"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 4, 2021

Selingan, MENGENANG PERISTIWA ZAMAN MUDA ....@Lost In The Forest | Jeep Gladiator & Toyota Landcruiser Off-Road Adventure



Arabic script 04 gold.svg

Entah mengapa pagi ini saya teringin bercerita zaman saya bekerja di Kementerian Pendidika Malaysia selama 20 tahun. Sepuluh tahun ditugaskan membina sekolah-sekolah dan maktab perguruan dan 10 tahun lagi saya ditugaskan dibidang Human Resource (Perkhidmatan dan Perjawatan Pegawai-pegawai Pendidikan.) 
Anda tidak perlu ikuti peristiwa saya pagi ini kerana saya menulis untuk seronok sendiri....ingat masa muda bila melihat Video Utube yang saya kongsikan di atas ini.

Saya teringin mengingat peristiwa kerja semasa saya beumur tiga-puluhan semasa bertugas membina sekolah-sekolah dan Maktab-maktab Perguruan. Bila saya lihat video di atas saya teringat naik Toyota Lang Cruiser Pejabat mencari tapak-tapak projek yang bersesuaian untuk Kementerian. Saya teringat terus peristiwa menerejah jalan-jalan orang asli di "hutan" dari arah Kelantan menuju ke Pahang ke arah Taman Negara cuba mendapatkan tapak yang sesuai untuk bina "Ourwards Bound School" untuk melatih guru-guru dibidang kecegasan dan kecerdasan. Projek ini di cadang untuk dibiayayi oleh Bank Dunia. Tetapi malangnya tidak menjadi.

Lalauan di hutan amat mencabar buat saya walaupun saya tidak memandu sendiri . Waktu itu saya bersama pegawai JKR dan Wakil Bank Dunia di Kementerian. Saya masih ingat terpaksa meredah sungai dan merasa kami kena buat jambatan sementara. Waktu itu musim Hujan dan saya rasa teruja kerana ada kalanya kena turun dari Land Cruiser dan berjalan dan pegawai lelaki menolak Langcruiser itu. (sekarang saya tersenyum sendiri mengingatnya)

Saya teringat juga melalui jalan-jalan di hutan semasa di Sabah dan terpaksa merentas sungai. Airnya jernih dan kami lalu atas batu-batu sungai yang amat cantik buat saya. Masa itu kami melegekan diri disemak samun ditepi sungai. Dan saya pasti mereka dalam video itu pun buat kerja yang sama.
Kekadang kami terpaksa meredah kawasan hutan di Sabah dan serawak kerana tidak sesuai naik helikopter sebab tidak ada kawasan mendarat. Kawasan yang sesui hanyalah di tapak sekolah yang dibina dari bahan-bahan binaan yang rapuh. Kalau landing helikopter pasti terbang semua bangunan sekolah. Maka kami naik Land Cruiser walau pun agak lama dan rasa penat. Tetapi saya di umur itu tidak rasa penat.... hanya seronok seperti satu 'adventure'. Peristiwa naik bot di Sabah dan Sarawak adalah satu perkara yang biasa tetapi saya enjoy kerana dapat melihat perkampungan daerah pendalaman. Enjoy sedikit tapi rasa simpati anak-anak Malaysia yang tidak mendapat persekolahan seperti mereka yang ada di semenanjung Malaysia.
Tetapi sekarang ini pastinya tidak ada lagi keadaan seperti zaman saya dahulu, iaitu dalam tahun akhir tujuh-piluhan (1970an) dan awal lapan-puluhan (1980an).

Okay lah,..... itu sahaja jelajah minda ingatan saya. Agak sentimental. 
Ikuti video jika suka.


No comments:

Related Posts with Thumbnails