Alhamdulillah, Allah kurnia keinsafan mengendali hati Marah. Saya tidak seharusny rasa amat kecewa menghadapi apa jua yang berlaku dalam menjalani hidup Akhir Zaman ini. (Semoga Allah mengampuni). Saya bertemukan video di atas dan kongsikan di sini isu Shaikh Hamzah Yusuf dan penglibatannya dengan isu perjanjian damai Israel dengan UAE seperti dalam 2 entry blog saya sebelum ini.
Sebenarnya sudah lama saya mengikuti, lebih 5 tahun, penulisan dan ceramah Sh. Hamzah Yusuf ini dan saya amat seronok mengkongsikan pendapatnya bersama kekawan saya. Saya kira saya pengikut tegar di alam maya dan rasa sayang dan hormat padanya dan kerana itu saya kecewa apabila beliau terlibat dengan Perjanjian Damai antara UAE dan Israel. Seperti apa kata video di atas pastinya beliau tahu banyak perkara yang ramai tidak tahu termasuk saya tidak tahu. Ilmunya luas dan saya tidak seharusnya rasa kecewa dan marah. Mungkin ada hikmahnya dalam hal ini terjadi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.
Semoga Allah mengnugerah kebijaksanaan padanya dan penglibatannya menimbulkan kesan yang positif sahaja bagi semua Umat Islam. Semoga semua Umat Islam bertaut dan menjaga kepentingan di dunia semoga Sejahtera di Akhirat.
Semoga Allah mengampuni diri saya yang belum cukup sifat Sabar dalam hidup. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan melimpahkan rahmatNya yang tidak terhingga buat kita semua.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment