Hari itu saya bangun lebih awal kerana teruja mahu mera'ikan "anak angkat" saya yang sudah lama tidak bersembang mesra. Ia datang ziarah dan bermalam di rumah saya. Kami berdua keluar rumah sejurus lepas subuh untuk berjalan-jalan santai ditepi tasik berhampiran dengan rumah saya di Putrajaya.
Pagi itu amat nyaman udaranya dan kami bercerita hal keluarga dan hal kerjayanya dengan tujuan memperbaiki apa yang lemah.Widat punya perusahan kecil membela ayam organik di Tanah Merah Kelantan. Saya suka melihat kegigihannya berbuat apa sahaja untuk berdikari mencari rezki dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan waktu ini. Sikap mahu berusaha sendiri amat saya hargai dan kagumi kerana ramai anak-anak sebaya dengannya hanya mahu cari jalan pintas untuk mencapai kejayaan hidup. Widad berani mengambil jalan yang jarang-jarang diterokai oleh anak muda Melayu yang sebaya dengannya.
Saya suka mencabar cara berfikiran anak-anak muda seperti Widad. Walaupun ia anak muda wanita yang belum berumah tangga, Widat tidak segan mengambil jalan yang berbeza dari biasa. Ia percaya bahawa kejayaan tidak akan dapat tercapai kalau kita sentiasa mencari jalan mudah dan malu hendak "bekerja kasar" kerana ramai yang mengatakan itu melambangkan "kepincangan budaya hidup orang Melayu".
Saya suka mendengari cara ia menyelesai masaalah yang dihadapi. Caranya tidak mengira penat lelah dan tidak mengira samada laluan itu laluan yang dikira selaras dengan "kewanitaan seseorang" atau tidak. Saya seronok mendenagarinya kerana saya sendri berpegang pada hakikat bahawa jika kita mahu berjaya kita harus melangkah setapak lebih jauh dari apa yang kita fikirkan tentang kemampuan diri kita. "We must be willing to walk the extra mile"..........
Isunya ialah bagaimana kita mahu setaraf dengan kaum lain di negara kita ini kalau kita hanya ambil jalan yang mudah, mudah rasa malu dan mudah "give up". Ramai yang terperangkap dalam zon selesa dan sekarang ini bila terhantuk baru hendak terngadah. Kaum lain sudah lepas jauh ke hadapan dan kita pula hanya mahu menyalahkan dasar kerajaan tanpa mahu berusaha sendiri.
Kami duduk beberapa lama di tepi tasik itu dan bercerita panjang dari satu subject ke subject yang lain. Saya rasa seronok kerana sudah lama tidak bercerita-cerita.
Teringat pula cerita semasa kami bekerja agak rapat membantu mengurus Tadika SmarTop Subur Fitrah di Bandar Tangkak Johor satu ketika dulu. Widad berkelulusan di bidang Botany maka ia sentiasa suka cerita mengenai berjenis tanaman dan berbagai jenama pokok. Kebetulan ia menerima foto hantaran di Whatsapp mengenai pokok rambutan yang kami tanam dan urus di Smartop dahulu.
Sudah berbuah........alhamdulillah.
Ini hasil kerajinan staff saya termasuklah "ilmu" dari Widad.
Allah tidak pernah mensia-siakan usaha yang dijalankan penuh kesabaran dan tawakkal. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan.
Ini rakaman foto kenangan Widad di tepi tasik berhampiran rumah saya.
Semoga Widad dapat melapangkan masa lagi
untuk sembang-sembang santai. Semoga Allah sentiasa bersama memerhati
dan melindungi. Aamiin ya Rabb......
................................
No comments:
Post a Comment