"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 11, 2016

Selesai masaalah dengan Iman.....




Kata orang tua-tua: Tiada bumi yang tidak pernah ditimpa hujan.

Pepatah Inggeris pula kata: Life is not a bed of roses.

Maka kita terimalah hakikat bahawa hidup manusia akan menempuhi berbagai masaalah, tidak kira masaalah kecil atau besar ataupun mudah atau rumit. Semasa remaja kita diajar oleh emak untuk tidak berputus asa. Kita dirangsang untuk terus mencuba. Ketika itu masaalah kita berkisar dalam ruang lingkup untuk lulus peperiksaan di sekolah. Jarang sekali kita bermasaalah yang lainnya.

Kini kita dewasa dan ada yang sudah dewasa tua dan ada yang sudah berumur senja. Namun hidup kita akan sentiasa berhadapan dengan masaalah. Itu sudah lumrah. Malahan jika kita memahami kewujudan kita dalam konteks kewujudan dan keesaan Allah kita ditarbiah untuk memahami bahawa masaalah yang wujud itu mungkin kerana Allah mahu meningkatkan maqam Iman dan Taqwa kita. Kita akan menjadi lebih hampir dengan Redha Allah. Semoga kita tidak kecundang. Maka kita dinasihati untuk berlapang dada dan bersabar kerana di hujung satu ujian pasti ada kesudahan yang menggembirakan.

Maka kita sering dinasihati supaya kita berhati-hati dalam usaha kita mencari jalan keluar untuk menyelesai masaalah. Apa yang penting ialah kita menyelesai masaalah berasaskan Iman bukan berasaskan Ego. Kita mungkin merasakan kita faham isu Iman dan isu Ego. Tetapi bila kita menghadapi masaalah, kita tergelincir dan kita lebih menggunakan Ego dan Iman kita terbang melayang.

Mudah sahaja kita mencari contoh. Pembantu rumah part- time saya seorang Indon baru-baru ini bercerita dengan cucuran air mata pasal masalah suaminya berkahwin lain dan ia bermadu untuk beberapa ketika. Tetapi kemudian suaminya  menceraikannya. Contoh berpoligami seperti ini banyak sekali tidak kira Indon atau Melayu. Kaum lelaki mudah sahaja mengatakan itu hak mutalak suami untuk beristeri lebih dari satu. Dalam AlQuran pun poligami dibenarkan, katanya. Tetapi mereka lupa pula kebenaran ini bersyarat ketat. Pembantu saya ini punya tiga orang anak dan seorangnya OKU.

Kasihan..........
Saya membatu mengikut kemampun untuk ia menyara anak dan ibunya di kampung. Kerja-kerja di rumah saya pun tergendala kerana ia amat emosi dan tidak ada tempat mengadu hal.

Saya cuba menenagkan hatinya semoga ia yakin bahawa setiap yang susah itu akan Allah tukarkan jadi kesenangan. Kita perlu banyak bersabar dan fokus terus pada keadilan Allah. Allah akan tetap pada janjiNya.

Pada pandangan saya jika kita bermula dengan isu HAK, maka kita sudah melanggar prinsip Iman. Kita harus ingat bahawa apa jua yang wujud di langit dan di bumi adalah hak Allah. Maka  mana boleh kita dengan sombong mengatakan itu hak suami. Dan suami juga harus ingat bahawa isteri juga Allah kurnia Hak yang sama walaupun tidak serupa. Harus kita ingat Allah itu maha Adil dan maha Bijaksana.

Kaum lelaki apabila mereka bercerita hak, mereka lupa bahawa sejarah mencatat ada kaum lelaki yang sihat dan gagah dan yang beriman dan bertaqwa dan berjiwa pejuang ada yang tidak sempat berumah tangga. Mereka menyebukan fikiran dan tenaga untuk berjuang membangunkan Ummah, membela Islam. Dan perjuangan bukan bererti mesti pergi berperang. Jika kita fokus pada Allah, perbuatan yang mudah dan kecil pun boleh meredakan hati untuk tidak sibuk mahu berpoligami.

Allah membenarkan poligami pada tempat dan masa yang memang memerlukan kaedah berumah tangga seperti itu dan boleh dikira suatu kewajipan. Contohnya seperti di negara-negara yang dilanda peperangan dan ramai wanita dan anak-anak kecil yang memerlukan pertolongan dan pembelaan. Berpoligami bukan semata-mata kerana hawa nafsu dan ego kelakian sahaja.

Walaubagaimana pun kadangkala isu poligami ini masaalahnya terletak pada kaum wanita juga. Ia tidak peduli siapa yang ia inginkan jadi suami. Dia tidak kira jejaka itu sudah beristeri atau calun itu sudah tua, jauh lebih tua dari umurnya. Asalkan sahaja dia dapat berkahwin. Dan mungkin di sebalik pilihan calun itu kerana ia mahu menumpang hidup senanag, atau tepat-tepat mahukan kekayaannya.

Entahlah saya cuma berteori......

"Do not keep the mind idle". Jangan biarkan minda kita menganggur. Dia jadi sarang Syaitan. Takut nanti bertindak ikut ego.

Ada lagi contoh-contoh lain. Tetapi saya ingin berhenti di sini sahaja takut-takut terkeluar dari pembicaran fakta yang tidak berasas atas prinsip yang benar.Bercakap biar benar. Kejujuran dalam berumah tangga itu amat penting.

WaAllahu'alam.

Semoga Allah menunjuki jalan yang benar bagi kita semua, dan kita sentiasa dalam perlindunganNya.

.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails