Sudah dua tahun dan sudah rasa lama kita cuba melawan
merebaknya Virus Covid19 ini.
Allah belum izin kita berjaya. Semoga Allah anugerah Petunjuk
dan Hidayahnya yang jelas buat kita bagaimana kita harus
menangani wabak ini denagan cara terbaik di sisi Allah swt.
"I have a WILD suggestion" Mungkin kita lawan secara
"HEAD ON" dengan mengubah cara
bagaimana kita boleh bertahan dan melawan jangkitan secara hakiki.
Sekarang ini kita mengikut cara saranan World Healtah Organization (WHO).
Kita adakan SOP tertentu dan Kita Vaksin.
Banyak masaalah sampingan pula yang kita hadapi. Ekonomi negara terjejas dan Rakyat hidup agak susah. Masaalah sosial lain pula timbul.
Ini berlaku di seluruh dunia. Cuma ada yang serious dan ada
yang kurang serious.
Maka saya berfikir sendirian setelah saya mengikuti Video di atas
dan sebelum ini Video yang di sarankan oleh Ustaz Ihasan Tanjung yang
saya kongsikan dalam blog saya pada 29 April 2021.
Saya mirip setuju dengan pendapat supaya kita ikut Sunnah dan Solat
tanpa menjarakan diri. Dan kita tidak perlu hadkan bilangan orang yang mahu solat berjemaah di Masjid. Ikut seperti Rasulullah saw solat.
Saya sedar bahawa ada perbezaan pendapat.
Maka kali ini saya berdoa semoga Allah tunjuk apa yang benar. Kita Solat
rapat-rapat sebagai bukti bahawa apa yang
Rasulullah saw tunjuk itu adalah yang Benar. Solidariti Islam kuat dan
semangat melawan hasutan Syaitan pun jadi kuat
dengan solat rapat-rapat.
Saya yakin bahawa kekuatan inilah yang akan menghalang
jangkitan virus dengan kekuatan
kurniaan Allah swt. Kita pun maklum bahawa ada pendapat yang
mengatakan Virus itu adalah ciptaan manusia. Maka saya berkeyakinan bahawa cara melawan fikiran manusia hendaklah dengan kekuatan Iman. Aqal fikiran sahaja tidak mencukupi. Fikiran manusia yang mengikut Ilmu Sains pastinya tidak akan
dapat menandingi kekuatan Iman.
Pada pemerhatian saya apa yang menjadi masaalah sekarang ialah
kita disaran ikut pendapat yang dipegang oleh ramai pemimpin negara Islam.
Ikut SOP jarak saf solat 1 meter. Maka Rakyat ikut demikian
kerana takut jangkitan atau takut kena kompoun denda tidak ikut SOP.
Maka saya rasa ini adalah masaalah yang berkaitan
isu Keykinan Iman di dada.
Allahu'alam. Allah yang maha tahu. Saya hanya fikir-fikir.
Ilmu saya pun kurang dan Iman saya pun belum kuat
untuk bicara masaalah
besar seperti ini lebih-lebih tanpa asas kuat.
"Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga".
Pepatah Melayu ini jadi pedoman saya dalam berbicara.
Mungkin kita perlu ajak pemimpin-pemimpin kita dan rakyat semua
bermunajat kuat memohon pertolongn semoga Allah benar-benar
anugerah "keykinan"dan Allah beri Petunjuk
cara mana yang muktamad dan lebih berkesan.
JOM kita fikir-fikr dan kita kuat munjat dan doa.
Kita boleh buat cadangan pada pihak berkuasa mungkin kita laksana ini
dengan mendapatkan sukarelawan yang berani solat rapat-rapat kerana cara ini berkebarangkalian berisiko tinggi kena jangkitan.
Tetapi mereka yang sukarela ikut cara ini boleh kuarantin diri sukarela
sendirian. Dalam hal ini kita perlu oraganize dengan rapi. Mungkin kita
perlu 2/3 minggu untuk mengetahui apa hasil ikhtiar sukarela ini.
Berani kah kita cuba cara ini?
Sebuah masjid yang agak besar mithalnya boleh cuba. Ia memerlukan
sukarelawan yang berani ambil risiko dan kira ini sebagai Jihad melawan
konspirasi mereka yang buat virus ini di makmal dan
senghaja melepaskannya
kerana mahu membentuk Dunia Order Baru.
(Teori konspirasi ini belum mukatamad keputusannya.
Saya cuma berfikir-fikir panjang.
Ini karenah orang dewasa tua macam saya
duduk di rumah tidak buat apa. Maka maaf saya
pohonkan kerana bicara idea
yang belum difikir masak-masak. Perjalanan fikiran belum cukup tuntas.
Ini hanya cetusan idea. Boleh dibina dan boleh diketepikan juga).
Namun saya serious. InsyaAllah saya ingin volunteer mencuba.
Semoga Allah menganugerah pertolongan yang tidak terhingga dan kita
umat Islam dapat menghadapi fakta akhir zaman dengan rasa tawadhuk
dan semoga kita sentiasa Redha dan semoga Allah swt Meredhai.
Aamiin ya Rabb......
No comments:
Post a Comment