"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, January 20, 2023
SAYA MENGAKU SUKA MENDENGARI SCOTT RITTER INI. Scott Ritter - Ukraine Should give up the Donbass
SAYA SUKA MENGIKUTI SCOTT RITTER DI MANA JUA APABILA IA MEMPERKATAKAN PEPERANGAN DI UKRAINE-RUSSIA.
BELIAU BERBANGSA AMERICAN TETAPI BANYAK BERFIKIRAN BERLAIANAN DARI PRESIDENT BIDEN DAN SEKUTUNYA.
TIDAK MENGAPA. IKUTI SAHAJA.
SAYA RASA TIDAK RUGI WALAUPUN DI AKHIR PEPERANGAN INI ADA YANG TIDAK TEPAT. TETAPI TIDAK ADA MANUSIA YANG TAHU SEMUANYA. KITA CUMA SUKA MENGIKUTI KUMPULAN YANG DIFIKIRKAN BUKAN GOLONGAN TAMAK KEKAYAAN DAN TAMAK KUASA.
SUDAH HAMPIR SATU TAHUN PEPERANGAN BERLARUTAN. RAMAI YANG TERKORBAN MATI DAN RAMAI YANG KELAPARAN DAN HIDUP SENGSARA KERANA KESEJUKAN WAKTU INI. SAYA RASA KASIHAN LAHIR DARI JIWA YANG SIMPATI MASAALAH KEMANUSIAAN. ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI KEMANA DAN BAGAIMANA PEPERANGAN INI AKAN BERAKHIR. APA JUA YANG ALLAHSWT IZINKAN BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.....HIKMAH INI YANG MAHAL MAHARNYA.
----------------------------------
DI MALAYSIA PUN KITA TIDAK PUTUS-PUTUS DI BERITAKAN DENGAN HAL-HAL YANG MEMBUAT HATI SEKEJAP SUKA TETAPI SEKEJAP DUKA.
MALAYSIA NEGARA ISLAM TETAPI KEKADANG SAYA LIHAT MACAM KITA BELUM BENAR-BENAR MEMPERCAYAI BAHAWA KEADILAN PADA MANUSIA BUKAN LAHIR DARI AQAL MANUSIA SEMATA-MATA. IA AKAN LAHIR DARI HATI QALBU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA. MAKA KITA SEMESTINYA BERTAUT PADA PERTOLONGAN ALLAH DAN BUKAN MENGGUNAKAN PERASAN HATI YANG MASIH CELARU DAN MASIH BELUM BENAR-BENAR YAKIN BAHAWA KEMENANGAN ITU DATANG DARI ALLAH SWT, PENCIPTA MANUSIA YANG TIADA SELAIN DARINYA..
BIAR KITA KALAH DIDUNIA TETAPI ALLAH REDHA DENGAN KITA DI AKHIRAT.
BAGAIMANA YE? KITA RUJUK MEREKA YANG TIDAK MENCARI KEMENANGAN DUNIA. MEREKA YANG HANYA MENCARI KESEJAHTERAAN HIDUP MANUSIA TIDAK KIRA APA PEGANGAN HIDUPNYA. HANYA ALLAH YANG BOLEH MENUKAR HATI DAN MINDA MANUSIA. KITA HANYA MEMATUHI APA YANG SUDAH DIGARISKAN DI DALAM ALQURAN DAN HADITH DAN PENERANGAN YANG NYATA DARI ULAMAK YANG BENAR-BENAR HANYA TAKUT PADA ALLAH SAHAJA.
KITA LIHAT BALIK PEPERANGAN DAN PERTELINGKAHAN ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN SAHABAT-SAHABT DAN MEREKA YANG MEWARISI PERILAKU DAN PEMIKIRAN YANG HANYA JITU PADA KEBENARAN ALLAH SEMATA-MATA.
MAAF, BERIBU MAAF SAYA HANYA BERKATA BETERASKAN APA YANG SAYA DI AJARI OLEH MEREKA YANG YANG PANDAI BIJAK DAN BERTQWA HANYA PADA NYA...ALLAH SWT. (TETAPI SAYA BOLEH SILAP JUGA)
SAYA PUN SENTIASA DALAM KEBIMBANGAN DAN KETAKUTAN KERANA SAYA JUGA BERTANGGONG JAWAB PADA KELUARGA. SAYA TAKUT KALAU SAYA SALAH BERPIJAK DI DUNIA NYTA DAN MASIH TERUMBANG AMBING SEBENARNYA ANAK CUCU SAYA JUGA DALAM BAHAYA.
SAYA MOHON MAAF DENGAN APA YANG ADA DALAM FIKIRAN SAYA. SAYA MOHON AMPUN KERANA SAYA SEBENARNYA KERDIL DALAM SEMUA PERKARA, ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA KEKUARANG FIKIRAN MINDA DAN RASA HATI SAYA...... SETERUSNYA DAN SELAMANYA.
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI SEGALA YANG SAYA KATA KERANA PASTINYA MASIH ADA ELEMEN KEJAHILAN YANG BELUM DISEDARI KERANA MASIH TENGGELAM DLAM FIKIRAN MANUSIA BIASA.
MOHON KEAMPUNAN MU YA RABB......
MOHON KASIH SAYANG MU YANG TIDAK TERHINGGA DAN MOHON KEBERKATAN SYAFAAT KEKASIH MU RASULULLAH SAW. AAMIIN...YA RABBAL AALAMIIN......
No comments:
Post a Comment