"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, August 18, 2022

SAYA SEDIH DAN SIMPATI. ...@Saya dibiarkan dalam keadaaan tanpa peguam bela - Najib







INI CUMA SEKADAR SUATU PENDAPAT MINDA FAKIR.
.
Saya pernah bertugas di Kementerian Pendidikan suatu masa dahulu
 semasa Dato Najib menjadi Menteri Pendidikan. 
Saya berumur 31 tahun waktu itu pada tahun 1978. Saya hormat
padanya kerana beliau merupakan Menteri di Kementerian
tempat saya bertugas. Tidak lebih dari itu.

Hari ini saya sedih juga mengikuti ceritanya beliau gagal atas permohonannya 
di Mahkamah untuk membela diri atas tuduhan-tuduhan jenayah.
Saya tidak bertujuan mengulas panjang lebar.
 Cuma saya ingin mengatakan bahawa saya agak kesal
 Kerajaan tidak meluluskan
 permohonnya untuk penangguhan Perbicaraan.

Beliau menghadapi hukuman 12 tahun penjara dan 
bayaran denda yang tinggi.
Saya kesal kerajaan sangat keras untuk tidak membenarkan
 permohonan beliau.

Saya cuma memikirkan perihal kemanusiaan. Jangka masa 3 atau 4 bulan penananguhan masa bukan lah lama
 berbanding dengan fakta penjara 12 tahun.
Bukakan kah setiap manusia ada kelemahan.
 Termasuk manusia yang digelar Hakim. (MAAF). Mengapa tidak ada
 belas kasihan. Mengapa kita mengandaikan setiap kesalahan mesti dihukum dengan segera tanpa banyak persoalan.

Manusia tetap manusia. Ada kalanya lemah, ada kalanya kuat.
 Ada kalanya waras dan ada kalanya kebingungan.
 Ada kalanya gembira dan ada kalanya kesedihan. 
Ada kalanya bijak dan ada kalanya dangkal.
Hanya Rasulullah saw sahaja yang terpelihara dari dosa dan kelemahan.
Hakim adalah juga manusia biasa.
 Maka saya terdetik di hati mengapa Hakim tidak 
merasakan semua manusia adalah "vulnarable".
 Iaitu bila-bila masa boleh membuat kesilapan.
 Maka saya rasa sedih hari ini Dato Najib seperti langsung
 tidak diberi belas ihsan. Bayangkan sahaja 3 atau 4 bulan
 berbanding 12 tahun penjara.
Yang dipohon hanyalah sedikit masa untuk persiapan pembelaan.
Kalau sesudah itu Dato Najib didapati bersalah, maka tidak akan ada
 rasa kesal kerana 
sifat kemanusiaannya di ambil kira,

Itu sahaj fikiran saya dalam rasa kesedihan dan kekesalan. 
Semoga Allah akan menurunkan pertolongan pada Dato Najib 
dalam bentuk yang lain. Setiap sesuatu yang Allah izin berlaku itu
 Pasti Ada Hikmahnya.
Semoga Dato Najib bersabar menanti hikmah kasih sayang dari Allah.
Jika tidak di dunia, maka di akhirat.
Aamiin Ya Rabb....



..........

1 comment:

Unknown said...

To hear that you pity a man who has committed a serious and heinous crime which is bribery, resources that could actually help people bewildered me. You of all people who look pretty religious with your Islamic posting supporting a man who is not what we call seseorang yang beramanah is totally opposite of what you are portraying. His case has been on trial for four years and a series of postponement from his stupid and petty excuses. This is just another trick for him to delay this case. How can you sympathise a man who stole millions from Malaysians, he was supposed to be a leader but only turn out to be very corrupted. Are you easily sway by people menunggang agama in order to get away from crime, gain sympathy from other people? If so, you faith is pretty shaky to me and you judge the book by its cover. You choose to believe him based on his lies with words rather than facts that is on paper. The proof is out there and you may read it. Google is free sister. Thank god that we have a firm and wise judge. You are a fool to support and believe him. You have my sympathy. He has so many to answer for his both unreported and reported crime

Related Posts with Thumbnails