Hari itu perkahwinan anak sahabat amat akrab. Bukan sahaja sahabat tetapi ibarat kerabat keluarga yang tiada hubung darah. Amat saya rasa bersyukur dapat sahabat dan anak saudara seperti recipe dua dalam satu.
Ini anak sulungnya...Aliya namanya. Saya mengikuti kedewasaannya. Hari ini ia akan bersama keluarga baru. Mungkin dalam usia saya sekarang ini tidaklah dapat bersama seperti dahulu.
Di bawah ialah foto Aliya bersama suaminya. Saya belum kenal dan saya rakam di sini semoga ingat paras rupanya. Disebelah saya ialah anak arwah kakak saya yang telah meninggal dunia. Pipah namanya dan ia banyak membantu saya. Amat bersyukur Allah kurnia keakraban yang menghayati erti kemmesraan dalam keluarga besar.
Di bawah pula foto kenanagan makan bersama di majlis Nikah
di sebuah Masjid di Shah Alam Section 13. Semoga ikatan keluarga
mesra hingga akhir hayat.
Mereka ramai datang dari Johor Bahru.
Yang duduk di kiri sekali ialah sahabat dan anak buah yang istimewa itu
dari segi persefahaman menjalani liku-liku hidup. Zue nama singkatnya.
Ia gigih dalam dunia perniagaan dan saya dapat menumpang tuahnya juga.
Alhamdulillah. Semua kurniaan dari Allah.
Empat orang remaja dewasa berdiri dibelakang itu
adalah peringkat cucu saudara.
Saya berdoa semoga mereka juga berjaya mengharung kehidupan
yang penuh warna warni di zaman ini.
Zue insyaAllah akan memimpin mereka sebaiknya.
Disebelah kiri saya ialajh pizah yang tinggal
bersama saya semasa ia belum berumah tangga. Yang berdiri itu anak lelakinya.
Foto kenanagan Alia dan pasangan.
Saya tidak hadir di Majlis kendurinya dan saya rakam di sini mera'ikan mereka.
................................
No comments:
Post a Comment