"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 11, 2023

DI MANA SAHAJA, PASTI ADA PERSAMAAN NAFSU MANUSIA? ......@Ukraine Russia Latest w/ Col Doug Macgregor





Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".


PEPERANGAN UKRAINE MELAWAN RUSSIA BERTERUSAN HINGGA SEKARANG,   HAMPIR SETAHUN. KEBELAKANGAN INI SAYA SUDAH TIDAK MENGIKUTI SECARA DETAIL DI UTUBE ATAU DI MANA SAHAJA KERANA SUDAH TIDAK YAKIN BAHAWA MANUSIA MAHU HIDUP BERBAIK-BAIK ANTARA SATU SAMA LAIN ATAU ANTARA SATU KUMPULAN DENGAN KUMPULAN YANG LAIN.

PEMIMPIN NEGARA TERTINGGI DI MANA SAHAJA PUNYA AGENDA YANG DIRAHSIAKAN SENDIRI. TIDAK SEORANG PUN TAHU. GENERAL TENTERA YANG TERTINGGI PUN TIDAK TAHU.  SEBAB ITU LAH KITA LIHAT PEPERANGAN DI DUNIA SELAMA SAYA HIDUP PUN TETAP TERUS BERLAKU,  TIDAK BERHENTI-HENTI. DARI SAYA MEMBESAR SAYA MENDENGARI PEPERANG DUNIA PERTAMA, KEDUA DAN KINI MUNGKIN KETIGA.

SAYA MENDENGARI PEPERANGAN DENGAN JEPUN DAN PEPERANGAN DENGAN KOMUNIS SEMASA SAYA SEKOLAH RENDAH LAGI. EMAK BAPAK SAYA SELALU CERITA TENTANG KURANG MAKAN DAN HIDUP SUSAH.

APABILA SAYA REMAJA DAN KEMUDIA DEWASA SAYA MENDENGARI PEPERANGAN VIETNAM. SEMASA ITU SAYA SETAHUN LEBIH DI US.

APA BILA SAYA SUDAH DEWASA DAN BEKERJA SAYA TEMPUHI PULA PEPERANGAN DI IRAQ, DI AFGHANISTAN DI SYIRIA DAN ENTAH DI MANA LAGI.

MANUSIA TETAP TAMAK DAN HALUBA DAN BUAS DAN BERGAI-BAGAI LAGI SIFAT YANG HUDUH YANG KITA DENGARI. KATA SETENGAH USTAZ KITA MANUSIA TIRU SIFAT SYAITAN AZZAZIL DARI ZAMAN MULA LAHIRNYA PARA NABI DAN RASUL.

SAYA TIDAK FAHAM SEPENUHNYA. CUMA SAYA SEKADAR MENCUKUPI FAHAM BAHAWA MANUSIA  MUDAH IKUT SIFAT JAHAT SYAITAN DAN LAIN-LAIN LAGI.

RUPANYA HINGGA HARI INI DUNIA AKAN SENTIASA BERGOLAK.

APA BEZANYA DENGAN MALAYSIA???

SETIAP KALI  MESTI PERANG MULUT. SEBAB APA ?  MEREKA PUN JAHAT. ADA GOLONGAN YANG MAHU KAYA DAN BERKUASA TIDAK KIRA DENGAN CARA APA.. LIHAT SEKARANG INI......

POLITIK MALAYSIA TIDAK PERNAH AMAN. NAMPAK MACAM CANTIK DAN AMAN DAN RAKYAT SEPERTI SAYA RASA SERONOK DAN MENERIMA BAHAWA MALAYSIA NEGARA BERTAMADUN TINGGI.

SEKARANG INI BILA SAYA DUDUK DAN FIKIR-FIKIR RUPANYA TIDAK.  POLITIK MENJADI SENARIO SEOLAH-OLAH OKAY SAHAJA PEMIMPIN BERBALAH. PADA HEMAH SAYA SEMUANYA BERBALAH MENGGUNAKAN AQAL FIKIRAN SAHAJA. JARANG SEKALI MENGGUNAKAN PESANAN NABI SAW SUPAYA BERHEMAH, BERIMAN DAN BERTAQWA.

'FAST FORWARD' ....  KITA LIHAT SEKARANG RUPANYA SEMUA PIHAK KUAT MAIN STRATEGY RASUAH.  SAMA SAHAJA MACAM YANG DI SEBUT DALAM VIDEO YANG SAYA KONGSI DI ATAS TADI.  MANUSIA "TIDAK TAKUT" ALLAH SWT DAN HARI QIAMAT.  RAKYAT DIBOHONGI DAN RAKYAT PUN IKUT. SAYA PUN TERIKUT TANPA MENYEDARINYA SECARA HAKAIKI. SAYA IKUT DENGAN HARAPAN SEMOGA ADA PEMIMPIN YANG IKUT CONTOH SAHABAT-SAHABAT NABI SAW. RUPANYA BELUM LAGI.

SAYA TETAP MENGAKU BAHAWA DIRI SAYA SENDIRI PUN LEMAH. ILMU AMAT KURANG. ILMU DUNIA KURANG ILMU AKHIRAT LAGI KURANG. MAKA SAYA DAN KELUARGA SAYA MUDAH SAHAJA DI BOHONGI.

SAYA SEKARANG RASA SEDIH MELIHAT APA YANG ADA DI DUNIA LUAR SANA DAN APA YANG ADA DI HADAPAN MATA. ORANG YANG SAYA SANGKA BAIK PUN RUPNYA MUNGKIN BERSALAH KERANA RASUAH.  KUASA BESAR DUNIA RASUAH. IKUTI VIDEO DI ATAS.  MALAYSIA PUN RASUAH . YANG MENJADI MANGSA RAKYAT TERMASUK SAYA DAN KELUARGA.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIIM. MOHON KEAMPUNAN MU DAN TUJUKILAH KAMI JALAN YANG ENGKAU REDHA DAN KUATKAN HATI KAMI SEMOGA SENTIASA PATUH PADA MU DAN BUKAN KUASA LAIN. KAMI TAKUT NERAKA MU YA ALLAH, KAMI TAKUT .........




No comments:

Related Posts with Thumbnails