"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 15, 2022

SEDIH MENDENGARI INI ....@Gravitas LIVE with Palki Sharma | Day 19 of Ukraine War | Russia-Ukraine...



Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".


Saya rasa sedih kerana kita semua terlibat dalam fenomena PEPERANGAN Akhir Zaman ini.
KITA JAUH, TETAPI SEBENARNYA KITA DEKAT. AMAT DEKAT.
Saya terfikir-fikir kerana peperangan ini berbeza dari apa yang kita sudah tahu mengenai peperangan dunia sebelum ini. Semua negara-negara besar dunia terlibat. Caranya berbeza tetapi hakikatnya sama sahaja. Semuanya mencari kemenanagan untuk negaranya. Saya fahami ini sebagai mencari kebenaran untuk dirinya .
SIAPA TIDAK TAKUT MATI?
Tetapi semuanya cuba mengatakan mereka tidak mahu menzalimi sesiapa. Hakikatnya orang-orang seperti kita yang terasa "dizalimi".
Negara-negara Besar masing-masing menyalahkan  Kuasa lain. Seolah-olah mereka "Negara Baik". Yang jahat Negara lain.
Jom kita lintas semula ingatan kita apa kata ustaz-ustaz mengenai fenomena Akhir Zaman. Peperangan Russia dan Ukraine adalah menafastasi ketakutan menghadapi apa yang sebenarnya berlaku sekarang. SEMUA Negara kecil dan besar sedang di lanada musibah Virus yang Allah izin datangkan untuk menyedarkan siapa sebenarnya yang BENAR PENDIRIANNYA di Sisi Allah SWT.
Kita lihat peperangan ini menggunakan senjata. Tetapi bukan senjata api sahaja. Negara-negara yang memihak siapa yang mereka "Yakin Kawan" membantu cara lain. Mereka buat sekatan"Sanctions" dalam apa jua bidang yang bolih di guna. Mereka buat sekatan ekonomi, sekatan IT dan berbagai lagi yang saya susah ingat bila mengikutinya.
Apa yang saya ingin kongsikan dalam minda saya ialah hakikat bahawa TITIK PENAMAT Akhir Zaman ini memang sudah amat dekat. Ini saya dengari dari ustaz-ustaz di utube yang mahir dalam bidang esketology, (Akhir Zaman).
JOM FIKIR APA YANG KITA BOLEH BUAT.
Virus baru sudah menjelama "Deltacon" katanya. Semaklah sendiri. Ini cerita dari negara China yang sudah berbuat sesuatu untuk cuba mengawal virus ini.
SAYA CUMA NAK BUAT YANG SAYA MAMPU SEDIKIT-SEDIKIT. Ustaz Akhir Zaman kata DOA dan DOA mohon pertolongan Allah swt. BACA selalu surah alKahfi. Paling tidak baca 10 ayat permulan dan sepuluh ayat yang akhir. Ini saya anggap sebagai "Perisai Akhir Zaman". 
JOM.....
Dalam pada itu saya sedih juga bila saya ikuti sedikit fakta Poitik di Malaysia. Mereka mencari kemenangan untuk siapa, saya pun kurang faham niat sebenarnya.
TETAPI kita jangan sibuk sangat fikir politik. Banyak munajat pada Allah. Saya mampu amat sedikit. Cuma saya ikut nasihat Ustaz: Biar sedikt jangan langsung tidak buat. Itu cara kita "Masuk dalam kancancah Peperangan AKHIR ZAMAN sekarang ini." ITU PERISAI KITA...

ALLAHHU'ALAM. 

YA ALLAH AMPUNILAH KAMI, LINDUNGILAH KAMI. HANYA PADA ENGKAU KAMI MOHON PERTOLONGAN KERANA ENGKAU YANG MAHA BERKUASA DAN ENGKAU YANG MAHA PENENTU.....
KAMI MOHON BELAS KASIHAN MU DAN KASIH SAYANG MU...

AAMEEN, AAMEEN YA RABBALAALAMEEN.....




No comments:

Related Posts with Thumbnails