"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 15, 2023

SILAP BESAR MANUSIA SELESAI MASAALAH LALU PEPERANGAN!!! ......@Douglas Macgregor: NATO Mission Miscalculated In Ukraine Very Badly, Ukr...






Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".


Kebelakangan waktu ini saya sudah tidak banyak mengikuti perkembangan peperangan di Ukraina dan Russia. Sepertinya saya sudak sedikit-sedikit dapat menjangka apa yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak setelah sekian lama mengikuti peperangan dari Utube. 

Tetapi itu cuma jangkaan saya sahaja. Bukan fakta sahih.

Saya sudah tahu sekarang siapa yang berkata sesuatu hanya berbentuk propaganda sahaja......di kedua-dua belah pihak. Tetapi saya suka mengatakan Amerika Syarikat dan Ukraina dan peminat-prminat mereka yang saya tahu hanya menyebar fakta yang berupa propaganda. Russia pula saya rasa tidak ramai peyokong yang meyebar propaganda.

Tidak mengapa. Ini pendapat saya sahaja. Jangan marah saya pulak.

Sekarang saya baru tahu peperangan yang berlaku dari zaman saya remaja hingga kini di lakukan oleh kuasa besar Amerika semata-mata kerana mereka mahu jadi kuasa besar utama yang menguasai semua negara di dunia yang berpotensi tinggi dalam hal ekonimi dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Banyak hal yang berupa penipuan yang dibunkus dengan fakta yang di reka-reka. disebar terus menerus.

Ini sifat "berdebah" kumpulan yang zalim dalam dunia.

Jadi jangan hairan dengan apa yang dikatakan oleh D. Macgregor dalam video ini.

Seperti yang pernah saya katakan dahulu di sini, sifat manusia ini banyak yang sama jika mereka tidak punya hati dan fikiran yang ikhlas dan waras. Saya suka katakan manusia yang tidak benar-benar beriman dan bertaqwa pada yang Maha Pencipata Alam ini sememangnya begitu.

Saya pun sekarang sudah tidak melekat di google mendengari karenah politik di Malaysia. Manusia serupa sahaja jika tujuan besar mereka ialah untuk berkuasa. Mereka akan mengatakan sesuatu walau apa yang dikatakan itu suatu pembohongan. Semua muslihat disembunyikan dengan rapi. Apabila sampai ketika yang mereka fikir terbaik untuk menbongkarnya maka ia akan di viralkan semua.

Mula-mula saya terpesona dan mengatakan bahawa mereka ini bijak....betul-betul bijak. Sekarang saya senyum sendiri sahaja.

Biarkan lah mereka "terjun dengan labu-labunya", suatu cerita rakyat yang menyidir manusia..

Saya sentiasa mencari-cari bila akan timbul peperang seperti Perang Badar dalam sejarah Islam. Tentera Islam yang hanya 313 bilangannya boleh mengalahkan bilangan tentera kuffar yang beribu bilangannya. 

Jangan percaya sangat apa yang saya kata kerana kini saya berumur 75 tahun dan mungkin tidak berfikiran "segar" kerana sudah tidak berapa sihat.

Namun saya berdoa demi keselamatan anak cucu dan semua kita yang masih "berpotensi" hidup lama lagi akan dapat berinteraksi dengan manusia yang benar-benar mentauhidkan Yang Maha Pencipta Alam ini. Kata ustaz doa adalah senjata kuat. Semoga Allah swt mengurnia kita kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.......




.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails