Senja di Lebuhraya dari Johor ke Utara
Perjalanan hidup di waktu senja sungguh nyaman dilihat dari luaran. Hakikatnya hanya sendiri yang tahu dan hanya Allah yang berhak menilai. Di bawah ini saya catat pemerhatian saya yang sekilas pandang menenai PERJALANAN MINDA DIUMUR SENJA. Bilangan yang saya perhati adalah tersangat rambang dan pastinya ia menjadi kurang tepat. Saya catat semata-mata untuk fikir-fikir sahaja.
Gambar-gambar yang saya paparkan di bawah ini adalah gambar hiasan,dan tiada kena mengena dengan penulisan saya. Semoga maklum jua.

.
Antara wajah-wajah sahabat diumur senja.
Saya rakam dalam majlis silaturrahim Syawal 1432/2011.
Tajaan Tuan Hj Saadulah di Hotel Singgahsana PJ.

.........
Minda diumur senja berbagai rupa.
Yang aktif ada, yang telah mula lupa-lupa pun ramai juga.
Ada yang sentiasa ke Masjid berdoa semoga baki hidup ini selesa, bahagia,
Tenang menanti giliran seperti yang dijajikan oleh yang maha Esa.
Yang masih sibuk di rumah sahaja pun boleh diduga fikirannya
Masih mahu menyusun jadual harian seperti muda sediakala
Mahu bersantai kerana badan masih sihat harta pun ada
Kenapa mesti asyik mengingat mati, itu sikap "fatalistic" katanya
Fikirannya masih seperti mereka yang mempengaruhi mindanya ketika muda,
Jarang sekali ke majlis ilmu, dulu, sekarang dan mungkin selamanya.
Tidak menyedari hidup ini mati akhirnya, bila-bila masa sahaja
Mereka menyangka jika tidak memikir mati, maka mati itu boleh ditunda
Ke padang golf dan ke club house masih dalam ingatan sentiasa
Bukan tak boleh...boleh, tetapi biarlah berpada -pada
Ibadah yang lain janganlah terpinggir kerana kita kesuntukan masa
Takut bila dipanggil untuk ke Sana kita belum bersedia
Waktu di rumah relax dan santai pun biar berpada
Tak perlu lagi menonton drama yang tiada faedah untuk umur senja
Berkejaranlah menambah ilmu dan beramalah supaya tidak kecewa
Lantaran ibadahnya hanya solat, puasa dan membaca Yaa Sin dan tahlil sekali sekala

Ada yang sibuk saban hari mengikuti Ustaz mencari ilmu di sini sana
Rasa penyesalan yang tidak terkira kerana dahulunya tidak yakin ia berguna
Hinggalah ibu-bapa yang lanjut usia terbiar di rumah dengan bibik sahaja
Hingga lewat petang baru pulang kepenatan dan tidaklah bersembang dengannya
Ada juga yang beringat, lalu dari muda lagi sudah mula bersedia
Hidup ini sementara dan malaikat Izrael akan tiba tak tentu bila
Masanya tertumpu pada ibadah dan berbakti sesama manusia tidak mengira masa
Harta yang ada diinfakkan, tinggal sedikit sahaja untuk diri dan warisnya
Yang dahulunya suka berpolitik kini tidak aktif dan dikira bersara
Tetapi mindanya tetap tebal dengan kefahaman yang diikuti dahulu kala
Kalau fahaman itu betul, insyaAllah bahagialah ia di dunia dan juga di sana
Jika tersasar dan tidak mahu muhasabah, maka dikhuatiri menerima bencana.
Ada yang aktif dalam kerja kebajikan, alhamdulilah semoga amal bakti diterima
Ikhlas berkhidmat pastinya ganjaran berganda-ganda
Tetapi kekadang ada yang masih terperangkap dengan fikiran lama
Ikut prosidur kerja seperti dahulu tanpa mahu mengubah cara
Di umur senja sewajarnya tidak lagi terikat dengan tata kerja yang mengikat minda
Harus berani berbuat sesuatu asal sahaja prinsip Quran dan Hadith terjaga
Berani kerana benar dan semangat perjuangan harus ada
Bukan semata-mata mahu mengisi masa takut dikata: dengan masyarakat tidak mesra
Mohon maaf corat-coret ini berhenti di sini sahaja
Takut terlanjur fikir Allah pasti tidak suka
Tujuan coretan untuk pesanan pada diri jangan lihat yang tiada
Allah maha bijaksana, pasti ada perancangan bagi yang belum berusaha
Sama-sama doa dipanjatkan saban hari saban masa
Allah maha pengampun dan semoga terhapus bersih segala dosa
Jangan melihat hidup ini kita akan terus berkuasa
Alam Barzah menanti semoga Allah mengasihani, meredhai jua.
....