"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 18, 2022

TERBAHARU YANG SAYA DENGARI. (MENAKUTKAN?) ....@Gravitas LIVE with Palki | China’s biggest Wuhan virus outbreak | Day 22...



Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".


Benar,..... agak menakutkan saya juga. Tetapi saya katakan pada diri dan keluarga supaya tidak Panik. Jangan Panik kerana saya percaya kita tidak ada pilihan sebagi individu dan sebagai keluarga. Saya rasa Malaysia pun tidak ada pilihan. Musibah virus ini melanda pasti ada sabab-musababnya. Apa jua yang Allah izin berlaku saya yakin ada hikmahnya. Disetengah negara Afrika bukan Virus sahaja yang dihadapi. Tetapi saya lihat di Utube mereka dilanda makhluk perosak seperti belalang dan yang seperti dengannya. Mereka sudah tidak kisah dengan virus covid dan yang sama dengannya kerana musibah makhluk perosak ini lebih ganas dan kehidupan mereka amat terjejas. Ladang-ladang mereka musnah. Maka tidak cukup makanan dan mereka tidak banyak mendapat pertolongan. Itu yang saya fahami. Rasa amat terharu......
Di Malaysia kes Virus pun meningkat. Saya sudah booster. Tetapi tidak ada jaminan apa-apa. Itu yang di rasai kerana dimedia massa banyak pendapat doktor dan netizen yang sokong dan halang usaha Vaksin. Maka saya dengari dan bertawakal sahaja. Saya tiada pilihan kerana tidak mampu berkurung berterusan.....

Kemudian video ini cerita pula pasal Peperangan Russia dan Ukaraine. Banyak negara sokong dan simpati dengan Ukraine. Tidak Ramai yang menyokong Russia. Saya rasa tentu President Putin ada Trump Card dia. Allahua'lam.
Di beberapa utube channel ada yang membahas implikasi peperangan ini dengan fenomena Akhir Zaman. Russia itu dipercayai adalah Bangsa Rum seperti yang disebut dalam alQuran. Saya ikuti komen beberapa bijak pandai Islam dan sedang duduk berfikir-fikir panjang. Saya tidak tahu nak komen apa. Cuma saya ikut sahaja nasihat Ustaz yang kata apa yang berlaku sekarang sememangnya Petanda Umur Dunia sudah amat tua dan bila-bila masa sahaja kita akan sampai kepenghujungnya.  Saya sudah boleh terima kerana umur saya pun sudah 77 tahun mengikut kiraan Hijriah. Maka saya ikuta sahaja nasihat Ustaz yang menyarankan kita baca 10 ayat dari Surah AlKahfi yang awal dan 10 ayat yang akhir sebagai persiapan kita menghadapi apa jua yang Allah izinkan berlaku sekarang dan seterusnya. Disamping itu Ustaz kata jangan sibuk sangat dengan hidup dunia dan tak buat persiapan untuk MATI. Itu hakikatnya. Tidak kira tua atau muda.  Allahua'lam.

Ada cerita yang lain dalam video ini tetapi saya kongsi dua sahaja. 😊




No comments:

Related Posts with Thumbnails