Berita beras tempatan sudah ada di pasaran mengembirakan rakyat biasa Rakyat yang berada dan kaya tidak ada masaalah sebab stock dikhabarkan mencukupi.Tetapi saya dengari juga bahawa stok beras tempatan boleh terus adadipasaran hingga akhir tahun sahaja. Harap-harap saya salah dengar. Pasti rakyat biasa tidak sedap hati kalau beras tempatan bertahan sehingga akhir tahun sahaja.
Semoga beras berterusan mencukupi hingga bila-bila masa sahaja.Saya dulu anak pekebun sahaja. Di hujung-hujung Perang Dunia Kedua rakyat masih sukar mendapat beras. Kampung saya semasa dahulu jauh di pendalaman dan sukar mendapat bekalan beras. Bila bapak saya mula-mula sampai di Malaya dia menebang hutan. Kemudian tanam pokok getah.Saya anak bongsu dari lapan adik beradik dan tidak merasai susah seperti kakak-kakak saya. Saya hanya ada seorang abang dan dia diterima di Royal Military College di Sungai Besi.
Rasa sayu sekarang ini bila cerita rakyat tidak cukup makan Nasi.Semasa saya kecil pun kami sekeluarga banyak makan Ubi, keladi , Keledek.Bapak saya tanam sendiri di tanah-tanah kerajaan yang belim dibangunkan.
Hebat bapak saya.(alhamdulillah). Dia tidak duduk diam. bapak saya berkebun dan emak saya menoreh getah.Sebab itu bila cerita kurang makanan terutamanya beras, saya rasa amat sayu.Masa saya membesar Komunis sudah tidak ada dan bekalan beras mudah sedikit.Sebelum itu kami makan ubi, keledek dan sayur kampung. Cili tanam sendiri.(Ala kulihal....alhamdulillah)
Wahai pemimpin Malaysia, ingatlah orang di kampung-kampung. Negara tidak berperang, tetapi rakyat sudah merasai kekurangan bekalan beras.......
Semoga Allah mengasihani rakyat malaysia.Aamiin ya Rabb....
.....................................................
No comments:
Post a Comment