"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 17, 2022

APAKAH SEBENARNYA DI MINDA PENERBIT VIDEO INI? .....@In Russia 🇷🇺

















ASSALAMUALAIKUM. 
SAYA BERFIKIR LAIN SEDIKIT HARI INI.

Lihatlah jika ada masa dan boleh skip jika tidak ada mood untuk fikir-fikir.
Munkin apa yang saya fikirkan ini tidak ada format penulisan seperti biasa. Tetapi saya buat juga
 kerana tiba-tiba saya mahu mengikuti sahaja fikiran terbuka saya.
Munkin tidak ada sesuatu yang penting yang boleh di kongsikan,
 tetapi saya ikutkan sahaja jejari saya dan minda saya yang baru bangun dari tidur.......

Biasanya saya mula menulis dengan menyebut 'bismillah'.
Maka saya turunkan berbagai cara kita boleh menulis kalimah Allah:
"Bismillahirrahmannirraahimm"
Cantik pada zahirnya, dan semoga cantik di hati-hati kita.
Dengan nama Allah yang maha Pengasih, maha Penyayang,
Kita tenangkan sahaja hati kerana jika tiada siapa disekeliling kita yang kasih dan sayang pada kita, maka bersyukurlah Allah sentiasa hampir dan Maha Tahu apa yang ada di hati kita.
Kita zahirkan kita rindukan Kasih Sayang Allah.
Cuma kita rasa "malu" menyatakan nya kerana kita rasa kita manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya selalu teringat Ustaz pesan supaya selalu sebut dan yakin bahawa Allah sayang pada kita. Jika kita tidak kata pun, Allah maha Tahu kita perlukan kasih sayangNYA.
Kannn.......?

Video di atas adalah satu kreativiti fotografi yang random ikut suka hati orang yang menunjukan bakat fotografinya dalam video ini. Apa yang ada di hatinya kita tidak tahu. Saya ikuti video sampai habis sebab ada banyak pemandangan dan peristiwa berlaku di alam nyata yang saya tidak pernah tahu.
Itu  pun hakikatnya baru sedikit. Sebenrnya banyk hal dalm dunia ini yang saya tidak tahu. Apatah lagi yang Allah beri gambaran hal-hal yang akan berlaku di Akhirat nanti.

Maka terpaku difikiran saya atas soalan-soalan yang saya belum ada jawapan yang saya yakini nyata dan benar.  Saya rasa bergetar di hati kerana takut menghadapi pertanggongjawapan yang berat itu. 

Sebenarnya video di atas saya lihat sebagai satu menifastasi fikiran seorng manusia yang punya banyak pengetahuan dan fikiran atas banyak hal yang bukan kita yang menciptanya. Tetapi hati berat untuk benar-benar mengaku hakikat bahawa apa jua yang wujud di alam ini (kita nampak atau tidak nampak, dan kita tahu atau tidak tahu) adalah ciptan Allah. Mengapa Allah swt cipta ini semua?
Tidak ada sesuatu yang lahir  ternyata wujudnya tanpa kuasa Allah yang Mutlak.
Maka manusia janganlah tunjuk pandai dan sombong.

Nyata amat susah untuk kita yang tidak mahu memikirkan keajaiban ciptaan Allah bahawa dalam dunia ini kita perlu bersungguh-sungguh bertanyakan pada diri KITA INI SIAPA SEBENARNYA.
KITA PERLU TAHU SEBAB KITA AKAN ADA TITIK AKHIR DI DUNIA INI DAN AKAN BERPINDAH KE DUNIA YANG KEKAL. KITA HARUS ADA JAWAPAN DAN HARUS ADA PERSEDIAAN DAN BEKALAN.

JOM FIKIR-FIKIR.....
MOHON MAAF CATATAN YANG KURANG TERATUR....




......

No comments:

Related Posts with Thumbnails