"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 30, 2022

MENGAPA MANUSIA BERPERANG??? .....@World at War | Episode 17: Russia to unleash 'General Winter' on Europe ...





Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".


DUNIA KITA SEKARANG TERLIBAT DALAM BERBAGAI PEPERANGAN ANTARA BEBERAPA NEGARA YANG TIDAK SERUPA KOMPONENNYA. IKUTILAH VIDEO DI ATAS SEMOGA KITA DAPAT MERASAI BAHAWA KITA HARUS PEKA UNTUK MEMBUAT PERSIAPAN YANG SEWAJARNYA.
CERITA YANG LAINNYA DALAM VIDEO INI BOLEH LAYANI, DAN BOLEH  JUGA TINGGALKAN.
TUJUAN SAYA INGIN BERKONGSIKAN CERITA PEPERANGAN INI IALAH UNTUK BERKONGSI FAHAMAN MENGAPA DALAM TAMADUN MANUSIA AKAN ADA SAHAJA PEPERANGAN. (SEPERTI TIDAK PERNAH TIDAK ADA PEPERANGAN).  APA JUA PEPERANGAN, IA ADA BERBAGAI OBJEKTIF MENGIKUT KEKUATAN SESUATU NEGARA ITU. ADA YANG BERPERANG KERANA KEFAHAMAN IDEOLOGI, ADA KERANA ADANYA BENTUK MONOPOLY KEKAYAN EKONOMI DAN ADA SEMATA-MATA KERANA MAHU MEMPERBESAR KELUASAN NEGARA.
SAYA SERING BERFIKIR SENDIRI MENGAPA KITA PERLU DAN MESTI BERPERANG YANG MEYEBABKAN KEHILANGAN NYAWA DAN BERBAGAI LAGI KESAN SAMPINGAN YANG MEMBUAT RAKYAT BERSEDIH. MAKA SAYA CUBA CARI DALAM AL QURAN AYAT - AYAT MENGENAI PEPERANGAN. SAYA TURUN KAN  SATU DUA AYAT  DI BAWAH INI UNTUK ASAS BERFIKIR- FIKIR.........


A216

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah 2:216) |


A140

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

(A-li'Imraan 3:140



A009

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(Al-Hujuraat 49:9



KEBELAKANGAN INI SAYA TERSEDIH HATI BILA MELIHAT LAPORAN PEPERANGAN DI SANA-SINI. TIDAK KIRALAH SAMA ADA PEPERANGAN ITU MELIBATKAN ORANG ISLAM ATAU BUKAN ORANG ISLAM. PADA SAYA SETIAP NYAWA ITU AMAT BERHARGA. JIKALAU PEPERANGAN ITU ATAS NAMA MEMBELA HAK ISLAM, MAKA MATINYA  INSYA ALLAH ADALAH MATI SYAHID. TETAPI JIKA TIDA, KESEDIHAN MEREKA YANG TERLIBAT ADALAH JUGA KESEDIHAN SAYA.

SAYA SENTIASA BAYANGKAN YANG AKAN TERKORBAN NYAWA ITU KEBANYAKAN NYA ADALAH KAUM LELAKI. SEDIH SAYA MENGINGATKAN IBU/BAPA  AKAN KEHILANGAN ANAK LELAKI DAN ANAK-ANAK MENJADI YATIM KERANA DITINGGALKAN AYAH UNTUK SELAMANYA.

DAN HATI SAYA AGAK KETAKUTAN JUGA APABILA MEMIKIRKAN JIKA DITAKDIRKAN MENEMUI PEPERANGAN DI AKHIR ZAMAN......

JOM MUNAJAT SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH UNTUK KITA RASA BERSABAR MENGHADAPI KEHIDUPAN YANG KITA TIDAK TAHU SEPENUHNYA KESANNYA PADA KITA. SEMOGA APA JUA YANG BERLAKU ALLAH KURNIA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
AAMIIN......




.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails