"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 4, 2019

Semuanya ini Nikmat dari Allah....@ Tangkak kali ini......

Bismillah



Ini ayat alQuran yang ada kaitan dengan bicara kita hari ini. Semua nikmat datangnya dari Allah swt jua.


A040
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

 


Seminggu yang lalu saya berbicara dengan anak lelaki saya mengenai pentingnya kita mempunyi visi dan misi yang tepat untuk membina ekonomi diri dan ekonomi kekuarga. Kita harus ada pemahaman yang tepat dan Benar akan tujuan kehidupan ini sebelum kita berfikir panjang mengenai bagaimana mahu membina ekonomi diri dan ekonomi keluarga.(atau bagaimana kita mahu kaya raya)

Sudah disebut dalam alQuran bahawa Allah tidak menjadikan manusia dan jinn melainkan untuk menyembahNya / mengabdikan diri padaNya.

Maka pegangan hidup kita mengenai Tauhid tidak boleh disamakan dengan pegangan hidup agama lain, iaitu mengenai pengabdian yang dilakukan pada tuhan kepercayaan mereka.

Saya terpanggil untuk berbicang sedikit dengan anak saya kerana kebelakangan ini anak saya amat minat mengikuti bagaimana orang-orang di luar sana boleh jadi kaya dan berjaya dalam bidang masing-masing. Antara personaliti yang disebut adalah Steve Jobs. Antara yang dikatakan ialah mengenai komitmen Steve Jobs mengenai kuasa ghiab yang satu yang ia amat mempercayai mempengaruhi hidupnya dan kejayaannya. Kata anak saya: "Mak Tuhan tahu kepercayaan dihatinya". Benar saya kata, cuma kita tidak tahu siapa yang Steve Jobs maksudkan dengan "kuasa ghaib yang satu itu". Adakah maksudnya Lord Jesus atau siapa. Saya katakan pada anak saya bahawa saya tidak tahu sama ada Steve Jobs itu memluk Islam.

Maka apa jua yang kita ingin contohi mestilah jelas konsepnya dan cara pengabdiannya.

Anak saya terdiam dan dari air mukanya saya tahu dia tidak mahu berbicara lanjut. Saya pun slow down dan berdoa dalam hati semoga Allah sentiasa memelihara pegangan Tauhidnya. Dalam Islam percaya pada Allah itu wajib dan cara-cara pengabdian pun mesti mengikuti apa yang telah diajarkan oleh Nabi kita Muhammad saw. Saya katakan juga bahawa cara "meditation" yang ia ikut-ikut amalkan itu boleh menggelincirkan aqidah kita.

Oleh kerana ia sangat sensitif mengenai hal ini saya berhenti dan akan tukar cara dilain kali saya berbicara dengannya. Saya tahu anak-anak muda sekarang amat terpikat dengan cara-cara yang kononnya "intellectual" dan saintifik dan Tradition Ilmu Islam  yang saya ikuti tidak menampakan kecanggihan cara berfikir dan bertindak. Semoga Allah membimbing mereka pada Kebenaran yang mutlak.

Saya yakin ada yang tidak kena dengan kepercayaannya itu. Saya insyaAllah akan  bicara lagi denagnya tanpa jemu-jemu.........


Sebenarnya intipati bicara saya itu saya kaitkan dengan ceramah dari teman saya di RUMAH NGAJI di Tangkak mengenai konsep "ha za min fadhli Rabbi" seperti saya print di atas tadi. Tidak ramai yang hadir dalam ceramah itu kerana ada beberapa perkara lain yang harus dibereskan. Saya sentiasa terbuka hati kerana dalam apa jua dakwah yang kita bawakan, kalau hanya seorang yang mengikutinya pun tidak apa. Allah niali dari usaha kita dan bukan dari hasilnya.


Walaupun  tidak ramai yang hadir kita ambil foto kenangan untuk rekod rumah Ngaji yang di bina dan diuruskan oleh Hajah Nortipah yang duduk no 3 dari kanan. Alhamdulillah beliau masih dapat berusaha walaupun umurnya sudah mendekati 73 tahun.



Atas semangat "semuanya ini nikmat dari Allah" maka saya menyantuni usaha penubuhan kumpulan Usrah yang baru saja dibentuk di Rumah Naji dengan di ketuai oleh seorang Doktor perubatan yang sangat gigih dengan kerja-kerja dakwah. Beliau berdiri no 2 dari kanan. Kumpulan ini insyaAllah akan bermula hujung bulan November ini terdari ahli -ahli kelas mengaji, guru dan staf Tadika / Taska SmarTop subur Fitrah dan jiran-jiran yang terdekat.


Kami akhiri aktiviti di Tangkak dengan menghadiri Majlis Perkahwinan anak staff SmarTop yang sentiasa gigih membantu apa jua yang ia diminta membantu.
Semua Nikmat adalah dari Allah dan jika kita pegang ini dengan kuat kita tidak akan sombong. Malah kita sentiasa mensyukuri kurniaan yang Allah beri dan redha hati jika doa kita belum Allah kurnia kerana Allah maha Mengetahuai apa yang terbaik buat kita di sisiNYA.



Image result for min fadhli rabbi



.................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails