"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 29, 2021

HAKIKAT KONFLIK DULU HINGGA SEKARANG....@ DIHERET DAJJAL ???





Apakah persamaan dan perbezaman konflict antara pemimpin dan pengikut pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Dalam saya bermenung-menung mendengari komen-komen berkaitan dengan Perhimpun Agong UMNO saya terjumpa Video di atas dan saya teruja untuk saya kongsikan di sini.Tiada kaitan terus, cuma saya sendirian  suka sendengakan pemikiran saya ke atas realiti fakta-fakta akhir zaman dari segi percaturan kepimpinan dalam perebutan memegang kuasa.

Saya tidak memihak pada sesiapa kerana dalam umur menjangkau 75 tahun ini eluklah saya tumpu pada hal-hal yang lebih penting buat saya menghadapi akhir hayat. Itu kenyataan yang tiada siapa boleh melarikan diri......

Dan saya berpegang pada fakta yang nyata bahawa:
KEBENARAN HAKIKI TIDAK PERNAH MEMIHAK.
Saya berpegang pada hakikat bahawa Perjuangan Hakiki mesti berpegang kuat pada KEBENARAN Hakiki......
Seperti pada contoh bahawa Allah itu AHAD, tidak beranak dan tidak diberanakan......" 
Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

A002

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

A003

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

A004

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

 
maka fakta selain itu tidak boleh dijustifikasikan mengikut pemikiran akal manusia semata-mata. Kita tidak boleh bertolak ansur dalam memegang prinsip ini untuk mencapai prinsip kebersamaan yang dapat diterima akal ramai.
Maka dalam kita memilih kepimpinan prinsip utama mesti tidak lari dari paradigma TAUHID. Saya rasa kalau bepegang dengan prinsip ini kita akan berjaya dan kalau tidak berjaya atas izin Allah pasti ada hikmahnya.....semoga kita selamat di dunia dan di akhirat.

Mohon maaf atas pemikirin saya yang mungkin tidak tuntas. Semoga Allah mengampuni dan mengurnia Taufiq dan HidayahNya dan semoga sebelum akhir hayat Allah limpahkan Rahmatnya dan Redha atas segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada hambaNya.
Aamiin.......


No comments:

Related Posts with Thumbnails