Saya berminat juga mendengari Laporan Parlimen Sessi ke14 tahun 2018.
Inilah pertama kali saya ambil masa mendengari laporn sessi
dalam uTube yang ada sejak saya bersara.
Suami saya kata saya suka membuang masa kerana tiada apa-apa
yang dapat saya lakukan jika saya tidak setuju dan tidak suka.
Tidak mengapa, saya kata padanya. Ini hanya sebuah nostalgia Pesara
yang semasa muda pernah ditugaskan untuk membantu menteri-menteri
menjawab soalan yang di kemukakan oleh ahli yang berbicara.
Gelagat pihak pembangkang membuat saya rimas kerana banyak soalan yng
dikemukan merupakan soalan yang sudah mereka tahu faktanya dan juga
amat tahu kesannya pada rakyat.
Namun mereka masih bangun bertanya agaknya dengan niat "memutarbelitkan"
fakta yang ada untuk memberi tahu rakyat bahawa yang salah
adalah Kerajaan semasa yang di pimpin oleh YAB Tun Mahathir
dan bukan salah mantan PM, DS Najib Ketua Kerajaan sebelumnya.
fakta yang ada untuk memberi tahu rakyat bahawa yang salah
adalah Kerajaan semasa yang di pimpin oleh YAB Tun Mahathir
dan bukan salah mantan PM, DS Najib Ketua Kerajaan sebelumnya.
Amat aneh sekali specie manusia.
Sudah gaharu cendana pula....Sudah tahu bertanya pula.
Sudah gaharu cendana pula....Sudah tahu bertanya pula.
Dan ada ahli Dewan yang suka menyampuk ucapan ahli lain bukan tujuan
ikhlas bertanya, tetapi semata-mata untuk mengelirukan konsentrasi
ahli yang sedang berucap mengejar masa.
Kekadang ada beberapa ahli yang enggan mengikut perintah
Tuan Yang diPertua Speaker dan ini menjadikan Dewan riuh rendah tidak
berguna dan membuang masa rakyat dan masa semua.
Apakan daya....
Begitulah manusia. Bila sudah tiada kuasa, manusia sudah tidak tahu
apa itu budi bahasa, dan apa itu erti berwibawa.
Biarkan lah.... Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Namun saya tetap berdoa Allah kurnia ksejahteraan pada semua,
dan pada Malaysia negara tercinta.
.......
No comments:
Post a Comment