Peristiwa dalam kehidupan rakyat Malaysia berbagai dalam
menghadapi kemelut wabak Covid19.
Sahabat saya entah berapa kali menunda
majlis pernikahan anak bongsunya.
Apakan daya. Tiada sesuatu yang berlaku tanpa Izin Allah.
Semoga Allah terus Redha kerana kesabaran yang ditunjukan.
Alhamdulillah.
Majlis kenduri saya hadiri bersama anak dan suami di Shah Alam
baru-baru ini sebelum timbulnya kemelut baru yang sekarang kita hadapi.
Sahabat saya ini amat akrab dan seperti adik beradik sendiri.
Kata orang bijakpandai
sebenarnya kasih sayang kekeluargaan tidak perlu ada
aliran warisan darah.
Yang perlu ialah keyakinan Allah itu
maha Kasih Sayang pada hamba-hambanya dan
jika kita ta'at padaNya sepenuhnya, limpahan kurniaan kasih sayangNya
pada semua hambanya tidak berbelah bagi.
Dalam konteks ini mungkin kita ingin muhasabah diri bila mendengari
kata-kata sesetengah orang bahawa anak anagkat dan anak tiri
tidak akan sama jalinan kasih sayang.
Sebenarnya hanya Iman dan taqwa yang menentukan.
Maka janganlah ada lagi dalam bahasa kita mengatakan:
".....Dia itu dianak-tirikan...." Dan ada yang menyembunyikan fakta
bahawa seseorang itu bertaraf anak angkat.
Allah itu maha Bijaksana, maha Pengasih dan maha Penyayang dan
maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi
dan maha Menentukan.
KepadaNYA kita berusaha dan bertawakal.
Mohon Belas Kasihan dan Kasih Sayang Mu ya Rabb......
No comments:
Post a Comment