"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, August 8, 2019

Making choices....@ berat lagi bahu memikul.


A001


Pagi hari ini Alhamdulillah saya rasa ringan untuk bergerak aktif. Teruja bila lihat warna kuning kiriman anak saya dalam Whatsapp. Saya suka warna kuning dari di sekolah lagi. Saya menjadi vice-captain rumah sukan Aziz House .....warna KUNING. Rasa riang pula teringat waktu remaja.......

Dalam foto di atas ada ingatan tersirat. Anak saya ini selalu sibuk. Saya hanya mengikuti hidup hariannya lalu fon sahaja. Dalam kesibukan saya tahu dia melayani 7 orang anak lelaki penuh ujian. Dua antaranya adalah anak Istimewa. Anak saya menerimanya penuh kesedaran bahawa apa jua kurniaan Allah pasti ada hikmahnya.

Bukan mudah membuat pilihan dalam melengkapi hidup yang sementara ini. Tujuan hidup hanya satu..... apa jua perancangan dan tindakan harus dibuat dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah swt. Apa jua pilihan bukan mengikut logik dan citarasa semata-mata. Akal manusia tidak dapat menduga semuanya. Maka kita harus begnatung pada panduan yang Rasulullah saw telah tunjukan.

Mendidik dan mengurus dua anak istimewa bukan mudah. Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul. Ia memerluka kesabaran yang amat sangat. Budget keluarga juga harus dijaga rapi kerana kos terepi untuk anak istimewa agak tinggi.

Saya menyedari masaalah mengurus kehidupan ada pada semua orang. Cara kita menyelesaikannya itu yang patut kita berhati-hati. Tiada jalan mudah dan tiada jalan pintas. Semua kita merasainya. Allah memberi ujian pada semua hamba-hambanya. Ada diantara kita yang Allah uji denagn kesusahan dan ada yang Allah uji dengan kesenangan. Kita jangan iri hati. Allah tidak menilai dengan ukuran yang serupa. Allah maha Bijaksana dan Allah maha adil dan kasih pada hamba-hambanya. Kita ikut sahaja apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Namun ini buakn suatu yang mudah. Maka kita ukur apa jua keputusan kemahuan hati mengikut badan sendiri. Kita tidak boleh jadi "judgemental" atas orang lain. Hanya Allah yang bolih menilai kita semuanya. Kita usaha sahaja sedaya upaya, doa dan tawakkal. Allah maha Tahu apa yang nyata dan apa yang tersembunyi dan kepadanya sahaja kita bergantung diri.

Itu sahaja coretan ringkas pagi ini. InsyaAllah jumpa lagi.


.................................

Tuesday, August 6, 2019

Sudut Santai 5




Indahnya sesuatu itu hanya dengan limpah 
 Rahmat Allah jua.
Sekiranya tiada sinaran cahaya ciptaanNya,
Alam ini lemah longlai tiada bermaya.


...............................

Monday, August 5, 2019

Dapat Jiran baik hati, Alhamdulillah.


Sebuah coretan hidup.......



A036
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36)

Saya terpanggil untuk merakam rasa kesyukuran mendapat jiran baru yang baik hati. Ia berumur 60 tahun dan banyak membantu kami memberi idea cara mendapat kemudahan harian di Putrajaya ini.Ia tinggal di Tamara Residence. Antara hobinya ialah berkebun dan ia bermurah hati memberi kami hasil dari kebunnya seperti kelapa muda, mempelam, cempedak dan durian.

Maka suatu hari ia menanam pokok Rambutan dan Mempelam seperti di atas buat kami untuk warisan anak cucu, insyaAllah. Terima kasih daun keladi atas segala budi.

Semoga ikatan silaturrahim berpanjangan hingga ke Jannah.


.......................

Sunday, August 4, 2019

Birthday cucu...@ Jangan mengaibkan anak-anak.


Ini cucu saya yang ke 15. Aamal Farihah namanya.
Minggu dulu umurnya 2 tahun genap. Alhamdulillah.
 Mummynya beli kek cokolat
untuk dimakan bersama dengan pupu poyang yang dapat datang ke  rumah.
Tetapi yang lebih teruja dan seronok ialah Tok Ayah. Lihat foto di bawah.



Cucu-cucu yang besar tak kisah pun. Depa ada agenda lain.


Saya memerhati sahaja. Cucu-cucu saya ada yang istimewa.
 Maka itu cara mera'i birthday ada kelainan sedikit.
Saya tidak ada "protokol" tertentu. Biarkan mereka senang
mengukur dan menilai diri dengan cara mereka.
 Saya ambil peranan hanya jika ada
"pergaduhan" yang berlebihan.
 Saya telah belajar jangan mengaibkan anak-anak
 hanya kerana kita mahu mendidik akhlak mengikut cita rasa kita.

Anak-anak sangat sensitif. Cuma kekadang kita tidak dapat merasainya
atau kita kurang prihatin melihat perubahan air muka mereka.
Saya bukan pakar kanak-kanak. Dalam umur 72 tahun alhamdulillah  saya sudah banyak
 memnerhati dan melalui liku-liku membesarkan anak cucu dan
 mengurus Tadika dan Taska yang saya bantu tadbir
di Tangkak Johor. Allah kurnia pemikiran untuk lebih bijaksana
 dalam mengendali masaalah, tidak kira masalah besar atau kecil.
Yang penting kita kena jaga hati walau sekecil mana pun.

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan kali ini. Ada kalanya saya dapat pelung
melalui pengalaman baru  walau pun saya sekarang ini sudah tidak aktif seperti dahulu.
Alhamdulillah Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk berbakti
pada anak cucu terutamanya mereka yang
 Allah kurnia "kekurangan" sebagi ujian hamba-hambanya.
Kita harus belajar meyakinkan diri bahawa tiada ciptaan Allah yang sia-sia.
Dan Allah menguji kita kerana Allah maha mengetahui kita mampu
menhadapinya dengan Rahmatnya jua.

A286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286) |


................................

Saturday, August 3, 2019

Sembang santai bersama Widad.....






Hari itu saya bangun lebih awal kerana teruja mahu mera'ikan "anak angkat" saya yang sudah lama tidak bersembang mesra. Ia datang ziarah dan bermalam di rumah saya. Kami berdua keluar rumah sejurus lepas subuh untuk berjalan-jalan santai ditepi tasik berhampiran dengan rumah saya di Putrajaya.

Pagi itu amat nyaman udaranya dan kami bercerita hal keluarga dan hal kerjayanya dengan tujuan memperbaiki apa yang lemah.Widat  punya perusahan kecil membela ayam organik di Tanah Merah Kelantan. Saya suka melihat kegigihannya berbuat apa sahaja untuk berdikari mencari rezki dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan waktu ini. Sikap mahu  berusaha sendiri amat saya hargai dan kagumi kerana ramai anak-anak sebaya dengannya hanya mahu cari jalan pintas untuk mencapai kejayaan hidup. Widad berani mengambil jalan yang jarang-jarang diterokai oleh anak muda Melayu yang sebaya dengannya.

Saya suka mencabar cara berfikiran anak-anak muda seperti Widad. Walaupun ia anak muda wanita yang belum berumah tangga, Widat tidak segan mengambil jalan yang berbeza dari biasa. Ia percaya bahawa kejayaan tidak akan dapat tercapai kalau kita sentiasa mencari jalan mudah dan malu hendak "bekerja kasar" kerana ramai yang mengatakan itu melambangkan "kepincangan budaya hidup orang Melayu".

Saya suka mendengari cara ia menyelesai masaalah yang dihadapi. Caranya tidak mengira penat lelah dan tidak mengira samada laluan itu laluan yang dikira selaras dengan "kewanitaan seseorang" atau tidak. Saya seronok mendenagarinya kerana saya sendri berpegang pada hakikat bahawa jika kita mahu berjaya kita harus melangkah  setapak lebih jauh dari apa yang kita fikirkan tentang kemampuan diri kita. "We must be willing to walk the extra mile"..........

Isunya ialah bagaimana kita mahu setaraf dengan kaum lain di negara kita ini kalau kita hanya ambil jalan yang mudah, mudah rasa malu dan mudah "give up". Ramai yang terperangkap dalam zon selesa dan sekarang ini bila terhantuk baru hendak terngadah. Kaum lain sudah lepas jauh ke hadapan dan kita pula hanya mahu menyalahkan dasar kerajaan tanpa mahu berusaha sendiri.


Kami duduk beberapa lama di tepi tasik itu dan bercerita panjang dari satu subject ke subject yang lain. Saya rasa seronok kerana sudah lama tidak bercerita-cerita.

Teringat pula cerita semasa kami bekerja agak rapat membantu mengurus Tadika SmarTop Subur Fitrah di Bandar Tangkak Johor satu ketika dulu. Widad berkelulusan di bidang Botany maka ia sentiasa suka cerita mengenai berjenis tanaman dan berbagai jenama pokok. Kebetulan ia menerima foto hantaran di Whatsapp mengenai pokok rambutan yang kami tanam dan urus di Smartop dahulu.

Sudah berbuah........alhamdulillah.
Ini hasil kerajinan staff saya termasuklah "ilmu" dari Widad.
Allah tidak pernah mensia-siakan usaha yang dijalankan penuh kesabaran dan tawakkal. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan.



Ini rakaman foto kenangan Widad di tepi tasik berhampiran rumah saya.
Semoga Widad dapat melapangkan masa lagi
untuk sembang-sembang santai. Semoga Allah sentiasa bersama memerhati
dan melindungi. Aamiin ya Rabb......


................................

Friday, August 2, 2019

Sahabat tiada nilainya......










Hari itu perkahwinan anak sahabat amat akrab. Bukan sahaja sahabat tetapi ibarat kerabat keluarga yang tiada hubung darah. Amat saya rasa bersyukur dapat sahabat dan anak saudara seperti recipe dua dalam satu.

Ini anak sulungnya...Aliya namanya. Saya mengikuti kedewasaannya. Hari ini ia akan bersama keluarga baru. Mungkin dalam usia saya sekarang ini tidaklah dapat bersama seperti dahulu.

Di bawah ialah  foto Aliya bersama suaminya. Saya belum kenal dan saya rakam di sini semoga ingat paras rupanya. Disebelah saya ialah anak arwah kakak saya yang telah meninggal dunia. Pipah namanya dan ia banyak membantu saya. Amat bersyukur Allah kurnia keakraban yang menghayati erti kemmesraan dalam keluarga besar.



Di bawah pula foto kenanagan makan bersama di majlis Nikah
di sebuah Masjid di Shah Alam Section 13. Semoga ikatan keluarga 
mesra hingga akhir hayat.
Mereka ramai datang dari Johor Bahru.




Yang duduk di kiri sekali ialah sahabat dan anak buah yang istimewa itu
 dari segi persefahaman menjalani liku-liku hidup. Zue nama singkatnya.
Ia gigih dalam dunia perniagaan dan saya dapat menumpang tuahnya juga.
 Alhamdulillah. Semua kurniaan dari Allah.

Empat orang remaja dewasa berdiri dibelakang itu
 adalah peringkat cucu saudara.
Saya berdoa semoga mereka juga berjaya mengharung kehidupan
yang penuh warna warni di zaman ini.
Zue insyaAllah akan memimpin mereka sebaiknya.
Disebelah kiri saya ialajh pizah yang tinggal
bersama saya semasa ia belum berumah tangga. Yang berdiri itu anak lelakinya.



Foto kenanagan Alia dan pasangan.
Saya tidak hadir di Majlis kendurinya dan saya rakam di sini mera'ikan mereka.

................................

Thursday, August 1, 2019

Pasangan Pengantin kini.....




Berikut cerita pasangan pengatin anak adik ipar saya di Shah Alam.
Iffah, namanya.
Saya tidak sihat maka saya ra'i mereka di blog saya sahaja.
Cantik dan tampan menawan.
Alhamdulillah.



Di atas ini pasangan ibu bapa pengantin perempuan
yang rasa seronok tak kira malam itu.
Siapa pun rasa seronok walaupun tiada di Majlis.


Di kiri anak saya dan menantu menjadi wakil keluarga malam itu.
Malam bersejarah buat keluarga besar. Semoga aman bahagia
 berkekalan hingga ke Jannah.
Aamiin ya Rabb.....


........
Related Posts with Thumbnails