"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, November 7, 2021
KONSEP "PERSATUAN" APA? INI GILA, AMAT GILA!!! (maaf kata 'gila') @FULL CERAMAH BUYA SYAKUR YANG DIANGGAP MENYESATKAN. BALASAN HRS ATAS PER...
Saya kongsikan video di atas ini untuk
melengkapkan entry video saya sebelum ini.
Ikuti untuk kesinambungan.
(Ikuti santai semoga hati qalbu tenang)
PENDUSTAAN AQIDAH BUYA INI ....@AKHIRNYA...TERBB0NGKAR JUGA TUJU4N BUYA SYAKUR SENG4JA MEMPL3SETKAN AJ4R...
JOM Segera Cepat Ikuti Video ini.
Semoga kita dapat membetulkan orang-orang
yang sudah keliru
dengan kata-kata Buya Syakur ini.
Semoga Allah memelihara Aqidah kita yang diajar Nabi tercinta kita Muhammad saw.
Buya Syakur ini kata ISLAM BELUM SEMPURNA ???
Amat bahaya !!!
Tidak patut digelar "BUYA"
Cepat ikuti.
Saturday, November 6, 2021
ANTARA SIHIR, PILIH FENG SHUI ???... @orang Melayu pun terjebak ..MENGERIKAN!!!
(MAKLUMAT DI BAWAH INI BERKATAN FENG SHUI
SAYA AMBIL DARI UTUBE)
Tanda-Tanda Sihir Dan Simbol Dan Makna Mereka. Mata Melihat Semua Duit Syiling Cina Kebahagiaan, Pentacle Keajaiban Solomon
Simbol nasib baik dalam budaya Timur yang secara umum, dan China khususnya, mempunyai hubungan yang rapat dengan unsur-unsur semula jadi dan kuasa ajaib.

Saya sedut sedikit sahaja maklumat di atas sebagai permulaan kata sahaja. Yang lainnya saya ingin berkongsi sedikit kebimbanagan saya atas fakat bahawa Konsep Feng Shui ini sudah diserap dalam kepercayaan sesetengah warga yang mengaku dirinya Islam tetapi dalam waktu yang sama mengamalkan kepercayaan Feng Shui ini.
Pada hemah saya apabila seseorang itu percaya bahawa Feng Shui itu bolih di praktikan bersama dengan Islam (mengikut definasi sendiri) maka saya khuatir kepercayaan ini sudah menyimpang dari kebenaran Aqidah Islam.
Saya mengenali seseorang yang saya syaki mempraktikan kepercayaan atas Feng Shui walaupun apa yang saya lihat mungkin bukan semua konsep Feng Shui tetapi saya lihat is sudah cukup mebimbangkan saya bahawa apa yang dipegangnya bercanggah dengan aqidah Islam.
Mengapa saya kata begitu?
Sebab ia melakukan beberapa hal yag saya percaya dihatinya ada keyakinan bahawa ada kuasa selain Allah yang boleh mendatangkan REZEKI yang lumayan semata-mata dengan mengamalkan beberapa "ritual" kearah menarik kuasa ghaib yang meyesatkan dan yakin itu kuasa yang benar-benar boleh membantu mendapat kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan yang sebenarnya dalam kehidupan dalam masa yang segera cepat.
Saya dapati juga seperti ia meyimapan beberapa barangan yang diguna sebagai media untuk menarik kuasa itu, seperti ada duit syiling Cina, alat persembahan dan patung-patung kecil yang saya kurang faham maknanya. (Saya teringat pula ada sesetengah orang percaya pada TOYOL melalui ajaran sesat menggunakan kuasa syaitan dan Iblis melalui ritual yang didapatkan dari praktisin dukun yang menyesatkan Aqidah). Pada saya Toyol dan Feng Shui seperti ada persamaan. Semoga Allah menjauhkan kita dari keduanya.
Kesesatan seperti ini yang disebut Syirik boleh ada dua aspek. Ia itu Syirik yang menjadikan seseorang itu jatuh Fasik atau Jatuh Murtad. Dua fakta ini mengerikan saya, terutamanya yang Murtad sebab pada fahaman saya Murtad itu jatuh kafir.
Saya hanya mampu berdoa semoga warga yang saya kenali ini Allah kurnia kesedaran, Taufik dan Hidayah dan ia pulang ke pangkal jalan.
Saya hanya mampu berdoa semoga Allah kurnia RahmatNya yag tidak terhingga pada kita semua. Allah mahukan kita menjadi orang yang Soleh dan Mosleh, berbuat baik untuk diri dan berbuat baik untuk orang lain dan makhluk yang lain. Semoga doa kita kesampaian. Aamiin ya Rabb..........
Friday, November 5, 2021
Memantapkan hubungan di Umur ini ....
Maka suatu hari saya minta anak saya bawa saya balik kampung kerana sudah boleh rentas sempadan negeri. Saya ziarah ke Pontian dan Kota Tinggi. Di Kota Tinggi ada abang Ipar yang kini sudah berumur 92 tahun. Saya ada juga anak saudara ipar berumur 74 tahun.
Sebelum saya sampai di kampung saya sudah minta anak saudara saya tenguk lokasi pusara arwah bapak dan emak saya. Sudah amat lama saya tidak ziarah dan sudah banyak perubahan sekeliling tanah perkuburan.
Rasa sayu bila saya ziarah pusara bapak dan emak pada hari kedua saya di kampung.Saya berjanji pada diri untuk mencari Ilmu yang saya dengari sedikit dari arwah bapak saya semasa saya remaja. Pernah saya katakan suatu ketika dahulu bahawa bapak saya adalah seorang Santri di pust pengajian traditional di Tanah Jawa sebelum hijrah ke (waktu itu) Malaya. Banyak yang saya kesalkan kerana waktu bapak saya ada saya tidak ambil tahu mengapa kekawan bapak saya sebut bapak saya itu santri yang boleh mengajar mereka ilmu Islam setakat yang bapak tahu. Kebelakangan ini hidup saya terkurung kerana Covid19 dan saya banyak mengikuti tuan guru dalam channel pengajian di utube. Ada yang saya kongsikan dalam blog saya ini. Semoga bermunafat buat warga budiman yang mengikuti saya.
Ini pusara Bapak saya. Jauh dari pusara emak saya.
Dan ini pusara Emak saya.
Jauh dilubuk hati saya, saya ingin memantapkan Ilmu yang berkaitan dengan Ruh. Manusia terdiri dari fisik dan Ruh. Ceramah tuan guru dalam utube memberi saya peluang untuk membuka minda dan hati untuk meneroka bidang itu dalam sedikit ruang masa yang Allah kurnia sekarang ini. Menyesal kerana lalai semasa muda dan sekarang memohon belas kasihan Allah semoga Allah mudahkan usaha saya mendapat RedhaNYA.
Cerita hubungan Ruh bukan suatu yang mudah untuk perbincangan antara kami dalam keluarga yang amat tidak cukup Ilmu. Saya hanya sebut di sini hanya untuk kejutkan ingatan saya semoga saya sentiasa tidak putus harapan untuk mencari Ilmu ke arahnya. Semoga satu hari nanti saya dapat memahami secukupnya. Ziarah pusara hanya untuk memantapkan hasrat di hati terutamanya.
Sampai di sini sahaja kemampuan saya sekarang. Mohon doanya semoga Allah kurnia Husnul Khatimah di hujung kehidupan ini. Aamiin ya rabb.
Thursday, November 4, 2021
Selingan, MENGENANG PERISTIWA ZAMAN MUDA ....@Lost In The Forest | Jeep Gladiator & Toyota Landcruiser Off-Road Adventure
Entah mengapa pagi ini saya teringin bercerita zaman saya bekerja di Kementerian Pendidika Malaysia selama 20 tahun. Sepuluh tahun ditugaskan membina sekolah-sekolah dan maktab perguruan dan 10 tahun lagi saya ditugaskan dibidang Human Resource (Perkhidmatan dan Perjawatan Pegawai-pegawai Pendidikan.)
Anda tidak perlu ikuti peristiwa saya pagi ini kerana saya menulis untuk seronok sendiri....ingat masa muda bila melihat Video Utube yang saya kongsikan di atas ini.
Saya teringin mengingat peristiwa kerja semasa saya beumur tiga-puluhan semasa bertugas membina sekolah-sekolah dan Maktab-maktab Perguruan. Bila saya lihat video di atas saya teringat naik Toyota Lang Cruiser Pejabat mencari tapak-tapak projek yang bersesuaian untuk Kementerian. Saya teringat terus peristiwa menerejah jalan-jalan orang asli di "hutan" dari arah Kelantan menuju ke Pahang ke arah Taman Negara cuba mendapatkan tapak yang sesuai untuk bina "Ourwards Bound School" untuk melatih guru-guru dibidang kecegasan dan kecerdasan. Projek ini di cadang untuk dibiayayi oleh Bank Dunia. Tetapi malangnya tidak menjadi.
Lalauan di hutan amat mencabar buat saya walaupun saya tidak memandu sendiri . Waktu itu saya bersama pegawai JKR dan Wakil Bank Dunia di Kementerian. Saya masih ingat terpaksa meredah sungai dan merasa kami kena buat jambatan sementara. Waktu itu musim Hujan dan saya rasa teruja kerana ada kalanya kena turun dari Land Cruiser dan berjalan dan pegawai lelaki menolak Langcruiser itu. (sekarang saya tersenyum sendiri mengingatnya)
Saya teringat juga melalui jalan-jalan di hutan semasa di Sabah dan terpaksa merentas sungai. Airnya jernih dan kami lalu atas batu-batu sungai yang amat cantik buat saya. Masa itu kami melegekan diri disemak samun ditepi sungai. Dan saya pasti mereka dalam video itu pun buat kerja yang sama.
Kekadang kami terpaksa meredah kawasan hutan di Sabah dan serawak kerana tidak sesuai naik helikopter sebab tidak ada kawasan mendarat. Kawasan yang sesui hanyalah di tapak sekolah yang dibina dari bahan-bahan binaan yang rapuh. Kalau landing helikopter pasti terbang semua bangunan sekolah. Maka kami naik Land Cruiser walau pun agak lama dan rasa penat. Tetapi saya di umur itu tidak rasa penat.... hanya seronok seperti satu 'adventure'. Peristiwa naik bot di Sabah dan Sarawak adalah satu perkara yang biasa tetapi saya enjoy kerana dapat melihat perkampungan daerah pendalaman. Enjoy sedikit tapi rasa simpati anak-anak Malaysia yang tidak mendapat persekolahan seperti mereka yang ada di semenanjung Malaysia.
Tetapi sekarang ini pastinya tidak ada lagi keadaan seperti zaman saya dahulu, iaitu dalam tahun akhir tujuh-piluhan (1970an) dan awal lapan-puluhan (1980an).
Okay lah,..... itu sahaja jelajah minda ingatan saya. Agak sentimental.
Ikuti video jika suka.
Wednesday, November 3, 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)




