Perang pemikiran berbagai bentuk....di Malaysia dan di mana jua.
Video ini bercerita berkenaan perang pemikiran secara umum. Kalau kita tidak banyak mencari ilmu dan berfikir sewajarnya kita akan tertipu. Astaghfirullah. Semoga Allah mengampunkan.
Di Malaysia perang pemikiran berlaku setiap hari kini. Dengan adanya bahaya covid19 semakin tinggi perang pemikiran untuk rakyat Malaysia mengubah pemikiran dan mengubah tindakan.
Khusus yang saya maksudkan di sini ialah perang pemikiran untuk mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri adalah derhaka kerana tidak mahu memanggil Parlimen untuk bersidang walaupun Yang diPertuan Agong telah mengarahkan demikian. Yab Perdana Menteri dituduh gagal mengurus negara termasuk gagal melawan wabak covid19 ini.
Saya bukan pencinta YAB Perdana Menteri sekarang atau mana-mana Perdana Menteri termasuk juga yang berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Saya ikut perintah seadanya kerana umur saya sudah lanjut dan tidak mungkin boleh menukar pemikiran siapa jua untuk membentuk kerajaan yang baru. Saya cuma takut Covid19 tidak terurus kerana kepimpinan Politik hanya mahu berebut kuasa.
Ini fikiran orang tua. Maaf yea....
Tapi saya berpegang teguh pada undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Telah termaktub di dalamnya siapa yang berkuasa dan atas peruntukan
mana ia berkuasa.
Dan saya berdoa semoga tidak ada mana-mana pihak yang mahu mengelirukan Rakyat. Dan saya berdoa semoga kepimpinan Malaysia dalam semua peringkat berpegang tuguh pada apa yang dituntut dalam alQuran dan Hadith. Ini perlu pencerahan dan saya berharap ada pihak yang berilmu dan berTaqwa menjelaskannya. Dalam keadaan saya sekarang saya hanya berdoa Allah megurnia Iman dan Taqwa pada pemimpin dan Allah kurnia kebijaksananan dan kesabaran dalam memimpin dan mengurus Negara.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment