"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 12, 2021

DIPENJARAKAN DI RUMAH......@ COVID19


Bismillah Calligraphy 54.svg


Alhamdulillah. Cuma dipenjarakan dirumah. Masih bolh berbuat sesuatu yang semoga bermunafaat.Rindu ingin melihat kehijauan di luar. 
Tidak mampu dari segi tenaga zahir. Maka saya duduk
 melihat foto-foto lama dalam simpanan. Saya suka kehijauan di atas iini.
Semoga kita semua dapat kebebasan dari penjara Covid19 ini
 secepat dan sebaik kurniaan di sisi Allah.

Di rumah saya banyak masa mengikuti berita ceramah dan sebagainya di Utube.Foto di bawah ini ialah bilik bacaan kecil saya. Saya tidak IT savy.
 Saya minta pertolongan anak memantu saya yang tinggal bersama.
Saya banyak melihat ceramah mengenai Islam dari Ustaz-ustaz Indonesia.
 Favorite saya ialah Ust Adi Hidayah. Saya lihat yang lain-lain juga terutamanya mengenai kisah Dajjal dan akhir zaman. Kekadang rasa gerun juga medengari cerita Alam Kubur dan peristiwa Padang Masyhar.
 Tetapi saya fikir-fikir lebih baik tahu daripada tidak tahu. 
Eluk tahu semoga dapat berbincang-bincang dalam keluarga.

Saya suka mendengari cerita Bani Israel, hal-hal Yahudi dan Zionist.
 Ada juga rasa gerun kerana ada yang mengatakan di Malaysia kini ada juga pengaruh Zionist, Illuminati dalam hal-hal kepimpinan, pengurusan sosial dan ekonomi dan juga politik. Saya orang besara hanya mendengari. Hanya Allah yang maha Tahu. Saya cerita-cerita dengan anak dan menantu sahaja. Kebenarannya....Allahu'lam




Ini keadaan yang ada di atas meja dalam bilik bacaan saya.
 Makanan ringan yang tidak sepatutnya ada. Anak saya warning nanti gula dalam darah jadi tidak terkawal. Takut juga tetapi kekadang rasa bosan dan saya makan juga apa yang ada dihadapan saya. Duduk dalam 
Penjara Rumah sebab Covid19 ini memang banyak bahayanya juga.
 Namun saya akur arahan kerajaan. Jangan tambah masaalah
 pada masaalah yang sudah genting.

Pagi ini saya baca di utube katanya LOCKDOWN ini akan berterusan 2 minggu lagi. Semoga Allah menurunkan pertolonag bagi rakyat Malaysia dan wabak ini akan berlalu secepat mugkin. Ada ustaz kata ini adalah fenomena akhir zaman dan kita harus buat persediaan.......persedian zahir dan persediaan batin.
 Akhir zaman sudah amat hampir.
 Kalau belum pun saya menyedari hakikat bahawa saya sudah 
diumur dewasa tua dan adat kata bila-bila masa sahaja 
nama saya akan di angkat malaikat. 
Semoga Allah sentiasa memelihara dan semoga kita semua
 selamat di dunia dan di akhirat.

Walau apa pun saya insyaAllah akan terus berdoa Allah kurnia umur
 panjang dan semoga bermunafaat buat diri dan
 buat keluarga besar dan juga mereka yang memerlukan.


Dimusim duduk dalam Penjara Rumah ini saya teringin sangat ikut
 anak saya ke kebun untuk relax minda dan buat sedikit exercuse juga. Anak saya minta saya bersabar kerana kebun yang dimulakan sudah hampir dua tahun ini tergendala kerana Covid19. Sekarang ini agak sukar
 mendapatkan pertologan dari segi menebang pokok-pokok,
 membersih kawasan dan mendapatkan  bekalan Api dan Air. 
Hingga kini belum dapat bekalan Air lagi. 
Bersabar lah sahaja.

Di bawah ini foto yang saya lihat lebih 6 bulan dulu.





 Saya lihat  dan berangan-anagan sahaja semoga Allah kurnia kekuatan untuk
 ke kebun lagi bila Covid19 ini tamat riwayatnya.
 Mohon segala kebaikan dari Mu ya Rabb....
Aamiin ya Rabb.


No comments:

Related Posts with Thumbnails