"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 28, 2021

Berterusan Dengan Ustadz Ihsan Tanjung........@ Memelihara Taqwa di Tengah Fitnah Akhir Zaman


A001

Ini hari akhir bulan Februari 2021 dan hari ke 16 Rejab 1442.
JOM kita ikuti Ustaz Ihsan Tanjung lagi sebelum akhir hayat kita. Umur kita hanya Allah yang tahu.
Kita peka dengan Fitnah Akhir Zaman semoga Allah kurnia Kebahagiaan Dunia Akhirat.
Aamiin ya Rabb.......



Saturday, February 27, 2021

NO U TURN ....@ Babak Perjalanan Umat Islam di Akhir Zaman...


A001
Alhamdulillah saya terjumpa video di atas. Jom dengari. Semoga kita tidak menjadi lalai dalam menjalani kehidupan ini. Umur dunia ini sudah tua. Tidak ada pilihan untuk bermula semula. Semoga kita akan sentiasa berada di landasan yang betul, (right on track). Dan semoga kita tidak akan menyesali apa-apa di sebabkan kita lalai.
JOM......


Friday, February 26, 2021

HIDUP DI AKHIR ZAMAN VERSI ALTERNATIF?......@ Elon Musk’s Cyberhouse Bunker.



A001

Elon Musk "is riding high" masa ini..... sepertinya apa yang ia mahukan, ia akan mendapatkannya. 
Malaysia pula sentiasa disibukan dengan pertelingkahan politik. Saya merasakan seperti di kalangan kepimpinan negara tidak ada yang mahu bicara apa persedian yang sedang dibuat oleh pemeritah dalam menghadapi fakta Akhir Zaman......seolah-olah fakta akhir zaman adalah tanggongjawab rakyat secara persendirian. Sepertinya dasar "Nafsi, nafsi" yang diikutinya. Seperti...."Everyman for himself".

Pening juga saya memikirkannya dalam konteks bila saya memikirkan tentang masa hadapan anak cucu. Mereka yang hebat dengan kekayaan dan dengan Ilmu pengetahuan sedang sibuk bersedia memikrkan bagaimana mahu selamat apabila HURUHARA besar melandan Dunia.
Saya kongsikan video di atas sebagai bukti yang saya fahami walau sedikit mengenainya. Banyak hal berlaku tetapi saya tidak dapat mengikuti semuanya.

Saya mengikuti fakta Akhir zaman dengan cuba memahami apa Ustaz-ustaz terkemuka dari Indonesia seperti Ustaz Zulkifli Ali yang selalu sahaja mengingatkan kita supaya bersedia terutamanya mengenai fakta bahawa Dunia akan menjadi huru hara akibat berbagai fakta. Makanan akan berkurangan dan semua infrastruktur yang perlu untuk kehidupan akan rosak kerana berbagai musiabah yang melanda. Antara yang terpenting kita tidak akan ada bekalan asas seperti api dan air.

Seorang aktivis Islam yang selalu bebicara mengenai akhir zaman seperti "The Bike Preacher" sudah menggariskan apa yang kita harus buat untuk "survival" . Ada yang mencadangakan kita bersedia mencari tanah luas jauh dari bandar dan mula bercucuk tanam dan membuat apa jua persediaan yang perlu untuk fakta Akhir Zaman yang makin genting.

Saya berfahaman saranan-saranan ini tidak dihiraukan kerana ia adalah fakta "Konspirasi". Saya sendiri merasakan mengapa pihak pemimpin tidak mengatakan sesuatu mengenai hal ini. Elon Musks dan mereka yang seangkatan dengannya sudah berbuat sesuatu seperti apa yang saya kongsikan dalam video itu. Fahaman mengenai akhir zaman tidak sama antara mereka dan kita. Tetapi yang pasti dunia akan huru hara sebab itu Elon Musk sudah bersedia pindah ke Planet Mars. Cuma dia tidak tahu Planet Mars juga akan musnah di Akhir Zaman. Atau dia tahu tetapi sememangnya dia dan mereka yang seperti dengannya tidak mahu menerima hakikat itu.

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan untuk berfikir-fikir. Saya antara mereka yang suka mengikuti apa Ustaz Zulkifly kata dan apa yang "The Bike Preacher" kata. Namun saya pegang pada hadith yang mengatakan jika kita tahu esuk akan kiamat dan di tangan kita ada benih pokok, maka kita wajib tanam. Maknanya pada saya kita bersedia untuk hidup dan untuk mati. Hidup kali kedua selepas mati itu tidak ada penghujungnya. Maka itulah yang kita wajib ambil berat.Buka kehidupan sekarang.......
Allahu'alam.......Tidak rugi bersedia dan sentiasa mohon doa semoga pertolongan Allah itu dekat. Aamiin ya Rabb.....

Wednesday, February 24, 2021

Menyelusuri Kecenderongan Anak ...@ Elon Musk dan yang sama dengannya.


Bismillah gold.svg

Alhamdulillah. Allah bagi peluang mencatat pemikiran saya sekarang yang serba khuatir melihat apa yang berlaku di sekeling saya. Saya sememangnya tidak keluar rumah selalu. Tetapi media massa memberi saya peluang mendengari apa yang sibuk berlaku di luar sana,
 di Malaysia dan negara Asing.

Ditambah pulak anak saya suka bercerita mengenai perkembangan Artificial Intelligence dan isu-isu yang berkait dengannya. Mengikuti belajar on line cucu-cucu untuk sekolah rendah pun saya sudah risau dan takut, inikan pula cerita-cerita perkembangan 5G itu sudah hebat sekali yang ia jika di masukan dalam vaksin pun boleh diguna untuk memantau manusia seluruhnya.
Saya bukan faham semuanya, tetapi saya faham sedikit pun sudah membuat saya kurang tenteram bila memikirkan masa depan anak cucu. Saya sudah dewasa tua dan kebarangkalian melalui zaman gelapnya akhir zaman mungkin tidak saya lalui. Allah sudah ambil saya sebelum itu.
Allahu'alam. Semoga Allah ambil bila Allah sudah Redha dengan saya dan atas apa  apa jua yang saya bertanggongjawab atasnya.

Dalam kerisauan saya, anak saya pula bercerita mengenai bagaimana 
orang-orang yang pintar dan bijak pandai dan kaya raya berbilion dollar 
membuat perancang untuk kaum elitist selamat dalam 
keadaan dunia yang semakin tidak menentu disebabkan Covid19 dan 
juga pergelutan merubut kuasa  politik dan kuasa tentera
 antara kuasa-kuasa besar dunia.

Anak saya suka bercerita mengenai personaliti di atas....Elon Musk yang amat berpengaruh dalam bidang pencipataan. Anak saya cerita bahawa ia mahu mengauasai planet lain,
 Mars contohnya supaya mereka boleh hidup di sana
 apabila Planet Bumi hancur lebur.
 Elon Musk mengatakan kekuatan Artificial Intellibence itu lebih 
merbahaya dari peperangan Nuklear.
Entahlah. Saya tahu sedikit sahaja. Tidak mampu membaca semua maklumat. 
Dan kalau baca pun saya tidak dapat faham semuanya. 
Yang mengkhuatirkan saya 
ialah kerana seorang anak saya itu amat minat dengan perkembangan ini
 dan juga perkembangan Criptocurrency. Anak saya mudah kagum
 dengan perkembangan ini. Saya takut mendengarinya kerana
 saya membaca juga hal-hal hakikat Akhir Zaman
 yang di sebarkan oleh para Ustaz yang mahir dalam bidang itu.
Saya rasa puak-puak seperti Elon Musk itu tidak percaya
 Alam ini Allah yang Punya dan Allah yang maha berkuasa atas segalanya..
  Mereka tidak pernah mengatakan
 kepintaran otak mereka itu Allah yang kurnia. Mereka rasa hebat 
sebab mereka kata mereka tahu menggunakan otak mereka.
Orang lain semuanya bodoh belaka. Mereka miskin sebab mereka 
tidak pandai guna akal.Saya takut anak saya terpengaruh dengan pemikiran seperti itu.

Sebenarnya mereka itu yang belum cukup Ilmu mengenai apa jua yang ada 
di Alam ini.....bukan sahaja di Planet Dunia. Dalam alQuran Allah sebut ciptaanNYA itu meliputi hal-hal yang Ghaib. Mereka tidak tahu Jinn dan Syaitan itu lebih bijak dan pandai dari mereka.....semua mereka.
Dan Jinn Syaitan itu tidak pernah memikirkan kesejahteraan Ciptaan Allah yang lainnya. Tujuan mereka yang Allah benarkan ialah menghasut untuk manusia berbuat segala yang menyalahi perintah Allah. Tetapi Allah sudah beritahu Jinn dan Syaitan bahawa mereka tidak boleh bejaya menipu dan menzalimi Ciptaan Allah yang benar-benar berIMAN dan berTAQWA.

Elon Musk kagum dengan Steve Job dan ia mengatakan Steve Job itu manusia terhebat dari segi kepintaran dan tidak akan ada manusia lain yang boleh mengatasinya. Tetapi kita tahu semasa Steve Job berada di hospital menunggu kematian, ia mengatakan bahawa apalah kejayaan, apalah kekayaan tetapi akhirnya mati juga. Itu yang saya fahami dari bacaan saya. Semoga fahaman saya betul dan saya tidak hairan nanti Elon Mask pun akan merasai hal yang sama....walau pun ia berjaya menakluki Palnet Mars. Kematian itu ada di mana-mana.
Allah jua yang maha Pencipta dan Maha Perancang. Allah jua yang maha Berkuasa atas segalanya.
Saya cuba berhujah dengan anak-anak saya bahawa dalam Islam hidup ini adalah untuk pengabdian pada Allah. Kita tunduk pada kehendak Allah.

Saya selalu ingatkan juga anak-anak saya fakta  di atas. Jangan rasa hebat tidak menentu, tidak berasas alQuran dan Sunnah. Kekuasan Allah jangan di cabar. Saya minta mereka mengkaji apa Islam itu sebenarnya dan mengapa kita di Ciptakan. Semoga nasihat saya anak-anak dengari walaupun saya bukan pakar. Seorang hamba yang amat fakirrr....
 Saya nasihat sahaja walaupun saya tahu bahawa Manusia tidak dapat mengubah Manusia tanpa pertolongan Allah kesemuaNya.  Itu kuasa Mutlak Allah jua. Saya hanya mampu berdoa anak-anak saya  tidak terkandas dalam pemikiran cryptocurrency dan apa jua dalam bentul digital currency
 itu adalah penentu kita mendapat rezeki lumayan. 
Buat kerja sedikit tetapi hasilnya tinggi.

Dasar kewanagan dalam Islam tidak begitu. Kekayaan dalam Islam adalah untuk dikongsikan buat semua lapisan manusia sejagat. Bukan untuk yang pandai dan berkebolehan sahaja. Tidak boleh berfikiran Elitist dalam Isl;am. Yang pandai dan kaya harus membantu mereka yang memerlukan. Crypto currency dan digital kewanagan akan membuat yang tidak ada kemampunan memahami dan menguasai Artificial Intelligency hanyut entah ke mana. Pendidikan sekolah secara on line pun sudah menjadi masaalah pada mereka yang miskin. Inikan pula hal-hal kewangan dan hal-hal perbankan yang tidak dikuasi oleh orang-orang biasa, termasuk saya. Maka saya kata pada anak-anak jangan terperangkap dengan fenomena ini. Kita harus faham fenomena ini amat tidak
 mengambil kira isu RIBA yang Allah amat larang.
Semoga kita semua berwaspada dengan tidak terjerat
 dalam perangkap kemelut Akhir Zaman ini.
Sistem kewangan kertas sekarang pun saya difahamkan belum cukup Islamik inikan pula hal-hal berkaitan Bitcoins dan apa jua yang serupa dengannya. Anak-anak saya menerangkan pada saya bahawa sekarang ini ada usaha untuk bagaimana menerima Bitcoins dengan cara yang Syar'ie.
Saya pula berfikiran prinsip Islam tidak boleh ditampal-tampal seperti
 pakaian yang koyak rosak. Kewanan kita semestinya ada nilai asli (Intrisic value) padanya. 
Sebab itu kewangan Islam mesti dijamin dengan emas dan perak.
(Ada prinsipnya yang sudah disebut dalam alQuran).
Maaf saya mengatakan hal berat ini dengan bahasa yang saya fahami sahaja. Saya berbicara ini lebih untuk anak-anak saya dan semoga boleh membuka minda mereka yang masih ragu-ragu.

 Kita harus masuk dalam Islam itu sepenuhnya. Ayat alQuran kata:

A208

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

(Al-Baqarah 2:208



Sebenarnya Jinn sayitan itu bukan hanya membuat orang sakit dan 
histerikal atau sebagainya. Tetapi Jinn Sayitan itulah yang  sekarang  bersekongkol mengikut pengaruh Zionist dan laluan Illuminati dan yang sepertinya. Maka itulah Zionist Israel mempertahankan apa yang mereka percayai sebagai Haikal Sulaiman dimana letaknya segal ilmu sihir dari Jinn Sayitan. Ada kalanya kita tidak dapat menjangka kewujudannya.

Maka saya akan terus cuba memahami demi kesejahteraan bersama dan berdoa 
Allah swt akan sentiasa memelihara dan memberi taufik dan RahmatNYA yang tidak terhingga buat kita semua. Semoga kita sentiasa dijalan yang Benar dan kita sejahtera di Dunia dan di Akhirat. Mohon keampunan Mu ya Rabb....Aamiin ya Rabb.....



Sunday, February 21, 2021

Ubat Hati Gundah, ( Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapak ) .....@ Vaksin Covid19


A001
Kebelakang sebulan dua ini saya agak bingung dan khuatir bila memikirkan dasar kerajaan untuk mevaksin golongan yang paling tinggi risiko terkena Virus V19. Warga tua seperti saya adalah dalam golongan itu. Saya tinggal di rumah bersama keluarga anak lelaki saya.

Dalam berita yang saya dengari, mereka yang tinggal di rumah warga tua sudah diarah mendaftar diri sebagai persedian kearah ini. Saya difahamkan ambil vaksin itu suatu yang wajib dibuat. Jika engkar maka saya tidak dibenarkan menjadi warga yang bebas ke sana sini dan berbuat apa yang saya sukakan. Pergi ke kedai cari makanan pun tidak boleh.



Saya tahun ini menjangkau 75 tahun. Alhamdulillah Allah kurnia umur itu 
dan saya sihat dari segi masih boleh mengurus diri sendiri dan
 hanya lupa-lupa sedikit.
Saya bincang dengan keluarga mengapa saya mesti di vaksin.
 Saya sihat dan masih mampu dua kali seminggu berjalan kaki
 perlahan-lahan biasa-biasa selama 30-45 minit.
Saya diabetik tetapi dalam kawalan. Saya lulus stress test
empat bulan yang lalu dan
pada bulan september ini insya Allah Doktor di IJN kata
 saya akan dikenakan stress test ulangan.
Saya tidak perlu vaksin dalam kiraan saya. Saya takut sebab saya ada membaca
 beberapa hal negatif dalam Utube oleh berbagai ahli sains, doktor perubatan
 dan penyelidik bertauliah. Maka saya takut.
 Tetapi kalau tidak vaksin pula, saya tidak boleh beraktiviti seperti biasa.






Kebelakangan ini saya ikut anak saya ke kebun yang baru dimulakan membangun.
Saya rasa bercampur aduk mengingat kena vaksin.
 Buat salah, tidak buat pun salah.
 Seperti kata pepatah Melayu:
 DI TELAN MATI EMAK DAN DI LUAH MATI BAPAK.
Lupa sekejap gundah di hati bila berada dikebun
sebab dapat sama bincang dengan anak apa yang
 terbaik dari segi pertanian dan penternakan. Saya tidak pandai walaupun saya
 berasal dari kampung. Anak saya melayan saje.......

Suami saya juga rasa seperti saya rasakan. Di kebun suami saya praktis balik 
memandu sebab di jalan raya dia sudah tidak begitu cekap.



Semoga lega sedikit tension memikir pasal vaksin. Lupa trauma vaksin buat seketika.
Suami saya kata dia seronok pusing-pusing memandu 
atas tanah lapang buat masa ini kerana tanaman akan bermula 
bila bekalan air siap dalam masa sebulan dua ini.

Semoga Allah angat ujian ini dalam hidup kita dan anak cucu boleh bersekolah
 seperti biasa. Semoga semua ini ada hikmahnya dan jika ini sememangnya
 antara fenomena Akhir Zaman maka kita harus membuat
persedian yang sewajarnya.
Semoga kita tidak berterusan "in denial" dan masih bermimpi-mimpi 
hidup seperti sedia kala.
Mohon perlindungan Mu ya Rabb......


 

Saturday, February 20, 2021

Selingan Santai......@ SHOLAWAT NURIDZATI


A001
Dalam bermenung-menung menghadap Utube, saya terjumpa solawat ini yang selalu diamalkan oleh sesetengah Ustaz di Indonesia.
Saya kongsikan semoga bermunafaat.
Salam semua.


Wednesday, February 17, 2021

BUKA HATI dan dengari....@Ustaz Yusuf Mansur Buka Rahasia Keislaman Jokowi


A001
Sedikit yang saya tahu melalui media, Ustaz Yusuf Mansur adalah teman akrab Allahyarham Sheikh Ali Jaber, Ulamak terkenal Indonesia yang baru meninggal dunia.

Saya teruja dengan idea-ideanya sebagai seorang yang mengenali President Jokowi.
Jom dengari.....
InsyaAllah tidak rugi.
Jika ikut sepertinya mungkin di Malaysia nanti kita kurang "bercakaran" antara satu sama lain.



Tuesday, February 16, 2021

SAYA AMAT TAKUT:.....@RIBA & Wahyu Terakhir Surah al Baqarah Ayat 279 280 281.


A001
Saya takut....
Umur sudah hampir, Isu Riba belum nyata buat diri. Rasa tidak pasti benar salahnya ikutan. Semoga Allah mengampuni.

Kita lihat ayat Quran seperti disebut di atas:

A279

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

(Al-Baqarah 2:279) |


A280

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

(Al-Baqarah 2:280


A281

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

(Al-Baqarah 2:281


Semoga tidak dikira zalim dan menzalimi. Lagi amat takut jika memikirkan terpaksa terlibat dalam digital money dan segala yang disebut dalam dua video yang saya kongsikan sebelum ini.
Dalam keadaan seadanya, semoga Allah terima taubat dan mengampunkan segala dosa.
Aamiin ya Rabb......




Sunday, February 14, 2021

The future of money ...... Apa ada dalam alQuran


A001

Hari kelmarin saya ada kongsikan video oleh Shaikh Imran Hussein. Hari ini saya sambung sedikit perbicaraan dengan video di atas mengaenai "The Future of Money".

Saya akui saya tidak dapat memahami apa yang di katakan oleh penceramah tersebut. Cuma sehubungan ini saya ingin kaitkan dengan apa yang Allah berfirman dalam alQuran mengenai mata wang. Dalam hal ini saya Google maklumat dan mendapti satu rencana yang amat berkaitan seperti Rujukan berikut:

PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 449-461 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV) Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009 DINAR EMAS DALAM ISLAM (GOLD DINAR IN ISLAM) SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & HAILANI MUJI TAHIR.

(Ehsan carin Google)

JOM buat rujukan. Rencana itu panjang dan saya turunkan sedikit sahaja isu Dinar Emas dalam alQuran. Kaum muda eluk peka tentang hal ini kerana ia berkaitan isu RIBA juga. Ada pendapat hukum kita jadi Syirik kerana tidak ikut prinsip Dinar Emas seperti tersebut dalam alQuran. 

Saya rasa ngeri berfikir-fikir tentang hal ini. Saya kongsikan maklumat sedikit ini sebenarnya untuk anak saya yang mahukan saya memahami isu Digital money supaya tidak ketinggalan zaman. Saya katakan pada anak saya: "Emak lebih takut akhir zaman kerana umur emak sudah hampir menuju 75 tahun. Biarlah kaum muda yang berusaha kuat"............

Maklumat dalam print biru di bawah ini adalah extract dari Rencana yang saya sebut di atas.
(Tujuan saya hanya untuk membuka minda untuk terus mencari maklumat yang sepenuhnya).

2. Dinar Emas Dalam Al-Quran Al-Quran dan al-Hadis tidak menggunakan perkataan wang atau matawang iaitu al-naqd atau al-nuqud secara lafaznya dalam mewakili maksud wang atau duit. Ini kerana orang Arab umumnya tidak menggunakan perkataan nuqud untuk menunjukkan harga. Mereka menggunakan perkataan dinar dan al-‘ain bagi matawang yang diperbuat daripada emas, perkataan dirham dan wariq bagi matawang perak. Manakala penggunaan perkataan fulus bagi menunjukkan matawang tembaga sebagai unit pecahan untuk barang-barang murah (Ahmad Hassan 1999). Perkataan dinar, dirham dan wariq masing-masing disebut sekali dalam al-Quran. Perkataan emas pula disebut sebanyak lapan7 kali manakala perkataan perak disebut sebanyak enam8 kali. Walau bagaimanapun, sebutan terhadap matawang tersebut tidaklah secara khusus untuk untuk membincangkan tentang konsep dan falsafah matawang. Namun, secara umumnya dapat dirumuskan beberapa konsep matawang di dalam al-Quran berdasarkan pandangan ulama’-ulama’ tafsir berkenaan ayat-ayat tersebut (Kamaru Salam Yusof 2005). 

2.1 Dinar dan dirham sebagai unit matawang dan alat pertukaran. Merujuk kepada penggunaan mata wang dinar, al-Qur’an telah menyebut perkataan dinar dan dirham dalam beberapa surah. Ayat-ayat ini secara jelas menggambarkan unit matawang dinar dan dirham pernah digunakan pada zaman awal Islam. Firman ALlah s.w.t : 9 

A075




Maksudnya: “Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar) 10 sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinarpun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihkannya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah s.w.t sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta” 11


Ambil perhatian juga atas cerita yang termaktub dalam Surah alKahfi dalam alQuran mengenai pemuda-pemuda yang bangun dari tidurnya setelah beberapa ratus tahun tetapi masih dapat menggunakan matawang yang ada dalam simpanannya untuk membeli keperluan mereka. Kata Shaikh Imran Hussein fakta ini harus diberi tafsiran yang lebih mendalam dan lebih meluas mengenai isu matawang dalam Islam.

A019

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

(Al-Kahfi 18:19



Setakat ini sahaja catatan kali ini. InsyaAllah esuk saya turunkan satu lagi video mengenai hal yang sama. Mohon doa kesampaian untuk munafaat bersama dan untuk bersiap sedia kerana kita sudah dalam kurungan Akhir Zaman. Sama-sama kita berdoa memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb......


Saturday, February 13, 2021

Memahami sedikit Fakta @ DAJJAL (ANTICHRIST) & CRYPTOCURRENCY


A001
Hari ini saya penasaran lagi kerana anak saya bercerita keinginannya mahu mengambil kesempatan dengan melibatkan diri dalam kegiatan perkembangan Cryptocurrency yang sedang menarik perhatian mereka yang mudah terpengaruh dengan fenomena mencari kekayaan cara mudah jika kita mahu menggunakan akal intelek yang ada pada diri.

Saya agak risau kerana lebih kurang 2/3 tahun yang lalu saya sudah mendengari mengenai adanya Bitcoin dan kaitannya dengan meraih pendapatan darinya dengan menggunakan teknik teknologi tinggi yang tidak ramai yang tahu. Mudah sahaja katanya, dan jika kita ada dana kewangan yang termampu boleh sahaja memasuki cara ini. Saya secara peribadi tidak minat kerana saya takut ia melibatkan fakta RIBA yang saya tidak mahu terlibat langsung dalam peringkat hidup saya sekarang ini. (Kaum muda pun seharusnya peka akan hal ini kerana umur bila-bila masa sahaja boleh Allah ambil semula)
Saya berpegang pada hakikat bahawa saya tidak perlu kaya asalkan sahaja rezeki itu datang dari sumber yang jelas halal. Dahulu semasa muda sudak terjebak dengan Riba, maka sekarang saya mahu jauhi. Semoga Allah mengampuni. Isu RIBA bukan soal kecil. Keadaan dunia seperti ini adalah antaranya disebabkan dengan RIBA. Dalam alQuran amat jelas.

Apatah lagi sekarang ini Cryptocurrency itu ada kaitan terus dengan perihal Zionist mahu menguasi dunia tanpa mengira kepentingan kebajikan Ummah. Dalam video diatas disebut juga mengenai fenomena akhir zaman bagaimana anasir ini mahu berkuasa total dalam dunia ini tanpa mengira kebajikan orang lain.

Maka saya kongsikan Video ini semoga bermunafat buat kita yang mahu kedamaian untuk diri dan untuk orang lain di dunia dan di akhirat.
JOM ikuti semoga bermunafaat. Lepas ini saya akan kongsikan satu lagi video. Semoga anak saya dan anak-anak buah saya dapat memahami betapa saya rasa khuatir. Dalam umur dewasa tua ini saya mahu buat apa yang saya yakin dan jelas ia syar'ie.

Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar dan semoga Allah swt redha sepenuhnya.
Aamiin ya Rabb.....



Friday, February 12, 2021

JOM DENGARI INI ........... @ Khutbah jumat paling menyentuh - Ustadz Adi Hidayat


A001
Alhamdulillah. Solat Jumaat baru berlalu. Saya berpeluang berjumpa dengan Khutbah ini dan saya kongsikan untuk munafaat kita bersama.
Jom dengari. Semoga ia menjadi satu titik perubahan meningkatkan Iman buat kita.
 Aamiin ya Allah, Ya Rahman Ya Rahiim....


Pembayaran Transaksi Non Tunai Cashless Wang Uang Digital Elektronik Cry...


A001

Alhamdulillah, saya kongsikan video mudah faham ini sebagai ingatan kita bersama bahawa Akhir Zaman sudah bermula jauh. Semoga kita bekejaran untuk bersedia memahami semoga kita tidak hancur dalam "peperangan" ini.
Lihat dua video selepas ini.
Semoga Allah menolong semua orang yang beriman dan bertaqwa walau sekecil biji zahrah.
Aamiin ya Rabb.....


NIKMAT MANA LAGI?.........

Bismillah

A001

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

(Ar-Rahmaan 55:1)
A002

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

(Ar-Rahmaan 55:2
A003

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

(Ar-Rahmaan 55:3
A004

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

(Ar-Rahmaan 55:4
A005

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

(Ar-Rahmaan 55:5
A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

(Ar-Rahmaan 55:6)
A007

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

(Ar-Rahmaan 55:7)
A008

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

(Ar-Rahmaan 55:8
A009

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

(Ar-Rahmaan 55:9)
A010

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

(Ar-Rahmaan 55:10)
A011

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

(Ar-Rahmaan 55:11)
A012

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

(Ar-Rahmaan 55:12)
A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

(Ar-Rahmaan 55:13
JOM Kita mensyukuri nikmat yang ada. Allah swt berjanji akan menambah jika bersyukur dengan yang sedikit.
A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Ibrahim 14:7
JOM MALAYSIA, Kita berhenti bercakaran. Mohon Redha Allah semoga Allah swt limpahkan Kasih SayangNYA.
ITU Yang terpenting dalam kehidupan.
Salam Jumaat untuk semua.

Related Posts with Thumbnails