"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 5, 2021

Memantapkan hubungan di Umur ini ....



Bismillah Calligraphy 53.svg





Alhamdulillah Allah kurnia kesihatan di musim Covid19 ini. Saya tidak kemana-mana melainkan ke hospital bila ada temujanji dan ambil ubat-ubatan yang diperlukan. Suatu hari saya termenung lebih di veranda rumah saya dan melihat jauh kehidupan yang sudah lanjut ini. Teringatkan kakak-kakak saya di kampung Pontian, Johor.

Maka suatu hari saya minta anak saya bawa saya balik kampung kerana sudah boleh rentas sempadan negeri. Saya ziarah ke Pontian dan Kota Tinggi. Di Kota Tinggi ada abang Ipar yang kini sudah berumur 92 tahun. Saya ada juga anak saudara ipar berumur 74 tahun.



Kami bercerita hal-hal hidup bahawa kami sama-sama sudah menjangkau umur tua. Kakak saya berumur 85 dan 82. Alhamdulilah masih kuat juga ingatan. Kami cerita sedikit hal-hal akhir zaman dan kebarangkalian Hari Qiamat sudah hampir. Saya ceritakan apa yang saya lihat di utube yang ustaz cerita tanda-tanda Akhir Zaman dan tanda-tanda Hari Qiamat. Untuk yang muda saya ingatkan bahawa umur yang Allah kurnia bila-bila masa pun Allah boleh ambil balik. Semua kita adalah sama.

Sebelum saya sampai di kampung saya sudah minta anak saudara saya tenguk lokasi pusara arwah bapak dan emak saya. Sudah amat lama saya tidak ziarah dan sudah banyak perubahan sekeliling tanah perkuburan.

Rasa sayu bila saya ziarah pusara bapak dan emak pada hari kedua saya di kampung.Saya berjanji pada diri untuk mencari Ilmu yang saya dengari sedikit dari arwah bapak saya semasa saya remaja. Pernah saya katakan suatu ketika dahulu bahawa bapak saya adalah seorang Santri di pust pengajian traditional di Tanah Jawa sebelum hijrah ke (waktu itu) Malaya. Banyak yang saya kesalkan kerana waktu bapak saya ada  saya tidak ambil tahu mengapa kekawan bapak saya sebut bapak saya itu santri yang boleh mengajar mereka ilmu Islam setakat yang bapak tahu. Kebelakangan ini hidup saya terkurung kerana Covid19 dan saya banyak mengikuti tuan guru dalam channel pengajian di utube. Ada yang saya kongsikan dalam blog saya ini. Semoga bermunafat buat warga budiman yang mengikuti saya. 



Ini pusara Bapak saya. Jauh dari pusara emak saya.


Dan ini pusara Emak saya.

Jauh dilubuk hati saya, saya ingin memantapkan Ilmu yang berkaitan dengan Ruh. Manusia terdiri dari fisik dan Ruh. Ceramah tuan guru dalam utube memberi saya peluang untuk membuka minda dan hati untuk meneroka bidang itu dalam sedikit ruang masa yang Allah kurnia sekarang ini. Menyesal kerana lalai semasa muda dan  sekarang memohon belas kasihan Allah semoga Allah mudahkan usaha saya mendapat RedhaNYA.

Cerita hubungan Ruh bukan suatu yang mudah untuk perbincangan antara kami dalam keluarga yang amat tidak cukup Ilmu. Saya hanya sebut di sini hanya untuk kejutkan ingatan saya semoga saya sentiasa tidak putus harapan untuk mencari Ilmu ke arahnya. Semoga satu hari nanti saya dapat memahami secukupnya. Ziarah pusara  hanya untuk memantapkan hasrat di hati terutamanya.

Sampai di sini sahaja kemampuan saya sekarang. Mohon doanya semoga Allah kurnia Husnul Khatimah di hujung kehidupan ini. Aamiin ya rabb.


No comments:

Related Posts with Thumbnails