"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 11, 2016

Selesai masaalah dengan Iman.....




Kata orang tua-tua: Tiada bumi yang tidak pernah ditimpa hujan.

Pepatah Inggeris pula kata: Life is not a bed of roses.

Maka kita terimalah hakikat bahawa hidup manusia akan menempuhi berbagai masaalah, tidak kira masaalah kecil atau besar ataupun mudah atau rumit. Semasa remaja kita diajar oleh emak untuk tidak berputus asa. Kita dirangsang untuk terus mencuba. Ketika itu masaalah kita berkisar dalam ruang lingkup untuk lulus peperiksaan di sekolah. Jarang sekali kita bermasaalah yang lainnya.

Kini kita dewasa dan ada yang sudah dewasa tua dan ada yang sudah berumur senja. Namun hidup kita akan sentiasa berhadapan dengan masaalah. Itu sudah lumrah. Malahan jika kita memahami kewujudan kita dalam konteks kewujudan dan keesaan Allah kita ditarbiah untuk memahami bahawa masaalah yang wujud itu mungkin kerana Allah mahu meningkatkan maqam Iman dan Taqwa kita. Kita akan menjadi lebih hampir dengan Redha Allah. Semoga kita tidak kecundang. Maka kita dinasihati untuk berlapang dada dan bersabar kerana di hujung satu ujian pasti ada kesudahan yang menggembirakan.

Maka kita sering dinasihati supaya kita berhati-hati dalam usaha kita mencari jalan keluar untuk menyelesai masaalah. Apa yang penting ialah kita menyelesai masaalah berasaskan Iman bukan berasaskan Ego. Kita mungkin merasakan kita faham isu Iman dan isu Ego. Tetapi bila kita menghadapi masaalah, kita tergelincir dan kita lebih menggunakan Ego dan Iman kita terbang melayang.

Mudah sahaja kita mencari contoh. Pembantu rumah part- time saya seorang Indon baru-baru ini bercerita dengan cucuran air mata pasal masalah suaminya berkahwin lain dan ia bermadu untuk beberapa ketika. Tetapi kemudian suaminya  menceraikannya. Contoh berpoligami seperti ini banyak sekali tidak kira Indon atau Melayu. Kaum lelaki mudah sahaja mengatakan itu hak mutalak suami untuk beristeri lebih dari satu. Dalam AlQuran pun poligami dibenarkan, katanya. Tetapi mereka lupa pula kebenaran ini bersyarat ketat. Pembantu saya ini punya tiga orang anak dan seorangnya OKU.

Kasihan..........
Saya membatu mengikut kemampun untuk ia menyara anak dan ibunya di kampung. Kerja-kerja di rumah saya pun tergendala kerana ia amat emosi dan tidak ada tempat mengadu hal.

Saya cuba menenagkan hatinya semoga ia yakin bahawa setiap yang susah itu akan Allah tukarkan jadi kesenangan. Kita perlu banyak bersabar dan fokus terus pada keadilan Allah. Allah akan tetap pada janjiNya.

Pada pandangan saya jika kita bermula dengan isu HAK, maka kita sudah melanggar prinsip Iman. Kita harus ingat bahawa apa jua yang wujud di langit dan di bumi adalah hak Allah. Maka  mana boleh kita dengan sombong mengatakan itu hak suami. Dan suami juga harus ingat bahawa isteri juga Allah kurnia Hak yang sama walaupun tidak serupa. Harus kita ingat Allah itu maha Adil dan maha Bijaksana.

Kaum lelaki apabila mereka bercerita hak, mereka lupa bahawa sejarah mencatat ada kaum lelaki yang sihat dan gagah dan yang beriman dan bertaqwa dan berjiwa pejuang ada yang tidak sempat berumah tangga. Mereka menyebukan fikiran dan tenaga untuk berjuang membangunkan Ummah, membela Islam. Dan perjuangan bukan bererti mesti pergi berperang. Jika kita fokus pada Allah, perbuatan yang mudah dan kecil pun boleh meredakan hati untuk tidak sibuk mahu berpoligami.

Allah membenarkan poligami pada tempat dan masa yang memang memerlukan kaedah berumah tangga seperti itu dan boleh dikira suatu kewajipan. Contohnya seperti di negara-negara yang dilanda peperangan dan ramai wanita dan anak-anak kecil yang memerlukan pertolongan dan pembelaan. Berpoligami bukan semata-mata kerana hawa nafsu dan ego kelakian sahaja.

Walaubagaimana pun kadangkala isu poligami ini masaalahnya terletak pada kaum wanita juga. Ia tidak peduli siapa yang ia inginkan jadi suami. Dia tidak kira jejaka itu sudah beristeri atau calun itu sudah tua, jauh lebih tua dari umurnya. Asalkan sahaja dia dapat berkahwin. Dan mungkin di sebalik pilihan calun itu kerana ia mahu menumpang hidup senanag, atau tepat-tepat mahukan kekayaannya.

Entahlah saya cuma berteori......

"Do not keep the mind idle". Jangan biarkan minda kita menganggur. Dia jadi sarang Syaitan. Takut nanti bertindak ikut ego.

Ada lagi contoh-contoh lain. Tetapi saya ingin berhenti di sini sahaja takut-takut terkeluar dari pembicaran fakta yang tidak berasas atas prinsip yang benar.Bercakap biar benar. Kejujuran dalam berumah tangga itu amat penting.

WaAllahu'alam.

Semoga Allah menunjuki jalan yang benar bagi kita semua, dan kita sentiasa dalam perlindunganNya.

.......

Sunday, April 10, 2016

Bila rasa serabut......... ....







Manusia melihat hidup berbagai cara. Ada yang mengatakan hidup ini sebagai roda. Ada turun naiknya. Cuma kita tidak tahu berapa lama roda itu berhenti di sesuatu tempat.....

Apabila roda di bawah, atau di atas tanah rata, di situ kita rasa beratnya, kita rasa lamanya dan kekadang kita rasa betapa becak jika hujan turun untuk jangka waktu yang panjang. Kekadang juga kita rasa seperti tenggelam dalam lumpur.

Begitulah lumrah hidup. Kesusahan dan kesenangan saling berganti. Manusia yang kata begitu. Pada Allah yang maha Pencipta, maha Mengetahui dan maha Bijaksana, susah dan senanag yang dianugerahkan pada manusia itu sama sahaja di sisinya. Allah hanya mahu tahu siapa diantara hamba-hambanya yang mengerti dan bersyukur dan dalam masa yang sama ia bersabar sepenuh hati.

Apabila kita di dalam kesusahan kita dituntut untuk memohon ampun dari yang maha Esa. Sama juga kalau kita serabut memikirkan sesuatu masaalah dalam hidup kita. Ataupun kita rasa kecewa dengan seseorang atau sesuatu tindakan oleh seseorang pada diri kita. Lebih-lebih lagi orang yang kita sayang yang tiba-tiba berbuat sesuatu yang membingungkan otak kita dan menyerabutkan rasa hati kita.

Di sini saya ingin kongsikan apa kata Ibn Taymiyah yang saya petik dari buku "La Tahzan".

When I am confused in my understanding of an issue in religion, I forthwith beseech Allah to forgive me one thousand times - maebe a little more or maybe a little less. Then Allah opens  what was closed for me and I come to understand.

A010
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
(Nuh 71:10
A011
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
(Nuh 71:11)
A012
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Nuh 71:12

Kita sentiasa di sarankan supaya yakin bahawa salah satu jalan untuk mendapatkan ketenangan ialah agar kita sentiasa memohon keampunan dari Allah.

Asking Allah for forgiveness opens closed doors.

(Saya petik dari buku "Don't Be Sad"...muka 212.)


Itu sahaja perkongsian saya semoga kita bersikap positive dan redha atas apa jua ketentuan Allah pada kita. Mungkin yang kita sangka baik itu sebenarnya buruk dan apa yang kita sangka buruk adalah baik bagi kita. Maka kita hanya perlu yakin bahawa kebergantungan kita hanyalah pada Allah.

Mohon Petunjuk Mu Ya Rabb.....


......

Thursday, April 7, 2016

Embah @ Armchair sociologist





Saya teringat seorang kawan yang saya gelar dia "Armchair Sociologist" dalam tahun !977 ketika kami dihantar berkursus di Bogor, Indonesia. Tiga orang diantara kami suka menjelajah di kampung-kampung untuk melihat sendiri kehidupan rakyat di Bogor. Kawan saya yang seorang ini duduk sahaja di Hotel enggan bersama.

Bila pulang kami selalu bercerita padanya apa yang kami lihat dan apa yang kami dengar. Kami tidak sangka bahawa dia mendengari kesemuanya dan suka bertanya soalan kerana dia ada hasrat lain dihatinya.

Rupa-rupanya ia menulis apa yang kami ceritakan itu dalam satu rencana yang dihantar kepada surat khabar harian di Malaysia. Ia menulis atas pengalaman pinjaman. Ia tidak keluar dari biliknya tetapi dapat menulis hampir sama dengan apa yang kami ceritakan. 

Itulah kehidupan smart........

Maka saya kali ini menjadi seorang "armchair sociologist" juga dengan bercerita mengenai cucu-cucu atas apa yang diceritakan oleh ayahnya dan mamanya melalui whatsup. Bijak bukan? Tersenyum saya sendirian.

Dibawah ini foto-foto yang mereka hantar semasa menjelajah kawasan Hutan Simpan di suatu kawasan di Puchong. Ingin juga saya kesana. Satu hari mereka berjanji akan bawa saya. Tunggulah sahaja......







Anak-anak dilatih lasak semoga membesar dengan keyakinan diri yang kuat dan berani mengambil risiko. Itulah juga harapan saya. Pendidikan di bilik darjah sahaja tidak mencukupi. Pendidikan akan lebih berkesan jika anak-anak mengalami sendiri dan merasai sendiri apa yang mereka lalui.

"Water exploration" adalah satu aspek "Brain-Gym" (menjana otak cergas) yang perlu bagi anak-anak membesar. Setelah berjalan bermain air pulak. Anak-anak harus berani menyelam dan berenang di kolam renang adalah cara yang baik kerana mereka boleh menyelam. Dengan menyelam prinsip "brain gym" beroperasi.

Yang di bawah ini cucu-cucu saya yang lainnya di Lego Land di Johor Bahru dan kawasan berhampiran dengannya. Entah berapa kali mereka ke Lego Land tetapi tidak puas-puas lagi rasanya.







Alhamdulilah ada keperhatinan ibu bapa menyantuni anak-anak dalam peringkat-peringkat umur yang dituntut dalam Islam. Semoga usaha-usaha kecil ini Allah berkati.

Mohon Petunjuk dan Hidayah Mu ya Rabb.......


......

Wednesday, April 6, 2016

Tangkak Lite.............






Ini cerita santai dari Tangkak.....

Sebenarnya saya rasa serabut difikiran beberapa minggu lalu kerana beberapa masaalah yang tidak dapat selesaikan sendirian. 

Tidak mengapa......
Semua hamba Allah diuji berbagai cara. Allah mahu melihat bagaimana kita menyelesaikannya. Itu bezanya satu masaalah dengan satu masaalah. Allah tidak menurunkan masaalah atau beban yang Dia tahu kita tidak mampu memikulnya.

Maka saya cuba "steadykan" pemikiran dan terus melangkah hari demi hari dengan memohon pertolonganNya.

Maka saya lebih kerap ke Tangkak beberapa minggu ini dan teman Partner saya yang sama-sama mengendali Tadika SmarTop Subur Fitrah cuba menghiburkan hati saya bebrbagai cara. Antaranya dia merombak dan membersihkan Dapur rumah kami di Tangkak. Kami menyewa sebuah rumah terrace satu tingkat yang kecil comel sahaja. Ruang dapur amat kecil tetapi kami bersyukur Allah kurnia kemudahan seperti ini.

Teman saya dan suaminya membersihkan dan menyusun semula peralatan dapur untuk menjadi selesa supaya kami boleh bersembang santai sambil memasak. Partner saya ni amat suka mencuba berbagai resepi. Air tangannya Allah kurnia menjadikan masakan sedap walaupun masak dengan bahan-bahan yang kadang-kala tidak lengkap dan mencukupi. Alhamdulilah. Di bawah ini saya kongsikan penjuru di dapur yang telah dikemaskan minggu lepas. Allah berjanji jika kita mensyukuri segala kurniaan Allah penuh redha, Allah akan tambahkan lagi dan ganjarannya boleh melimpah hingga ke Akhirat.







Syukur alhamdulilah dapat rumah seperti ini. Namun kami sentiasa ingat bahawa mereka yang bergelandangan dengan rumah di bawah jambatan itu pun sentiasa bersyukur. Kita bersyukur pada Allah dengan semua kurniaannya. Rumah di bawah jambatan pun kalau dada penuh iman dan taqwa serta kasih sayang, mereka tetap bersyukur.

Tetapi mereka yang kaya raya janganlah pula lupa pada mereka yang tidak punya rumah. Terutamanya pemimpin kerajaan yang semestinya mengambil berat nasib rakyat jelata. Jangan kekayaan dibolot sendiri. Allah maha Tahu maha Melihat dan maha Mendengar. Jangan berpura-pura prihatin tetapi sebenarnya menzalimi rakyat. Semoga Allah melindungi yang terpinggir.

Mohon ampun ya Rabb....


.....

Tuesday, April 5, 2016

Mencari bakat Hufaz Cilik....






Minggu lepas saya dan dua orang teman mewakili Tadika Tangkak kami ke satu pejabat Fitrah di Putra Heights Subang Jaya. Sukar sekali mencari tempat ini walaupun kami menggunakan GPS. Alhamdulilah akhirnya samapai in good time dan acaranya adalah seperti dalam iklan di bawah inia.


Dalam sessi itu kami di beri taklimat cara menghafaz mengikut teknik Neuro Nadi Alhafiz. Dan kami juga di beri latihan atau satu demonstrasi ringkas bagaimana mengaplikasi teknik ini. Alhamdulilah teknik ini mudah di fahami dan mudah diikuti. Malahan saya teruja dengan teknik ini kerana di umur senja seperti saya ini dapat mengikutinya dengan mudah.

Saya tidak mampu mengulangi penerangan yang diberi. Saya dapati wakil Tadika yang lainnya amat teruja dengan teknik ini. Mereka muda-muda semuanya dan nampak amat komited untuk menyertai program seperti ini. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi satu acara khas pada 25 Mei 2016 ini di Masjid Negeri Shah Alam ini bolehlah menghubungi Fitrah.Satu program besar-besaran akan diadakan untuk mencetus Hufaz Cilik. Seramai 2000 peserta berumur 6 tahun yang sudah agak fasih bacaan al Quran boleh menyertainya. Siapa yang berminat carilah sendiri maklumat lanjut bagi mereka yang berada di Selangor. Kami dari Johor hanya menjadi pemerhati awal.

Saya amat teruja kerana saya berfikir sistem teknik seperti ini boleh membina personality sepeti Allahyarham Ahmad Deedat dari Afrika Selatan dan Dr Zakir Naik yang terkenal sekarang ini hampir diseluruh dunia. Saya berpendapat ini usaha yang mulia dan harus di beri sokongan.


Saya ambil foto kenangan dengan Ustaz Annuar yang mengendali
 penerangan dan demonstrasi teknik Neuro Nadi ini.
Beliau adalah antara pegawai dari Pusat al Quran Al Baghdadi.
Sila semak kerana maklumat saya agak tidak jelas 
bagaiman program ini diurus.

Sekian catatan ringkas semoga Allah memberkati usaha kumpulan Fitrah ini demi kesejahteraan ummah sejagat.

Aaminn ya Rabb.....

.....

Monday, April 4, 2016

A nite-over at Best Western...




Anak hendak menghibur hati emak. Duduk satu malam di Hotel Best Western Petaling Jaya. Tidak jauh dari rumah, dalam 10 minit dengan kereta.

Saya hanya ingin tukar angin dengan suami saya dan di Hotel itu saya banyak berehat. Suami saya pun mudah untuk solat di Masjid section 14. Alhamdulilah. 





Esuk paginya saya benar-benar menjamu selera waktu sarapan di Kembali Kitchen. Saya suka rekomen Hotel ini, bersih dan selesa. Tekannan air di bilik mandi pun kuat. Sangat menyegarkan.

Cucu-cucu saya dapat bermain di kolam renangnya. Kata anak saya ia cukup memuaskan.

Begitula kisah anak-anak saya. Ada sahaja difikirkan untuk kesejahteraan saya. Alhamdulilah. Allah maha mengurnia kasih sayang.




Kasih sayang antara manusia amat penting dalam hidup di dunia ini. Tetapi kita janganlah berseronok sangat dengan kasih sayang manusia di dunia hingga kita lupa untuk berusaha mencari kasih sayang dan Redha Allah untuk Akhirat. Kasih sayang antara manusia boleh sekelip mata sahaja luput dari mata dan hati. Tetapi kasih sayang dari yang maha Pencipta dan maha Agong kekal abadi.

Sama-sama kita berusaha dan berdoa kearah kesejahteraan hidup di Syurga Allah nanti di akhirat.

Mohon kurnia limpah Rahmat Mu ya Rabb....


.....

Friday, April 1, 2016

Tak menyedari diri.......





Hari ini Jumaat, Penghulu segala hari. Ingat hati hendak cakap yang baik-baik sahaja dan hendak berzikir panjang semoga laluan hari ini Allah berkati. Tetapi maqam Iman belum tinggi dan masih terjebak-jebak dengan kata-kata yang lagha dan boleh mengguris hati mereka yang mendengari.

Itulah pesanan Ustaz: Penuhkan masa dengan amalan soleh dan sibukan minda dengan raih ilmu yang dapat membawa diri lagi dekat dengan Allah. Jangan berbuat sesuatu yang tiada kaitan denagn hakikat mati dan hari Akirat. Jangan memikiran yang berat-berat terutamanya yang tidak relevan dengan hari kita dipersoalkan di hadapan Allah yang maha Besar dan maha Agong yang berkuasa sepenuhnya dengan hari Pembalasan.

Kita bukan haiwan.(bukan juga ikan seperti di atas). Kita manusia yang akan dihisab di Hari akhirat nanti. Kata Ustaz: kita masuk syurga bukan kerana amalan soleh kita. Tetapi kita masuk Syurga tanpa lebih dahulu masuk Neraka kerana kita tidak ada dosa atau pun semua dosa-dosa kita telah Allah ampunkan. Sebab itu anak-anak yang mati sebelum baligh, mereka semua Allah kurnia Syurga sebab mereka tidak ada dosa. Maka kerana itulah doa kita ialah:


اللَّهُمَّ آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari api neraka.

Dalam amalan amal makruf dan nahi mungkar, kita kena elak kejahatan dahulu. Tidak guna kita berbuat baik tetapi dalam pada itu kita melakukan kerja-kerja yang ditakrif mungkar.

Tetapi hajat saya hari ini untuk megelak diri dari berbuat yang mungkar, saya sudah kecundang. Cepat-cepat saya pergi menjauhkan diri dari suasana yang akan lebih menjerumuskan saya pada amalan mungkar dan lantas saya duduk dan menulis entry ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang terlahir dan memberi saya peluang bertaubat seterusnya.

Kebelakangan ini saya hampir selalu rasa tercabar mahu marah dan menjadikan suasana tidak harmoni. Mujur ada teman-teman akrab disamping yang menarik saya untuk duduk bersabar. Alhamdulilah dan alhamdulilah. Saya mohon semoga benar-benar bersabar mengikut takrif yang sebenarnya.

Puncanya mudah dielak tetapi malangnya dikalangan kita ada pihak yang tidak menyedari kedudukan mereka di sisi masyarakat dan suka menonjol diri dan menyebabkan timbulnya kekecewaan yang mengakibatkan kemarahan pihak yang lain. Pelik sungguh masyarakat kita. Ada ahli masyarakat kita yang suka merosakan rumahtangga orang lain dengan cara yang mereka kata betul. Ini lintasan contoh sahaja. Eluk saya berhenti di sini sebelum otak dan jejari saya melalut menulis yang bukan-bukan.

Itu sahaja. WaAllahu'alam.

Mohon perlindungan dari segala apa jua yang menjauhkan kami dari Redha Mu ya Rabb...


......

Related Posts with Thumbnails