Tidak dapat saya lupakan diumur senja ini betapa penat rasa badan di Hari Raya kedua kerana terpaksa melalui kesesakan jalan raya yang tidak pernah saya rasai. Jam 11 pagi suami dan saya bersama 6 orang cucu dari 3 orang anak menaiki kereta Starex untuk ke Kedah menziarahi saudara mara yang tua. Anak perempuan saya yang memandu. Tiada masaalah katanya kerana dalam umur 44 tahun ia sering bekerja di luar pejabat menjadikannya pemandu yang saya yakin dengan ketabahannya. Alhamdulillah.
Bermula jam 11 pagi tetapi jam 5 petang barulah sampai di Ipoh. Perjalanan yang amat sukar buat saya walaupun saya tidak memandu. Seperti merangkak-rangkak.......
Di R & R pun sesak dengan pengguna yang mahu berurusan. Saya terpaksa berbaris untuk ke bilik air. Ini amat menyedihkan saya kerana saya sudah kurang kemampun di umur senja ini. Maka kami pun berfikir bagai mana mahu solat jamak Zohor dan Asar kerana destinasi kami ke Sungai Batu Selama Kedah masih jauh lagi.
Hati saya berdebar-deabr kalau tidak sempat........
Allah izin suami saya terfikirkan ada seorang teman di Jelapang. Maka suami saya telefon untuk singgah dan solat. Teman suami saya (Berkopih putih seperti di foto di atas) amat teruja untuk membantu kami.
Tidak ada dalam perancangan kami berziarah Raya di rumahnya. Tetapi teman kami dan isteri amat gembira menerima kami. Di Putrajaya kami tinggal di Kejiranan yang sama dan ke Surau yang sama.
Alhamduluillah.....
Pertolongan Allah amat dekat.
...........
No comments:
Post a Comment