"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 8, 2011

KELUARGA BESAR BIN HASSAN @ EDIULFITRI

Antara wajah-wajah keluarga besar bin Hassan.
Ramai lagi yang tiada di gambar kerana telah pulang awal atau lambat mensiapkan diri. 
Kami di sini selama 2 hari.

Setiap dua tahun sekali  keluarga besar Bin Hassan cuba berkumpul  kesemuanya sebagai usaha mengeratkan tali kasih sayang dan persaudaran kekluargaan. Suami saya yang tertua dan ia  menyarankan supaya ini menjadi acara yang  dapat diteruskan hingga ke anak cucu-cicit-oneng2 dan seterusnya. Semoga dapat terjalin kekuatan keluarga dan dapat mengarahkan tenaga mental dan segalanya untuk kekuatan negara dan ummah sejagat pula. 

Untuk menggarap  kekuatan masyarakat, langkah pertama adalah menjana kekuatan keluarga. Kami tidak kesempatan semasa ayah dan emak masih ada kerana masih sibuk dengan urusan perniagaan yang baru bermula dan tiada kesempatan kerana desakan jadual dan proses hidup harian yang serba kekurangan ketika itu.

Oleh itu untuk tidak melupakan perjuangan Ayah dan Emak (Tok Ayah dan Tok 'Kulim') kami menjadikan perkumpulan ini sebagai satu kemestian dalam keluarga. Selain dari perjumpaan Hari Raya, kami telah memulakannya untuk berjumpa sebulan sekali  di rumah salah seorang keluarga bermula pada  tahun lepas. Alhamdulilah,  kami telah dapat mengaturkan program dan aktiviti yamg dapat mengeratakan  hubungan anatara generasi dan  juga dalam peringkt generasi yang sama. "Legacy Bin Hassan" adalah nama projek ini. Tujuan utama adalah menjalin kasih sayang dan tujuan yang selanjutnya adalah untuk memastikan terbentuknya  sikap tolong menolong dalam keluarga tanpa mengira status pendidikan, status kerjaya dan apa jua status. Ia harus diasaskan pada jalinan ukhuwah kasih sayang berasaskan iman dan taqwa.

Kali ini kami berkumpul di Gunung Jerai Resort di Gurun Kedah. Satu pengembaraan mentadabbur alam sebagai matlamat sampingan.
Gunung Jerai Resort pada saya ia  seperti resort-resort biasa sahaja. Tetapi saya dapati harga chalet dan bilik-bilik agak tinggi. Mungkin kerana ia di atas gunung. Dan resort ini sesuai bagi peringkat muda kerana kita harus berjalan kaki dari satu tempat ke tempat lain. Sememangnya kita boleh memnggil perkhidmtan buggy, tetapi tidak convenient. Maka bagi orang seperti saya rasanya tidak mungkin saya ke sana lagi.

Agak cantik juga pemandangan dan landscape yang ada. Tetapi aktiviti lain hanya untuk yang muda. Ada air terjun, katanya. Di situlah anak-anak muda Bin Hassan mandi manda.

Program yang terpenting ialah Qiamulail dan tazkirah. sebelum Solat Subuh. Surau yang ada agak jauh dari tempat kediaman. Maka hanya suami saya yang pergi. Kami hanya "wajibkan" pada yang lelaki sahaja. Tetapi masih ada ahli lapisan muda yang tidak menghadirkan diri.

Aktiviti ini dikendali oleh ahli keluarga sendiri yang berkelulusan dari Mesir. Alhamdulilah kami mudah dalam hal itu. Cabarannya hanya dari generasi muda yang kami mahu gilap potensi beribadah pada keseluruhanya. Kami ingin membudayakan solat malam kerana ini yang memastikan "the cutting edge" dalam apa jua tindakan, dengan izin Allah.  Solat ini khusus disebut di dalam alQuran. Rugilah kita jika mengambil ringan tentangnya. Semoga generasi pelapis Bin Hassan akan prihatin dan istiqamah melaksanakannya.

Antara liku-liku jalan sejauh 12 kilometer mendaki gunung.

Antara yang "menyambut" kedatangan kami, 'meriah" dan seronok sekali.

Makan bersama adalah antara ajinda terpenting.
Sambil makan sambil "berbicara" petua hidup dan kehidupan.
Genarasi muda sekarang sudah tidak yakin pada pepatah "siapa dulu makan garam".

Ada ahli keluarga yang menjadi tulang belakang pada misi kumpulan ini.
Ahli ini yang menjadi tunjang membina sikap jati diri generasi pelapis semoga visi dan misi keluarga Bin Hassan tercapai murni.

Generasi pelapis yang perlu bimbingan dan pemantauan.

Yang punya potensi untuk digilap mengikut hanya yang syarie

Yang masih di peringkat sekolah tidak dilupai

Yang sudah berkerja dan yang di University pun
derap langkah hidup perlu diawasi

Termasuk Imadd dan Atti yang berusaha datang walaupun Atti sarat menunggu
kelahiran cahaya mata idaman hati.
 
Si kecil yang belum mengerti tetap diberi ruang membina kebolehan diri.

Dan cucu-cycu yang  terlalu aktif perlu diperhati, dan program khas harus difikirkan agar
mereka mendapat perhatian sesuai dengan pembangunan minda dan psikologi.

Ada kepimpinan pelapis yang sudah mula menunjuk bakat dan boleh dicontohi.

Yang berkerja di luar negara  juga pulang untuk berserta membina kekuatan keluarga.
Semoga Allah meredhai.

Ahli yang ketinggalan saya cari dan rakam di majlis yang lain ini.
Harap tiada yang tertinggal dan berkecil hati.

Keindahan landskap yang memikat hati.

Pandangan matahari masuk dilihat dari varanda chalet kami.

Akhirnya melihat jauh mengharapkan keluarga ini dapat menerajui kepimpinan negara
dan menegakkan kebenaran Islam sebagai agama.
Semoga Allah memudahkan dan melimpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga.

No comments:

Related Posts with Thumbnails