"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 25, 2023

ALLAH CIPTA HAIWAN TIDAK SIA-SIA ! .....@The Dog was Crawling on the Floor with Twisted Legs !









DI UMUR TUA SAYA BANYAK MELIHAT, MENGIKUTI DAN BERFIKIR.
KAKAK SAYA SUKA BELA KUCING, BERBELAS EKOR. SATU "KESIBUKAN" SETIP HARIMEMBERI MAKAN.  SETIPA MINGGU MEMBELI MAKANAN IKAN DI PASAR.ANAKNYA MEMBANTU KE PASAR DAN KAKAK SAYA PUNYA PETI AIS YANG AGAK BESAR.
SEJAK BERSARA SAYA RASA SAYU BILA BERBUAL DENGAN KAKAK SAYA WAKTU PULANG KAMPUNG.BUDGET MAKANAN KUCING SENTIASA ADA.

SAYA ADA HANYA 2 EKUR DI RUMAH SAYA. ITU PUN ANAK MENANTU DAN CUCU-CUCU YANG BERGELUT MAIN DENGAN KUCING. SAYA HANYA LIHAT DAN SENYUM SAHAJA.CUCU MAHU TAMBAH KUCING TETAPAI ANAK SAYA TAKUT TIDAK MAMPU JAGA DENGAN BAIK
SATU HARI KUCING JANTAN KELUAR RUMAH DAN TIDAK TAHU BALIK.CUCU PEREMPUAN SAYA ASYIK MENGESAT AIR MATA KESEDIHAN.KAMI USAHA CARI DAN IKLAN DI KAWASAN PERUMAHAN. AKHIRNYA DAPAT KESAN DAN DAPAT KEMBALI.


HARI INI SAYA KONGSIKAN BETAPA MANUSIA SUKA ANJING UNTUK TEMAN BERSUKA RIA.
SUDAH LAMA SAYA BERFIKIR-FIKIR KERANA DALAM MASYARAKAT ISLAM KITA TIDAK RAMAI ATAU TIDAK ADA KELUARGA YANG BENAR-BENAR MEMBELA HAIWAN KESAYANGAN ANJING SEPERTI DALAM VIDEO INI.
SAYA TERUS TERFIKIR-FIKIR.TIDAK ADA CIPTAAN ALLAH YANG SIA-SIA.ANJING BOLEH MEMBANTU MANUSIA JIKA DIBELAI DAN DISAYANGI.TENTERA  DAN POLIS ADA PASUKAN ANJING SEBAGAI RAKAN BERJUANG.PASTI ADA CARA UNTUK MENGOLAH HUKUM HAKAM YANG ALLAH TELAH TENTUKAN.
MAKA SAYA TERTANYA-TANYA DIRI SENDIRI.KALAU SAYA MUDA DAN PUNYA KEWANGAN YANG MENCUKUPI SAYA RASA SAYA AKAN CUBA BUAT SEPERTI YANG ADA DI VIDEO INIKALAU ADA CARA YANG BETUL DAN SAHIH.
SEMUA MAKHLUK ALLAH ADA RASA HATI DAN PERASAAN SAYANG MENYAYANG.SEMUA YANG ALLAH IZIN BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.
KEKADANG SAYA RASA BERSALAH KERANA TAKUT DENGAN ANJING SEMASA KECIL DI KAMPUNG. MUNGKIN KERANA KITA TIDAK PERNAH BERFIKIR HALUS-HALUS BAGAIMANA MAHU MENYANTUNI HAIWAN ANJING.WAL HAL ANJING BOLEH MEMBANTU MANUSIA.
JOM FIKIRKAN.SAYA TERUS BERTANYA-TANYA HUKUM HAKAM DARI SEGI KESUCIAN DIRI TERUTAMANYA.TETAPI BELUM MENDAPAT PELUANG YANG SEBAIKNYA.
SAYA KONGSIKAN CERITA INI UNTUK SAMA-SAMA KITA FIKIRKANKERANA TIADA MAKHLUK ALLAH YANG DICIPTA SIA-SIA..
YA ALLAH MOHON AMPUN ATAS KELALAIAN KAMI YANG SEWAJARNYA  DIATASI.


..................................................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails