"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 2, 2021

Rasa bersalah.....@ Kasihan Kerbau di Kebun.




A001

Ingat Akhir Zaman, namun ingat juga apa yang ada di hadapan harian hidup kita. Alhamdulillah Allah masih kurnia ingatan. Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat.

Sejak saya ikut anak ke kebun saya kini lega pagar antara sempadan kebun sudah siap dibina. Maka tidaklah ada lagi masaalah kerbau jiran yang jauh sedikit merentas kebun kami untuk mencari makanan dan rehat-rehat.

Tetapi dihati saya tetap kasihan. Kerbau makhluk Allah juga. Perlu makan minum. Saya kalau mampu ingin beri kemudahan. Tetapi sekarang ini tidak ada pilihan kerana kebun itu pun di atas Tanah Wakaf yang kami usahakan bersama di bawah sebuah NGO.

Teringat cerita kakak saya di kampung di Pontian Johor. Babi hutan dan monyet-monyet berkeliaran mencari makan. Ini berlaku 4/5 tahun kebelakangan ini. Saya yakin kerana sudah tidak ada hutan untuk mereka dapat mencari makan. Semua sudah di bangunankan untuk manusia. Cuma dalam Islam kita kena kira maslahah makhluk lain yang Allah cipta. Kerajaan tidak sepatutnya tebang semua hutan tanpa mengira keperlauan haiwan dan binatang lain. Seharusnya tinggalkan juga habiat but binatang dan haiwan itu. Ini faham saya. Allahu'alam.



Ini pagar yang kami bina. Kerbau tidak dapat merentas kawasan.
Adalah tujuan saya dan anak saya untuk berkenalan juga dengan jiran kebun yang membela kerbau untuk mohon maaf. Semoga kesampaian. Dalam Islam pun kita diajar menjaga kesejateraan jiran.

Di musim Covid 19 ini saya jarang ikut anak ke kebun. Semoga PKP di mudahkan tidak lama lagi. Dan semoga berurusan dengan Pejabat Kerajaan menjadi bertambah mudah supaya cepat kami mendapat bekalan api dan air. Kini agak kebelakangan dari segi kemajuan buat kebun sebagai mencari rezeki alternatif buat anak saya. Kena bersabar dengan masaalah Covid19 ini. Semoga Allah mudahkan. Aamiin.......

Itu dulu cerita kebun. Nanti saya cerita yang lain pula. Salam.......



No comments:

Related Posts with Thumbnails