnails