DI AMERIKA SYARIKAT RAKYATNYA SUDAH MULA KERISAUAN KERANA PRESIDEN BIDEN SUDAH MENUNJUKAM PENAMPILAN DIRI SEBAGAI SEORANG YANG SUDAH "HAMPIR" NYANYUK.
SAYA ADA MELIHAT KARENAH JOE BIDEN DI U TUBE.DI MAJLIS-MAJLIS RASMI SUDAH KETARA SANGAT BELIAU SUDAH SAMPAI KE TAHAP "COGNITIVE DECLINE". INI BERMAKNA BELIAU SERING BERCAKAP DI LUAR AGENDA YANG DI TENTUKAN.
SAYA TIDAK MENGHINA BELIAU KERANA SAYA SEKARANG BERUMUR 78 TAHUN KIRAAN HIJRAH DAN SELALU "LUPA-LUPA DAN ADA KALANYA TERUS LUPA MENGINGAT SESUATU YANG SAYA INGIN KATAKAN.
TETAPI SAYA TIDAK MENIDAKAN KEADAAN. SAYA SUDAH RUJUK DIRI SAYA PADA SEORANG DOKTOR PAKAR JIWA MENGENAI KEKURANGAN SAYA KINI.BELIAU MENGATAKAN HAL SAYA LUMRAHMENGIKUT UMUR DIRI KERANA LUPA-LUPA SAYA SEDIKIT SAHAJA DAN SAYA TIDAK MEMEGANG APA-APA JAWATAN AWAM.
.............................................................
YANG SAYA "RISAUKAN" IALAH KEADAAN DI MALAYSIA DI MANA SUDAH ADA BEBERAPA PEMEGANG JAWATAN AWAM YANG SUDAH BERUMUR SEPERTI SAYA DAN ADA YANG SUDAH LEBIH DARI ITU.
SAYA KHUATIR MEREKA YANG SEPERTI INI MAKA SAYA INGIN SYURKAN MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMERIKSA DIRI SUPAYA TIDAK "TERSALAH BICARA " DENGAN RAKYAT.
TIDAK PERLU RASA MALU KALAU KITA SUDAH ADA GEJALA TUA.UMUR TUA ITU PUN SUATU RAHMAT.APA JUA YANG ALLAH IZIN BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.
UNTUK MEREKA YANG SEPERTI UMUR SAYA HARUS BOLEH MENERIMA HAKIKAT DAN BERILAH TUGAS PADA MEREKA YANG LEBIH MUDA.INGATLAH RASULULLAH SAW PUN WAFAT UMUR 63 TAHUN KIRAAN HIJRAH.
KITA TIDAK PERLU RASA MALU DAN TERHINA SEMATA-MATA KERANA UMUR DAN SUDAH MULA BERBUAT SESUATU YANG DIANGGAP SUDAH KURANG BIJAK.
BUKAN SEMUA ORANG SEPERTI TUN DR MAHATHIR. BELIAU HAMPIR 100 TAHUN DAN MASIH HEBAT DARI SEGI INGATAN DAN MASIH BOLEH BERINTERAKSI DENGAN MEREKA YANG JAUH LEBIH MUDA.(ALLAH TIDAK KURNIA SEMUA MANUSIA SERUPA)
JOM RASA YAKIN DENGAN APA JUA KURNIAAN DARI ALLAH YANG MAHA PENCIPTA.KITA MASIH BOLEH MENYUMBANG PADA MASYARAKAT DENGAN BAIK JIKA KITA DAPAT MENERIMAHAKIKAT HIDUP SEPERTI RASULLAH DAN SAHABAT-SAHABATNYA
KALAU ADA TEGURAN BAHAWA KITA ASYIK BERKATA HAL-HAL YANG "BUKAN-BUKAN", ELUKLAH KITA BERUNDUR DIRI DAN SERAH KERJA-KERA MEMIMPIN PADA YANG AKTIF MINDA DAN FISIK.
MAAF YE!INI SEBUAH PANDANGAN SAHAJA.KITA KERJA KUAT SEMASA KITA "TOP FORM"
ALLAH SWT TIDAK MENGUKUR KITA SEMUA SERUPA. KITA MASIH BOLEH MENYUMBANG PADA MASYARAKAT DALAM BENTUK LAIN YANG LEBIH BERKESAN.SEMOGA ALLAH SENTIASA MENUNJUKI JALAN ASAL SAHAJA KITA IKHLAS MENGIKUT APA YANGDIAJARKAN OLEH RASULULAH SEBAGAI PEMIMPIN UMMAH.
KITA BOLEH MEMIMPIN DARI DEPAN DAN BOLEH MEMIMPIN DARI BELAKANG.
ALLAHU AKBAR.
....................................................................................
No comments:
Post a Comment