"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 31, 2020

Kalau hanya guna akal, ke mana sudahnya? @ Nostalgia MERDEKA.

A001


Hmmmm, mungkin seperti di sini sudahnya.
Satu keindahan yang di percayai bolih dikongsikan walaupun
 keindahan itu tidak realistik.
Ia hanya wujud di minda mereka yang tidak mengindahkan
 kepentingan  lain selain dari kepentingan dirinya.

OOOoooooops,
Jom cerita lain pulak.


Ini kisah seorang kawan sekolah yang hingga kini
 masih berhubungan dan 
ia menjemput beberapa kawan makan tengah hari baru-baru ini.
 Kami makan di "De Wan" berhampiran dengan
 Bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur....
 Restauran Chef Wan yang terkenal.
Sejak umur dewasa ini saya tidak selalu keluar makan
 seperti semasa bekerja dahulu.
Teman yang menjemput kami ialah Dato Esa Sharif 
yang berdiri no.3 dari kiri. 
Kami berasal satu kampung di Pontian Johor dan semua
 yang makan bersama hari itu adalah 
kekawn satu kelas semasa di tingkatan 5.
 Saya dan Dato Esa sejak tingkatan 1. Sebuah nostalgia......

 

Ini foto dari dekat. Yang berdiri itu kawan sekolah
 dan jiran sekampung....
Tamyes namanya. Semasa sekolah rumahnya sebelah rumah saya.

 

Waktu itu tidak ramai pelajar Melayu di kelas sains tulin.
 Foto di atas ini antara mereka 
yang merupakan hampir 80% lebih ramai dari kami.
 Hari ini senario seperti itu 
pasti tidak ada lagi. Sejarah buat kami.
 😃😃😂😂😂.


Foto sejarah kampungan....
Tahun 1964.Pelajar perempuan di tingkatan 5 Sains Tulin.
(Hanya 3 sahaja anak Melayu)


Kami mesra hingga sekarang. Reunion setiap tahun 
dan mini reunion kerap juga untuk kekawan di kawasan 
perumahan yang berhampiran.
(Sistem Pendidikan dahulu lebih mengeratkan perpaduan???)
Untuk fikir-fikir..... kalau ramai Melayu pandai Manderin, kita boleh
bersaing dengan Cina di Malaysia dan dari Negara China yang kini
 lebih kuat dari banyak segi berbanding Amerika Syarikat.
Kita peka dan peduli apa yang berlaku di dunia.
😆😆😆
😍

Oleh itu Kemana Sudahnya?

Walau apa pun soalan ia harus ada jawapan.....
Saya cuba jawab santai-santai.
Cuba fikir dengan kesabaran dan kebijaksanaan.
😖😖😖
Malaysia kita punya....tidak nafi.
Cuma harus bukti dengan kebolihan sejati, 
dari mulut hingga ke Hati.
Manusia tidak bolih mengubah manusia. 
Walaupun itu yang kita sangka,
dan bermati-matian tidak undur sejenak dan berfikir
 apa yang dikata dan diajar oleh Nabi kita.
Nabi Muhammad (saw) tidak pernah dusta.

 Nabi Nuh AS tidak dapat mengubah anak dan Isterinya.
Diajak naik kapal menghindar banjir besar dengan sombong berkata:
"Kami boleh lari ke Bukit, nak takut apa..."
Lalu mereka lenyap ibarat sekelip mata.
Apa pengajaran yang kita harus fikir dan ambil tindakan segera.....
Jangan hanya cakap-cakap, perlu fikir dan zikir.
Zikir hingga yang Maha Pencipta menunjuki jalan dan memelihara
kita hingga ke Garis Penamat 
yang semua manusia harus akur tanpa pilihan.

Jom kita ubah haluan.
 Allah kita dahulukan baru guna Akal Fikiran.
Mohon darinya segala keperluan. DIA Rabb yang maha Menentukan.
Bukan guna akal fikiran dan menganggap wujudnya Allah
 hanya suatu kebetulan. Astaghfirullah...Ampun ya Tuhan.

Itu sahaja catatan ini yang kerdil dan santai buat kalian. 
Semoga Allah Pimpin dan kita jitu
tidak berbelah bagi demi kejayaan yang 
Allah telah gariskan dalam alQuran dan Sunnah Junjungan.

Salam Kemerdekaan. Salam PRIHATIN semoga mendapat keampunan.
Syahadah Tauhid tiada bandingan dan terbaik Pilihan.
Rupa wajah dan warna kulit bukan jadi pertaruhan.
Jangan sia-siakan anugerah kebolihan, 
Itu kurniaan bukan kehebatan diri akibat penipuan Iblis Syaitan.
Lihat dan renung ke Langit dan kita ubah Haluan.
Semoga yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa akan menganugerah
Kasih Sayang yang membawa Kesejahteraan Terbilang dan Gemilang.

Kepada Allah kita Sujud, dan kepada Allah jua kita pasti pulang.
Semoga Allah Redha dan kita tidak terkandas kecundang
bersama arus yang masih tidak mahu menerima hakikat
bahawa Pengabdian hanya pada Allah jua yang Maha Esa dan Maha Berkuasa
Jangan kita ragu dan jangan kita bimbang.
Allah swt jangan langsung kita lepaskan.
Jangan terperangkap kata-kata indah Fitnah Akhir Zaman.
Semoga Allah mengampunkan.

Sekalai lagi Salam Kemerdekaan.

........

Thursday, August 27, 2020

Dari Umur Dua Tahun Sudah Bantu Ayah......


A001
Saya tersentuh hati melihat video diatas. Berbagai rasa timbul dihati. Kebelakang ini saya selalu mengikuti video-video seperti saya lihat video Ustaz Ebit Lew. Saya banyak tumpu video dari Channel yang viral di Indonesia. Saya keturanan pendatang dari Tanah Jawa maka itu cerita-cerita dari Indon amat menarik perhatian saya.

Saya lahir di Malaysia pada tahun 1947. Kini menghampiri 74 tahun. Saya bongsu dan kini hanya kami bertiga adik beradik yang tinggal.... kakak saya yang berumur 84 tahun dan 80. Makin tua makin saya ingat asal usul saya semoga saya akan terus mensyukuri hidup saya dan keluarga besar saya hari ini.

Alhamdulilah.... Allah kurnia berbagai pengalaman yang inshaAllah saya dapat menghayati erti kasih sayang antara ahli keluarga dan antara sesama manusia. Semoga saya akan dapat meneruskan "perjuangan" emak dan bapak saya dalam hidup walaupun semasa hayat mereka saya belum cukup faham erti hidup sepenuhnya. Saya mendengari banyak cerita diUtube orang-orang yang memerlukan bantuan. Saya membesar dalam keadaan yang amat berkurangan jika dibanding manusia lainnya. Tetapi saya tidak pernah rasa kurang sebab saya merasai cukup makan walaupun makanan itu banyak berasaskan tanaman bapak seperti ubi keladi keledek dan lainnya. Rumah kami dari papan dan bahan-bahan yang di perolehi dari belukar berhampiran. Bila saya imbas kembali sekarang agaknya kita rasa cukup sebab kita makan cukup walaupun amat jarang-jarang sekali makan daging ayam atau lembu.

Sekarang saya amat bersyukur kerana tidak seperti keadaan anak-anak seperti yang dalam video di atas itu. Ramai yang saya lihat tidak punya tempat tinggal yang secukupnya, tidak ada bilik air dan berbagai lagi kemudahan. Walaupun kemudahan hidup yang saya lalui amat minima sekali tetapi saya rasa mencukupi. Indahnya kurniaan Allah. Alhamdulilah.

Amat kasihan saya melihat anak-anak kecil yang seperti di atas itu. Ramai yang tidak bersekolah. Tetapi ini tidak bererti jika kita hidup senang kita beruntung. Allah memerhati kita mengikut ukuraNya yang telah termaktub dalam Kitab SuciNya. Saya mula rasa sayu mengingati pengorbanan emak dan bapak saya hingga saya boleh bersekolah sempurna walaupun pada mulanya bapak datang dari Tanah Jawa ia menebang hutan untuk mencari kebutuhan keluarga waktu itu. Saya tidak mengalami semuanya itu sebab saya bongsu. Saya hanya mendengari cerita dari emak dan kakak-kakak. Sekarang saya rasa kagum dengan usaha emak dan bapak saya. Namun hakikatnya ialah Allah itu maha Perancang dan maha Bijaksana, maha Adil dan maha Mengasihani. Kata Ebid Lew "Yakinlah, Allah sayang pada kita semua"....

Itu sahaja yang saya sempat kongsikan waktu ini. Lihatlah video diatas semoga kita dapat menghargai rezeki yang Allah kurnia pada kita. Kita mohon rezeki Ilmu yang bermunafaat semoga dapat menjadi asas untuk pengabdian pada Allah yang maha Pencipta. Kita mohon Taufiq dan HidatahNya semoga perjalanan hidup sentiasa dalam redhaNYa. Hidup susah atau hidup senang itu bukan asas penilaian Allah atas diri-diri kita.
Kita fikir-fikir dan zikir........


Tuesday, August 25, 2020

Saya Sudah Tidak Marah... @ WHY SHEIKH HAMZA YUSUF CHANGED? Analysis of Sh. Bin Bayyah and Sh. Ham...


A001
Alhamdulillah, Allah kurnia keinsafan mengendali hati Marah. Saya tidak seharusny rasa amat kecewa menghadapi apa jua yang berlaku dalam menjalani hidup Akhir Zaman ini. (Semoga Allah mengampuni). Saya bertemukan video di atas dan kongsikan di sini isu Shaikh Hamzah Yusuf dan penglibatannya dengan isu perjanjian damai Israel dengan UAE seperti dalam  2 entry blog saya sebelum ini.

Sebenarnya sudah lama saya mengikuti, lebih 5 tahun, penulisan dan ceramah Sh. Hamzah Yusuf ini dan saya amat seronok mengkongsikan pendapatnya bersama kekawan saya. Saya kira saya pengikut tegar di alam maya dan rasa sayang dan hormat padanya dan kerana itu saya kecewa apabila beliau terlibat dengan Perjanjian Damai antara UAE dan Israel. Seperti apa kata video di atas pastinya beliau tahu banyak perkara yang ramai tidak tahu termasuk saya tidak tahu. Ilmunya luas dan saya tidak seharusnya rasa kecewa dan marah. Mungkin ada hikmahnya dalam hal ini terjadi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Semoga Allah mengnugerah kebijaksanaan padanya dan penglibatannya menimbulkan kesan yang positif sahaja bagi semua Umat Islam. Semoga semua Umat Islam bertaut dan menjaga kepentingan di dunia semoga Sejahtera di Akhirat.

Semoga Allah mengampuni diri saya yang belum cukup sifat Sabar dalam hidup. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan melimpahkan rahmatNya yang tidak terhingga buat kita semua.
Aamiin ya Rabb.....



Monday, August 24, 2020

Marah Saya Belum Reda....@ UAE - Israel Normalization - Backstabbing Salah ud Deen Ayubi


A001
Alhamdulilah saya ditemukan video yang ini pula yang ada kaitan dengan video yang sebelum ini.Saya kongsikan buat berfikir-fikir siapa yang ada diladasan yang Benar. Kita harus sentiasa berwaspada kerana pengaruh pemikiran Yahudi Zionist ini ada di mana-mana....mungkin juga termasuk di negara kita ini. Muslihat mereka nyata tetapi startegy mereka kekadang halus dan ada pihak yang mentafsirkannya tanpa menyedari mereka tertipu. Atau tidak tertipu kerana mereka sememangnya sudah sekongkol dengan kehendak Zionist dan mereka merasakan mereka dipihak yang benar. Maka ada diantara mereka yang pandai berpura-pura. Di Malaysia ini saya secara peribadi  rasa khuatir kalau-kalau ada warga yang pandai berpura-pura untuk mencapai objektif hidup mereka selari dengan kehendak Zionist. Zionist pun ada yang bertindak bertopengkan agama. Semoga Allah sentiasa memelihara mereka yang berada dipihak yang benar seperti yang telah di sebut dalam alQuran dan Hadith.

Jom ikuti. Semoga bermunafaat buat kita semua......
Allahu'alam.....


Saturday, August 22, 2020

SAYA PUN IKUT MARAH .... @ TRUMP'S UAE-ISRAEL DEAL HAS SHAKEN THE MUSLIMS


A001
Subhanallah...Astaghfirullah, Saya rasa Marah bila melihat video di atas. Marah sendiri-sendiri. Tidak ada kekawan mahu luahkan.....
Mungkin ada juga yang marah seperti saya. Lihatlah......



Friday, August 21, 2020

Kita insafi fakta ini dan semoga Allah mendengari doa .....@The country with Muslims but no mosque


A001
Subhanallah, tersedih bila tahu ada negara yang ramai penduduknya menganut Islam tetapi kerajaan negara itu tidak mengiktirafnya dan antara yang dilakukan ialah tidak membenarkan Masjid dibina. Amat malang dan saya berdoa negara senacam ini tidak akan lama wujud di dunia ini kerana amat zalim..... kalau tidak menyiksa fisikal ia menyeksa emosi hati......

Islamic mosque building flat design illustration Premium Vector
foto hiasan ehsan carian google.

Alhamdulillah.... di Malaysia kita ada Masjid di mana-mana.
Cuma kita kekadang ambil mudah dan tidak menyahut seruan Syariah untuk mengimarahkan Masjid sepenuhnya. Dalam sejarah Islam, junjungan besar Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwasalam apabila Hijrah ke Madinah mula-mula sekali Baginda mendirikan Masjid, iaitu Masjid Quba di Madinah.

Masjid bukan sahaja lambang adanya Islam tetapi Masjid merupakan pusat perkembangan segala kegiatan Islam. Saya teringat peristiwa semasa bertugas dahulu dalam tahun 1970an dan 1980an akan seorang Vice Chancellor University Teknologi Malaysia, Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid (1975-1989) enggan pindah ke Johor Baharu jika kerajaan tidak mahu meluluskan pembinaan Masjid dalam fasa pertama dibina Kampus tersebut. Saya kagum dengan ketegasannya......

Semoga senario politik dunia berubah membela Islam dan Negara Slovakia ini  dibenarkan membina Masjid dan dibenarkan melaksana program-program Islam yang lainnya. Ingatlah wahai manusia !!!, Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Kebenaran akan menang akhirnya...... Umat Islam harus bersatu, bersabar dan berusaha bersama. 

Semoga Allah menunjuki jalan dan memudahkan segala usaha.....
Aamiin ya Rabb.



Thursday, August 20, 2020

Merindui Emak.......

KASIHNYA IBU

MERINDUI EMAK.....



A001
Alhamdulillah hari ini 1 Muharam, tahun baru Hijrah 1442. Allah kurnia umur buat saya dan semoga bermunafaat.Tadi saya melihat video di atas ini dan saya sendiri teringatkan emak. Emak saya meninggal dunia tahun 2004. Foto di bawah ini saya tidak ingat bila. Saya ziarah emak di kampung. Kakak yang jaga emak. Saya belum bersara.

Bila pulang kampung saya selalu tolak emak di kerusi roda tenguk kejiranan dan tenguk tanaman sayuran kampung yang kakak-kakak saya tanam. Dia rasa seronok ambil angin dan kekadang ada jiran yang sembang sejenak.

Kini tinggal kenanagan.........


Emak...memori Pontian
Jika ada cucu yang balik kampung kampung kami duduk legar-legar di kawasan varanda dapur. Cicit yang dalam foto ini kini belajar di peringakat sarjana muda di Kuala Lumpur. Saya lupa nama...... kini saya pun dah tua 😆.......

Merindui emak luar biasa rasanya.....
Kasih ibu hanya di hati kerana sekarang tidak lagi dapat sembang-sembang. Cerita dalam video itu pun buat saya terasa amat sayu. Jika kita masih ada emak ayah jagalah sebaik mungkin semoga tidak sedih kerinduan......
Lagi pulak menjaga ibu bapa adalah kewajipan, termasuk ibu bapa mertua. Sama tarafnya dari segi menentukan mereka terjaga sebaiknya. Ibu tua di atas rindukan kasih sayang dan kalau saya termampu pun saya ingin buat macm Utuber dalam video itu. Semoga Allah membahagiakan dia dan ibu tua itu.

Itu dahulu. Nanti kita cerita lain pula.....
Semoga Allah memuliakan emak bapak kita dan mereka sejahtera di alam Barzah sekarang. Kita juga akan ke sana. Semoga Allah bagi laluan yang kita duduk dalam dakapan redhaNYA.
Aamiin ya Rabb....





Wednesday, August 19, 2020

Saya suka Shaikh Hamza Yusuf TETAPI mengapa ini??? @UAE, Israel & Sh. Hamza Yusuf Connection


A001
Subhanallah.........
Sekarang ini saya rasa amat sedih, amat sedih sekali....tidak terkata kesedihan saya. 
Mendengari cerita mengenai United Arab Emirate membuat perjanjian damai dengan Israel sudah membuat saya terkedu berdebar hati dan rasa amat kecewa. Tetapi apabila saya mengikuti dan mendengari pula apa yang ada dalam video diatas saya rasa agak "Marah" dan rasa seperti tidak percaya Shaikh Hamzah Yusuf boleh menjadi penasihat dan pendorong untuk menjayakan perjanjian damai antara United Arab Emirates dan Israel.

Betapa saya yakin Israel (dan semua Zionists) adalah sebenar-benarnya musuh Islam. Mengapa pula Shaikh Hamza Yusuf tidak membaca dan mengerti apa yang tersurat dan apa yang tersirat. (Atau mungkin saya yang tidak mengerti dan rasa bingung dan bimbang). Saya macam tidak boleh percaya Muslihat jahat Israel ini  sedang di promosikan dan dijayakan olehnya dan Gurunya. (Maklumat dari video di atas).

Saya damaikan hati saya dengan mengatakan Allah sahaja yang maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Semoga Kepentingan dan Keselamatan Palestine tidak tergadai. Kita bolih berbeza pendapat tetapi pendapat Shaikh Hamzah Yusuf dalam keadaan sekarang ini amat mengecewakan saya. Semoga Allah mengampuni.......Semoga Allah memperbetulkan pemikiran semua yang peduli Palestine dan semoga Allah memelihara  Keistimewaan Masjid al Aqsa dan semoga  rasa bersemangat untuk berbuat sesuatu membantu mempertahankan Hak Palestine dan hak orang Islam umumnya.

Sama-sama kita renungkan ayat-ayat alQuran dibawah ini semoga Allah kurnia Taufiq dan Hidayahnya untuk mengerti hikmah disebalik apa yang sedang berlaku di dunia sekarang, dalam konteks survival negara-negara Islam, dan khususnya Palestine.


A001

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al-Israa' 17:1) |

A002

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".

(Al-Israa' 17:2) |

A003

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.

(Al-Israa' 17:3) |

A004

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

(Al-Israa' 17:4

A005

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

(Al-Israa' 17:5

A006

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

(Al-Israa' 17:6) |

A007

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

(Al-Israa' 17:7

A008

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).

(Al-Israa' 17:8


Kita difahamkan ini janji Allah. Pasti akan berlaku.
Maka kita berdoa diakhir kemelut politik ini Umat Islam akan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat dengan kurniaan pertolongan dan Rahmat Allah semata-mata. 

Sampai di sini dahulu. Insha Allah jumpa lagi.



Tuesday, August 18, 2020

SALAM MAAL HIJRAH...@ Semoga Umat Islam bertaut......

A001

Islamic new year 1442 hijri, happy muharram, islamic holiday banner background Premium Vector

Ingat sahaja semangat Hijrah seperti ayat alQuran di bawah ini semoga Allah menunjuki jalan penyelesaian kemelut politik di Malaysia kini.

A040

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(At-Taubah 9:40) |



Monday, August 17, 2020

"Minister in the making ?"..@ Covid19.

A001


MasyaAllah...tersenyum saya bila anak saya hantar
 whatsapp foto Cucu di atas.
Guru sekolah menghantar pada Ibunya.
Yb Menteri Pendidikan melawat sekolah cucu  (Amru Fathullah) yang tinggal
 dengan saya pada hari pertama Kelas Tadik (pra seolah) dibuka
 di Sek Kebangsaan Precint 8 (1) Putrajaya.
Saya rakam kerana ini sejarah buatnya dalam kemelut Covid19.

Entah apa yang di tanyakan dan diperbualkan. Saya tertanya
 sebab cucu saya ini ada masaalah speech delay (lambat bertutur).
 Maka tidak semua perkataan akan dapat di sebut walaupun ia faham
 apa yang dituturkan.

Saya lawak dengan suami "Minister in the making".
Mana tahu ia bawa barakah dan semangat bila besar nanti.
 Semoga pertuturannya cepat lengkap dan sempurna.
 Aamiin.


Teman satu kelas agaknya cuba membantu menjawab pertanyaan. 
Nampak cerdik ia.


Ini Amru di rumah dengan adik perempuannya. 


Ini rupa wajah Amru. Foto ini saya rakam semasa Solat Sunat
 EidulFitri 1441 Hijrah
 di rumah kerana tidak bolih ke Masjid.
Semoga semua cucu membesar dan menjadi anak-anak yang
 soleh dan cemerlang.
Semoga Covid19 segera reda dan dapat di basmi sepenuhnya.
Semoga Malaysia kembali pulih dalam semua sudut kehidupan 
dengan limpah kurnia Rahmat Allah buat semua. 
Aamiin ya Rabb.....



Saturday, August 15, 2020

Solidariti dengan kaum yang di zalimi....@Kita peduli UYGHUR

A001
Awal pagi tadi saya terjumpa video di atas ini. Saya rasa bersalah kalau tidak "share" dengan orang lain, Islam dan bukan Islam. Kezaliman ada di hati manusia yang tidak mengenal Allah yang mencipta manusia dan segalanya yang ada di langit dan di bumi. Atau pun mereka tahu kewujudan Allah tetapi tidak percaya dan tidak ambil peduli.

Jom kita dengari video ini. Semoga Allah kurnia peluang dan ruang buat kita membantu kaum ini. Sekurang-kurangnya kita panjatkan doa semoga Allah meningkatkan keimanan mereka dan mengiktiraf mereka sebagai hambaNYA yang amat istimewa dan di akhirat nanti mereka menjadi penghuni Taman-taman Syurga yang tertinggi sekali....Syurga Firdaus tanpa hisab. Penderitaan mereka menjadi saksi.

Dan kita yang tidak dizalimi ini harus rasa insaf dan berusaha sedaya upaya menjadi Mukmin yang bertaqwa dan membaiki diri serta peduli atas kesangsaraan orang lain dan membantu sedaya upaya dengan apa jua cara yang termampu.
Semoga Allah sentiasa bersama dan memelihara. Ujian amat berat untuk mereka dan semoga Allah memuliakan mereka.
Aamiin ya Rabb.....



Friday, August 14, 2020

When the going gets tough, the Tough gets going.... Mengajar kita erti kehidupan.


A001
Islam mengajar kita supaya jangan berputus asa dalam menghadapi apa jua masaalah dan ujian dalam menjalani kehidupan. Saya kongsikan video di atas kerana saya terkesan dengan kegigihan dan kekuatan semangat seorang pemuda ini dalam menjalani hidup.

Saya agak terkesan kerana saya teringatkan cerita kakak-kakak saya bahawa Allahyarham bapak saya ada suatu masa ia berjalan dari Benut ke Pontian (16 batu)  di daerah Pontian Kecil, Johor semasa saya belum lahir. Bapak saya warga pendatang dari Tanah Jawa dan ia harus bekerja kuat mencari rezeki untuk keluarga. Bapak saya berjalan sambil memikul setandan buah pisang. Saya tidak berapa ambil berat waktu itu kerana kerja kuat amat lumrah bagi keluarga pendatang. Tapi bila melihat video di atas lantas saya teringat bapak saya. Rasa sayu di hati kerana saya tidak bertanya balik dengan bapak saya bila kakak saya bercerita. Saya bongsu dan bapak saya meninggal saya berumur 16 tahun. Tidak pandai bercerita-cerita hal kehidupan..........

Lihatlah sendiri cerita anak muda ini ......saya kagum!
Kita bina kekuatan minda dan fisik kita.
Namun saya masih beringat-ingat bahawa "Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah....". Maka apa jua tindakan yang kita ambil ia harus termasuk dalam runag lingkup paradigma Tauhid.
Sama-sama kita fikir zikir.......



Related Posts with Thumbnails