EidulAdha 1439 / 2018 telah berlalu. Kesedihan keluarga belum surut sepenuhnya. Kami kehilangan ahli keluarga tersayang, Nur Hamidah namanya. Dia adik suami saya dan baru berumur 56 tahun.
Pemergiannya mengejutkan kami semua kerana tidak menjangka sakit sedikit yang dihadapinya menjadi penyebab diluar dugaan. Begitulah manusia. Allah yang maha mengetahui bila masanya.
Foto yang disebelah ini saya rakam pada hari kedua EidulFitri yang baru lepas sahaja. Dia sekeluarga datang berziarah di rumah kami dan waktu itu dia amat ceria bergelak tertawa. Siapa pun tidak dapat menjangka.
Dibawah ini foto yang ia meminta kami merakamkannya. Agaknya dia sudah merasai sesuatu. Tahun ini ia berhari Raya di KL sahaja kerana sudah tidak ada lagi ibubapa tercinta dikedua belah pihaknya dikampung. Suami saya adalah abang yang tertua dan maka itulah dia memberi keutamaan padanya sebelum ke rumah keluarga yang lainnya.
Allahyarhamah adik saya ini punya 7 orang anak.
Empat orang masih mengaji.
Seorang yang di Turkie tidak dapat kembali.
Semoga berjumpa di Syurga nanti.
Adik Ipar saya amat saya sayangi. Semua sayang padanya.
Pada malam Jumaat itu ia meninggal lebih kurang sejam sebelum waktu
Subuh. Tiada tanda-tanda
yang nyata kata anak-anak-nya yang dapat berkumpul malam itu
kerana bergotong royong keluarga terdekat menyediakan
hantaran untuk anak lelaki sulungnya bertunang pada hari Ahad esuknya.
Manusia merancang, Allah maha menentukan.
Membuat rasa sayu dihati.
Beberapa hari sebelum Jumaat itu, Allahyarham mengirimkan mesej
dalam whatsapp family seperti yang saya turunkan di bawah ini.
Allah mengilhamkan peninggalan yang terbaik pada kekuarga jauh dan dekat.
Ini merupakan pesanan terindah. Dia menghembuskan nafas terakhirnya sejam sebelum waktu Fajr Hari Jumaat. Ini antara tanda-tanda khusnul khatimah (kematian yang baik).
Alhamdulillah. Semoga Allah menempatkan Ruhnya dikalangan Syuhada, Sidiqin dan Solihin. Aamiin....
Ye.....Allah bersumpah dengan FAJR dalam al Quran surah Al Fajr.
Semoga kita dapat menghayati hebatnya Waktu Fajr dan semoga pesanan Allahyarhamah adik ipar saya menjadi sebahagian amalannya yang Allah swt terima.
Aamiin ya Rabb......
...............
No comments:
Post a Comment