Nostalgia balik kampung.....
Hari Raya kali ini.
Pohon-pohon kelapa ini berhampiran dengan rumah kedua kakak saya.
Tenang dan yaman.
Ini kedua kakak saya. Yang kanan 84 tahun dan yang kiri 80 tahun.
Alhamdulillah umur panjang dan semoga bermunafaat jua.
Saya catat entry kali ini mengenai kakak-kakak saya kerana saya sudah merasa sepertinya
masa kami bertiga bersama (adat kata) sudah amat hampir kepenghujungnya.
Allah kurnia kesihatan yang mencukupi hingga kini. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terkira.
Semoga masih berpanjangan dan memberi peluang beramal dan berjasa untuk orang lain yang memerlukan pertolongan. Walau kecil semoga dapat sama-sama membantu. Allah amat suka hambanya yang peduli pada masaalah yang ada disekeliling dan berbuat sesuatu seperti yang dikehendakkiNYA. Kami berdoa umur panjang yang bermunafaat jua.
Ziarah saya ke kampung kali ini membuat hati saya rasa sayu
teringat emak terutamanya.
Bapak saya meninggal dunia saya masih remaja 16 tahun.
Rumah asal warisan sudah lama tidak ada lagi.
Maka saya berhibur hati di rumah kakak saya yang 84 tahun ini.
Ini bunga-bunga ini di hadapan rumahnya dan anjungnya.
Bunga Ros lambang kasih sayang selamanya.
Ini kakak saya duduk di anjung bersembang. Kebetulan kami berpuasa 6. Sunat Syawal.
Alhamdulillah Allah kurnia kesihatan untuk berpuasa.
Saya baru bermula tetapi kakak saya sudah berhari Raya.
Kakak saya tinggal bersendirian. Alhamdulillah masih boleh mengurus diri.
Di foto bawah kelihatah kakak saya yang seorang lagi melintasi jalan pintas
yang semak.Ini jalan terdekat. Saya takut Ular terutamanya tetapi
beranikan diri merentasnya.
Dahulu tidak semak kerana ada rumah jiran.
Ia sudah lama meninggal dunia dan tiada siapa yang mengurus kebunnya.
Begitulah hidup di kampung. Saya cuba tidak mahu berfikir bagaiman keadaan tanah ini
bila kakak-kakak saya sudah tiada.
Ini saya di rumah kakak saya yang 80 tahun. Ia lebih kuat dan sihat dari saya.
Ia masih boleh mengurus kelas pengajian di rumahnya dan menghidang
makan minum sebagai ikatan silaturrahim. Alhamdulillah.
Ini saya dan kakak saya. Bila balik kampung inilah tempat saya bermalam.
Rumah Emak saya sudah dirobohkan untuk bina rumah anak kakak saya.
Entah berapa lama lagi saya balik ke rumah ini.
Terasa sayu jika teringatkannya. Senyap-senyap saya kesat air mata.
Mungkin tidak akan melihat lagi kebun kecil kakak saya tempat dia tanam cili,
sayur dan berbagai keperluan kecil. Saya bawa balik daun ubi,
daun kunyit dan mempelam muda.
Saya cekalkan hati dan cuba bertenang, kerana semua ini akan kita tinggalkan akhirnya.
Usahakan apa yang akan dibawa bersama.
Ini bunga yang setiasa segar setiap kali saya balik kampung.
Akan saya jadikan kenangan.
Di bawah ini kakak saya berkongsi peristiwa menyambut hari lahir
anak sulungnya di rumah saya.
Tiada emak manakan ada anak.
Kesyukuran terutama itu pada emak yang melahirkan
dan bukan kejayaan diri.
Foto kenanagn untuk waris akan datang.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang terbaik buat semua ahli keluarga......
yang terbaik di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb.....
.....................................