Entahkan berpeluang lagi atau tidak untuk tahun seterusnyan. Semoga Allah mengampuni dan meredhai diri ini.
Gambar kenanagn sebelum ke Masjid.
Saya rakamkan peristiwa kenangan di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya. Saya berterawih dan solat Eidulfitri di sana buat tahun 1432 H ini. Beberapa kenalan baru dapat terjalin silaturrahim dan amat rasa bahagia bertemu teman-teman sesama kerja dahulu.
Kusyuk mendengar khutbah.
Teman-teman sepengajian dan seperjuangan.
Teman dan "boss" di Kementerian Pendidikan dulu.
Teman-teman baru berkenalan, memberi inspirasi baru.
Teman lama "Lok" nama timangannya, (kiri).
Yang di kanan seorang teman dari JPA semasa kerja dulu.
Bila pulang ke rumah kami segera bersiap-siap untuk balik ke Kedah menziarahi bapa-bapa saudara dan emak-emak saudara yang Allah masih kurnia umur untuk bersama. Alhamdulilah, kami dapat berzirah pernuh kemesraan. Hanya satu yang saya ingatkan anak-anak. Bila menrziarah saudara mara, terutamanya ke rumah saudara tua, maka jangan lupa membawa buah tangan. Itu tanda kemesraan yang lebih dan itu tandan kesungguhan untuk meneruskan budaya memberi. Jika ramai orang suka memberi, maka akan lebih makmur hidup ini.
Emak-emak saudara, Chu Teh dan Mak Teh Chik.
Kedua-duanya hampir 80 tahun.
Cucu "Ujai" behari Raya bersama Embah dan Tok Ayah
Cucu Amanni Farissa yang tinggal bersama sebelum ke kampung neneknya di Kuala Selangor.
Sampai di sini dahulu. Saya dan suami akan ke Johor pula untuk sehari dua menziarahi kakak-kakak yang sudah kurang upaya. Nanti kita bercerita lagi. Alhamdulilah, bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurnia. Yang susah menjadi mudah, yang berat menjadi ringan jika kita bekeyakinan penuh bahawa Allah tidak menjadikan kita dan segala makhluknya sia-sia. Buat sahaja yang Allah suruh dan tinggal yang dilarang. Saya mengingatkan diri dan anak-anak agar tidak menzalimi diri. Takrif menzalimi diri harus difahami sepenuh hati semoga kita dapat pengiktirafan "hamba" sejati.
Kami memohon ampun semoga Allah meredhai.
No comments:
Post a Comment