CAHAYA
Dicelah-celah kegelapan tersinar cahaya
Disebalik luka-duka pasti lahir penawarnya
Yang gelap-gelita pasti terang akhirnya
Tiada lagi pedih-peri yang akan dirasainya
Jangan mencari cahaya di tempat terang
Kerana tempat dibanjiri cahaya tidak lagi dihargai nikmatnya
Lihatlah cahaya diwajah-wajah muram yang merenungi jauh-jauh keawan biru
Akan nampak senyuman yang nyaman terserelah di situ.
2 comments:
Cahaya,hanya diharagai oleha mereka yang pernah berada dalam kegelapan.
Salam Makbonda. Benar yang dikata itu. Tetapi ada manusia yang tidak mengerti sepenuhnya apa itu cahaya. Kadang-kadang yang kita ingat cahaya itu adalah suatu yang menerangi dari sumber yang amat rapuh. Oleh itu AlQuran sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa bergantung pada Tali Allah yang akan menunjuk jalan yang terang benderang ke destinasi yang kekal abadi yang deredhaiNya.Tq atas pandangan.
Post a Comment