"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 6, 2016

Tangkak Lite.............






Ini cerita santai dari Tangkak.....

Sebenarnya saya rasa serabut difikiran beberapa minggu lalu kerana beberapa masaalah yang tidak dapat selesaikan sendirian. 

Tidak mengapa......
Semua hamba Allah diuji berbagai cara. Allah mahu melihat bagaimana kita menyelesaikannya. Itu bezanya satu masaalah dengan satu masaalah. Allah tidak menurunkan masaalah atau beban yang Dia tahu kita tidak mampu memikulnya.

Maka saya cuba "steadykan" pemikiran dan terus melangkah hari demi hari dengan memohon pertolonganNya.

Maka saya lebih kerap ke Tangkak beberapa minggu ini dan teman Partner saya yang sama-sama mengendali Tadika SmarTop Subur Fitrah cuba menghiburkan hati saya bebrbagai cara. Antaranya dia merombak dan membersihkan Dapur rumah kami di Tangkak. Kami menyewa sebuah rumah terrace satu tingkat yang kecil comel sahaja. Ruang dapur amat kecil tetapi kami bersyukur Allah kurnia kemudahan seperti ini.

Teman saya dan suaminya membersihkan dan menyusun semula peralatan dapur untuk menjadi selesa supaya kami boleh bersembang santai sambil memasak. Partner saya ni amat suka mencuba berbagai resepi. Air tangannya Allah kurnia menjadikan masakan sedap walaupun masak dengan bahan-bahan yang kadang-kala tidak lengkap dan mencukupi. Alhamdulilah. Di bawah ini saya kongsikan penjuru di dapur yang telah dikemaskan minggu lepas. Allah berjanji jika kita mensyukuri segala kurniaan Allah penuh redha, Allah akan tambahkan lagi dan ganjarannya boleh melimpah hingga ke Akhirat.







Syukur alhamdulilah dapat rumah seperti ini. Namun kami sentiasa ingat bahawa mereka yang bergelandangan dengan rumah di bawah jambatan itu pun sentiasa bersyukur. Kita bersyukur pada Allah dengan semua kurniaannya. Rumah di bawah jambatan pun kalau dada penuh iman dan taqwa serta kasih sayang, mereka tetap bersyukur.

Tetapi mereka yang kaya raya janganlah pula lupa pada mereka yang tidak punya rumah. Terutamanya pemimpin kerajaan yang semestinya mengambil berat nasib rakyat jelata. Jangan kekayaan dibolot sendiri. Allah maha Tahu maha Melihat dan maha Mendengar. Jangan berpura-pura prihatin tetapi sebenarnya menzalimi rakyat. Semoga Allah melindungi yang terpinggir.

Mohon ampun ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails