"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, May 7, 2020

REALITI DUNIA TERKINI | B.A.Z. EPISOD 30 | 4 MAY 2020.... . Rasa "stressful" sendirian @ Covid-19.



A001
Alhamdulillah. Saya rasa agak lebih kesihatan dan keselesaan saya hari ini untuk menyatakan sesuatu yang telah agak lama membuat hati saya "gundah" bila memikirkan bagaimanakah kesudahan hidup saya nanti vis-a-vis apa yang sedang berlaku di sekeliling saya dan di dunia luar sana , terutamanya adanya wabak Coronavirus ini.

Terima kasih kepada The Bike Preecher yang sering memberi maklumat. Saya rasa terangsang untuk berfikir dan berbuat sesuatu sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri dan keluarga terdekat bagaimana mahu menangani kemelut musuh yang tidak nampak ini.

Sering saya rasa seperti agak "stressful" sendirian memutar fikiran dan cuba mendapatkan sesuatu Ilham untuk bertinadak positif dalam menjalani baki hidup yang tinggal sedikit ini.

Tidak patut dan tidak sewajarnya saya berfikiran demikian tetapi itulah yang saya rasakan. Kini saya berumur 73 tahun dan tidak banyak aktiviti di luar rumah. Dan ini lebih mencuit  keinginan mahu keluar rumah tetapi dengan adanya perintah PKP yang sudah lama "memukau" pemikiran, maka saya memujuk diri untuk bersabar duduk bersendirian. Saya sudah tidak ada peluang berhubungan dengan kekawan seperti semasa saya berkerja dahulu dan sebab itulah saya banyak menghadap Computer saya dan membaca atau mendengari apa sahaja yang termampu kerana keadaan penglihatan saya pun sudah agak menurun. Namun demikian saya tetap bersyukur atas  segala apa  yang saya lalui sekarang kerana  sedikit sebanyak saya dapat mencuba mencatat pemikiran saya melalui Blog saya ini. Semoga tidak membosankan pembaca.

Saya ingin kongsikan sedikit pemikiran  dan Video di atas mencadi pencetus minda

Di samping apa yang tertara dalam video di atas saya mengikuti beberapa video lain yang berbahasa Inggeris yang di viralkan di media massa. Ada beberapa cerita yang membuat saya termenong berfikir-fikir ingin mengambil kesimpulan sama ada sahih atau tidak fakta yang disebutkan kerana di Malaysia yang saya tahu tidak ada maklumat yang sepertinya yang membolehkan saya membuat perbandingan fakta. Antara yang saya tertanya-tanya adalah seperti berikiut:

  • Betulkah rancang vaccination yang di kemukkan oleh Dr Fauci itu sebenarnya ada muslihat selain menyembuhkan penyakit Covid19. Ada pihak lain pula yang mengatakan ia adalah konspirasi untuk sememangnya "membunuh" pesakit dan dengan itu dapat mengurangkan bilang pendududuk di dunia ini.
  • Mengapa ada konspirasi mahu mengurangkan penduduk dan seterusnys mengawal ketahap yang dipercayai baik buat mereka yang punya agenda tertentu yang ramai manusia di dunia tidak tahu mengenainya.
  • Di China pula ada pendapat yang mengatakan bahawa sebenarnya wabak Covid19 itu belum betul-betul dapat di kawal. Tetapi Negara China perlu berbohong dengan mengatakan Wabak Cocid 19 sudah di hapuskan dan rakyat sudah cuckup selamat untuk keluar menyambung kerja-kerja seperti sebelumnya. Pejabat dan semua kegiatan ekonomi boleh beroperasi sepert sedia kala.
  • Ada pula yang mengatakan Negara China tidak cekap dan tidak berbuat sesuatu yang saintifik untuk mengawal Virus dan senghaja begitu supaya ia merebak keseluruh China dan kemuadian ke negara-negara lain di dunia. Semua akan merasai beban ini. Katanya ia berbuat demikian adalah juga untuk senghaja mengawal population atas sebab-sebab yang mereka sembunyikan.
  • Dan lain-lain. Boleh baca dan dengar di Utube.

Sekarang saya padankan pula cerita-cerita itu dengan fakta yang tertara dalam video di atas. Sudah kerap kita mendengari bahawa keadaan dunia makin lama semakin mengalami sesuatu yang menakutkan berkaitan denga letupan gunung-gunung berapai dengan sekala rektor yang tinggi, Banjir dan tanah runtuh yang berlaku besar-besaran yang menenggelamkan penduduk ketahap yang amat mengerikan. Begitu juga cerita-cerita mengenai Bumi bergerak, tanah runtuh dan air sunagi dan tasik yang makin mengering. Cerita glacier di khutub Utara dan selatan semakin serious juga dan ini menambanh pada kebimbangan rakyat dunia sekarang. Ada yang mahu menerima hakikat ini. Tetapi ada juga yang seperti tidak percaya bahawa keadaan sudah sangat teruk. Sepertinya mereka "in denial" dan sesiap yang percaya dan cuba mempengaruhi pemikira orang lain akan di katakan tidak berapa waras.

Betul atau tidak saya juga berfikir-fikir panjang melihatnya. Adakah ini semua termasuk dalam fenomena yang menunjukan bahawa dunia dan planet kita ini sudah menghampiri akhir zaman.

WaAllahu'alam......Hanya Allah yang maha Mengetahui sebenarnya.

Namun senyap-senyap saya rasa agak yakin ia betul....ini fenomena Akhir Zaman. Sedikit-sedikit saya ada mendengari ceramah mengenai Escatology Islam berkaitan akhir zaman.... atau mudahnya....Hari Qiamat.

Jika rajin mendengari video-video akhir zaman, saya rasa ramai yang akan rasa bimbang. Tetapi rasa bimbang yang positif itu okay kerana ia bererti kita sudah mula memikirkan apakah langkah yang harus dilakulan untuk persediaan menghadapinya. Saya ini dalam golongan warga Emas maka persediaan saya ialah untuk membanyakan amal Ibadah yang dapat memperkuat diri jika Detik Akhir Zaman ini berlaku sekarang. 

Qiamat Pasti berlaku. Tetapi memperkuatkan diri bagaimana yea? Hati kecil saya juga berkata kita perlu berfikir cuma jangan sampai stressful yang lbolih merugikan diri.

Qiamat pasti berlaku. Cuma kita tidak tahu bila. Tetapi kata Ustaz jangka masa itu bukan lama jika kita fahami Hadith-hadith sohih. Kita akan faham bahawa sekarang ini sudah bermula peristiwa-peristiwa Akhir Zaman. Kita sudah diceritakan mengenai fenomena turunnya Imam Mahadi dan timbulnya Dajjal yang akan menyesatkan manusia sbelum berlakunya Qiamat yang sebenar.

Fakta-fakta di atas sudah diperkatakan oleh sesetengah pihak bahawa dunia ini sudah pun melalui fasa-fasa yang memberi bukti bahawa Akhir Zaman / Hari Qiamat itu sudah amat hampir. "Kalau belum hampir pun" percayalah bahawa jika Allah menghendaki sesuatu berlaku, ia boleh berlaku sekelip mata sahaja.

Sekarang ini sudah banyak cerita-cerita meteor menghentam palnet Bumi dan ini adalah antara faktor yang bole membuat Planet Bumi itu bergoncang dan akan berlaku sesuatu yang amat menakutkan manusia kerana semua sumber kehidupan sudah menjadi huru hara dan tiada siapa yang boleh menghalang kebenaran kejadian tu berlaku.  Orang-orang Islam sudah banyak diberi penerangan oleh Ulamak-ulamak Akhir Zaman dan saya mengikutinya di Utube. Saya yakin ia akan berlaku cuma waktunya belum ada "Tarikh" yang dapat di tentukan. Peristiwa Qiamat bukan ada "tarikh" yang Allah tentukan. Cuma Allah kata ia akan berlaku bila-bila masa kerana Allah sudah menurunkn gejala-gejala dunia ke arah itu.

Sekarang ini sudah dikatakan banyak peristiwa UFO menjelama di banyak negara. Saya mendengarnya di US banyak cerita kerana mereka ada teknologi yang dapat mengesannya. Agak rasa terkejut saya bila dalam video di atas di katakan Dato Doktor Mazlan adalah  antara yang terpilih untuk berhubungan dengan UFO-UFO ini. Ini secebis fakta yang saya belum memahi kesemuanya dan saya rasa tidak mungkin saya ada kebolihan dan keupayaan untuk memahami kesemuanya. Tetapi saya yakin pada cerita-cerita bahawa sebelum Dajjal betul-betil turun ke dunia banyak fakta ganjil-ganjil yang akan berlaku yang akan membuat manusia kebingungan, amat kebingungan. Ini adalah usaha Dajjal untuk menawan semua manusia supaya patuh padanya dan menyesatkannya. Dajjal mahu manusia tidak percaya pada Allah yang maha Pencipta dan maha Berkuasa. Dajjal akan berbuat sesuatu yang akan meyakinkan manusia mempercayainya. 

Tetapi Dajjal belum turun. Yang saya sebut ialah fakta-akta Dajjal yang sudah mula memporak-perandakan pemikiran manusia kini.

Maka para Ustaz Akhir Zaman sudah berceramah luas sekali meceritakan fenomena ini dan  ada yang mencadangkan bagaimana membuat persedian kita dapat melarikan diri dari penipuan Dajjal yang besar ini.

Selain yang di atas  saya mendengari juga hal-hal yang berkaitan dengan fenomena Freemason dan Illuminati yang juga sudah bertapak di Malaysia. Ramai yang belum faham fakta ini dan belum menyedari kaitannya dengan polemik Politik yang wujud sekarang. Mungkin juga ada kaitan terus dengan percaturan berebut kuasa ekonomi yang ada di negara kita ini. Ini membuat saya rasa agak cemas juga......

Ini belum lagi ditambah dengan fakta yang mengerikan iaitu hal-hal yang berkaitan dengan fakta Sihir. Seperti yang kita faham Ilmu Sihir ini Allah beri kekuasaan istimewa pada Nabi Allah Sulaiman AS. Perebutan tapak-tapak Masjid di Palestin antara Israel dan Palastine ada kaitan terus dengan perebutan kuasa di Israel. Israel sememangnya amat memfokus kepada kuasa kekuatan Sihir yang ada kesan-kesannya tertanam di bawah Majid Al Aqsa. Mereka percaya itulah yang akan memberi kekuatan luar biasa untuk menjajah seluruh dunia melalui konspirasi dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Di sinilah pulak pemikiran kita menjadi serabut bila kita tahu bahawa yang terkuat dibelakang kuasa mahu menguasi Palestine dan negara Arab ialah kuasa Zionist, dan yang terbesar ialah israel Zionist. Tetapi fakta Zionist ini jauh lebih komplex dari apa yang saya mula-mula fahami kerana Christian Zionist pun wujud. Ada banyak golongan yang tergolong dalam kuasa zionist ini. Jangat terperanjat jika di Malaysia ini pun pengaruh zionist kuat. Cuma mereka "bersembunyi" di belakang tirai-tirai yang agak sukar kita lihat dan tahu motif dan agenda mereka. Di Malaysia pun sudah banyak tanda-tanda Freemason itu wujud kerana saya ada memdengari di Utube berkaitan dengannya.

Okay lah......Saya rasa penat berfikir maka saya berhenti di sini. Ini fikiran berasaskan Ilmu yang amat sedikit....secebis dan sedikit mengenai itu dan ini. Maaf saya kongsikan juga kerana menulis adalah sebuah therapy buat saya semoga tidak makin pudar aqal dalam umur dewasa ini yang sudah lanjut. Semoga bermunafaat dan ada nilainya di sisi Allah. Saya mohon doa semoga apa yang saya khuatirkan mendapat pertolongan Allah untuk mencari penyelesaian. Kata Ustaz kita berpegang teguh dengan Tali Allah semoga kita selamat sekarang hinggalah ke akhir zaman dan hinggalah ke Akhirat kelak. Semoga Allah kurnia buat kita yang terbaik di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb........


Monday, May 4, 2020

Menginsafi keadaan yang ada...@ Berkurung Covid19.


A001
Gambar bertindih virus COVID-19 memenuhi ruang udara KLCC di Twitter dan Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Foto Hiasan Ehsan Carian Google.


Alhamdulillah......
Allah kurnia umur hingga kini. Semoga bermunafaat dan hasrat berHari Raya kesampaian.

Kepimpinan Negara telah pun membuat keputusan kita rakyat biasa masih diwajbkan mematuhi PKP. Sudah ada kelonggaran yang diluluskan  bagi beberapa sektor ekonomi yang difikirkan munasabah untuk kebaikkan rakyat dan Negara. Maka saya berpendapat kita patuhi sahajalah dengan peraturan yang telah ditetapkan. Saya yakin tidak ada keputusan yang dapat menjamin kesemuanya akan menjadi baik. Tidak ada keputusan yang akan memberi kepuasan pada semua individu. Setiap keputusan yang dibuat pasti ada Risikonya. Tetapi "Nobody is any wiser" dalam keadaan yang ada sekarang. Pasti ada lompang-lompang yang bolih dibaiki. Saya rasa sesiapa yang punya pemikiran alternatif yang baik, tampilkan diri pada Kepimpinan Negara dan bagi cadangan. Saya rasa itu lebih baik dari menimbulkan isu-isu di media massa yang bolih menimbulkan kekeliruan dan kekhuatiran yang bolih menjadikan keadaan rakyat lebih terumbang ambing.

Kementerian Kesihatan telah pun memberikan data-data yang terkumpul yang telah dibuat analisa. Demikian juga data-data dari Jawatankuasa yang dipertanggong jawabkan dengan hal-hal keselamatan. Mereka pun beroperasi dalam beberapa kekangan yang rakyat biasa tidak dapat membantu menyelesaiakan melainkan dengan mematuhi segala peraturan keselamatan yang telah ditentukan.

Kita bolih ambil iktibar dari keputusan yang dibuat oleh negara-negara lain yang menghadapi masaalah yang serupa. Ada juga antaranya yang menghadapi masaalah lebih berat. Kita fikir dan zikir seperti saranan sesetengah Ustaz. Semoga Allah kurnia idea yang terbaik. PadaNYA kita mohon pertolongan dalam apa jua keadaan.

Kita ikut jejak Rasulullah saw. Apa bila ditimpa masaalah Baginda berfikir, berbincang dan kemudian berserah pada Allah untuk penyelesaian yang sebaik mungkin. Manusia bijak tetapi manusia belum sampai ketahap kebijaksanaan yang ada pada Baginda Rasulullah saw. Baginda tidak sunyi dari munajat dan begitu juga Sahabat-sahabat Baginda dan mereka yang diwariskan kepimp[inan selepas wafatnya Baginda. Allah maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Padanya kita memohon Pertolongan dan padaNYA kita meletakkan keyakinan.





Sedutan dari Ehsan Carian Google.

 Kita tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan dari Allah.
Semoga Allah kurnia kejayaan dalam menangani masaalah Wabak Covid-19
yang ada sekarang. Semoga Allah datangkan penyelesaian yang
segera dan yang terbaik buat rakyat dan Negara di sisiNYA.



Thursday, April 30, 2020

Menangislah..@ Ramadhan @ Covid-19


A001


Foto hiasan ehsan carian Google.


Alhamdulillah saya dapat mengikuti sedikit cerita dakawah Ustz Ebid Lew di U tube. Cara beliau berdakwah memberi kesan pada saya. Dia selalu cerita perihal ia menangis bila berdoa. Di celah-celah kesibukan Ramadhan saya ikuti beberapa kisah-kisahnya. Semoga mendapat munafaat dari usahanya yang gigih dan memberi munafaat buat semua.

Di bawah ini saya cari ayat alQuran yang ada kaitan. Saya kongsikan di bawah ini :


A053
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
(Al-Nahl 16:53

Saya kongsikan terjemahan dalam bahasa Inggeris erti "meraung" di bawah ini berkaitan ayat Quran yang sama. Saya cari di google

MUFTI TAQI USMANI

Whatever blessing you have is from Allah. Then, once you are touched by distress, to Him alone you cry for help.

SAHIH INTERNATIONAL

And whatever you have of favor - it is from Allah . Then when adversity touches you, to Him you cry for help.

Semoga Allah kurnia keberkataan buat kita semua dan semoga Allah terima Taubat kita dan ampunkan segala dosa-dosa kita, terima Doa-doa kita dan terima amalan-amalan kita. Semoga Allah kurnia juga buat Ibu Bapa kita.

Aaminn ya Rabbal alamiin.......



Tuesday, April 28, 2020

Rasa kasih pada Ibadah...@ Ramadhan Kareem 1441 Hijrah @ Covid-19.


A001

Alhamdulillah.
Hari ini hari kelima puasa Ramadhan. Ada 9 cucu bersama saya tahun ini. Saya rasa amat bersyukur kerana ini pertama kali saya berpuasa bersama keluarga 2 orang anak lelaki. Anak bongsu saya sememangnya tinggal dengan saya. Anak kedua lelaki saya bersama saya kerana "terperangkap" dengan peraturan PKP kerana wabak Coronovirus yang melanda Malaysia dan seluruh dunia yang bermula dari negara China. Mereka ziarah saya semasa cuti sekolah tetapi tidak menyangka akan terperangkap denghan arahan PKP hingga hari ini.

Benar kata Ustaz-ustaz. Setiap yang Allah Izin berlaku pasti ada Hikmahnya. Setiap ujian pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita berfikir-fikir dan memahami qadha dan qadar Allah swt. Jangan kita tumpu pada kesusahan dan kesulitan yang harus dilalui tetapi kita lihat hal-hal positif yang berlaku dan membawa munafaat pada keluarga.

Ramadhan kali ini saya berpeluang bersembang dengan cucu-cucu yang berumur 9 hingga 12 tahun mengenai kehidupan secara amnya. Bukan suatu yang mudah duduk lama dengan cucu-cucu yang terkurung. Tetapi saya usaha melalui memantau kebolihan mereka mengerjakan solat harian, bacaan alQuran dan kini solat Tarawih pula. Rutin ini agak ganjil buat mereka. Dahulu yang lelaki bolih ikut ke Surau untuk solat. Tetapi kini semua duduk di rumah.

Anak lelaki bongsu saya menjadi Imam Solat Fardhu dan Tarawih. Kami solat 8 rakaat sahaja dan Witr 3  kerana tidak mahu "membebankan" cucu-cucu yang kecil.

Alhamdulillah rasa seronok. Tetapi ada juga yang "ponteng" kerana tertidur sejurus selepas berbuka puasa. Saya releks sahaja. Latihan puasa yang panjang agak mencabar daya ketahanan mereka. Saya senyum sahaja memerhatikan "karenah" mereka mengenai pilihan makan. Saya cuba cerita-cerita sedikit mengenai kesan berkurung kerana virus yang menyebabkan susah untuk sentiasa keluar membeli makanan yang mereka gemari. Saya tambah juga saranan supaya mereka insaf bahawa ada anak-anak di luar sana yang tidak cukup makan kerana ramai ibu bapa yang terpakasa diberhentikan kerja waktu PKP ini.

Semoga termasuk dalam akal mereka dan terkesan dihati mereka. Tarbiah pada anak anak seperti cucu saya perlu kesabaran dan kasih sayang yang kreatif. Cara saya membesar dahulu tidak sama dengan masa kini. Maka tahap kesabaran dan kebijaksanaan perlu suatu yang saya sendiri harus bertekad kuat. Saya katakan pada pembantu rumah saya supaya masak yang simple-simple sahaja supaya tidak membazirkan rezeki yang Allah kurnia. Kita tidak tahu berapa lama lagi masaalah Wabak Virus ini akan berteruasan. Maka kita harus juga berjimat cermat. Semoga segera selesai dan mereka bolih bersekolah semula dan hidup kembali normal.

Itu sahaj sedikit coretan hidup dalam kurungan dalam rumah. Usaha untuk membina rasa kasih bukan suatu yang mudah dalam apa jua keadaan. Keadaan yang ada sekarang sebenarnya menimbulkan kesulitan. Saya rasa sedikit sulit kerana mereka terkurung. Orang dewasa terkurung pun bermasaalah. Inikan pula anak-anak kecil.

Hanya doa yang tidak putus-putus yang dapat dipanjatkan semoga masaalah virus ini akan berakhir dalam suasana yang tidak timbul masalah yang lebih besar. Semoga Allah memudahkan segala usaha dan urusan. 

Aamiin ya Rabb.....


Thursday, April 23, 2020

DO'A UST. Adi Hidayat Memasuki Awal Ramadhan, Bikin Sedih ��



A001
assalamualaikum in arabic Design with beautiful Thuluth style.

InsyaAllah esuk kita puasa. Sama-sama kita hayati doa diatas. 
Tukar sahaja Indonesia pada Malaysia.

Selamat menjalani Ramadhan Kareem.


Monday, April 20, 2020

Dihantarnya seekur Anjing ....fikir-fikir semasa dalam kurungan @Covid-19

A001
Alhamdulillah.
Allah bagi kesihatan setelah hampir 2 bulan duduk berkurung. Masa itu Ibadah. Maka saya cari cerita-cerita yang boleh membina kekuatan diri untuk memahami 
keindahan Islam dan mewariskan pada anak cucu.

Maka saya terjumpa cerita seorang Shaikh (Shaikh Omar Sulaiman) berceramah mengenai perihal cara kita melihat fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Sebuah contoh yang diberi berkaitan cerita seorang wanita yang dikatakan ia banyak melakukan dosa tetapi  Allah terima amalan yang sangat kecil memberi minuman pada seekur anjing yang sangat dahaga.
Allah kurnia Syurga padanya.
Ma sha Allah.

Wanita ini boleh sahaja tidak peduli pada anjing itu.
Tetapi ia tergerak hati untuk menolong dengan turun ke perigi usang dan memasukan air dalam kasutnya untuk
 menolong anjing yang amat kehausan.
Pastinya wanita itu memahami masaalah anjing itu kerana wanita itu juga merasai kehausan yang amat sangat.

Shaikh yang saya ikuti ceramahnya mengatakan bahawa anjing itu bukan datang secara kebetulan.
Allah hantar padanya kerana Allah sudah tahu isi hati wanita ini dan terbukti ia amat prihatin dan kasih pada seekor haiwan. Hatinya sudah ingin pulang pada Allah.
Maka setiap perilakunya menzahirkan
 keikhlasan yang amat sangat.

Maka Shaikh itu menasihati bahawa kita hanya perlu bertekad bersunguh-sunguh untuk pulang kepangkuan Allah. Allah itu maha kasih sayang pada hamba-hambanya. 
Allah pasti menunjuki jalan. Wanita ini menolong seekor anjing tanpa memikirkan apa-apa balasan.
Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya.

Itulah contoh pengajaran buat kita. Sesuatu amalan tidak semestinya suatu yang besar. Dan tidak semestinya suatu yang dapat pengiktirafan manusia lain. Keihlasan hati menjadi prasyarat untuk mendapat keredhaan Allah.

Shaikh mengingatkan lagi bahawa Allah selalu mengirimkan pada kita seorang atau sesuatu yang akan jadi
 musabab kita mendapat hidayah dan Rahmat dari Allah.
Maka jangahnlah kita meremehkan sesuatu yang beralaku atau berada di sekeliling kita hanya sahaja kerana seperti ia tidak membawa faedah pada kita. Kita hendaklah sentiasa berfikiran baik dan sentiasa melihat sesuatu dengan anggapan yang positif. Selalu sahaja rasa 
bersyukur dan redha atas apa jua
 yang berlaku pada kita.

Dan shaikh itu juga menasihatkan supaya kita jangan memilih berbuat kebajikan yang besar-besar sahaja dan tidak berminat dengan kerja-kerja kebajikan yang kecil. Ingatlah bahawa sanya kita tidak tahu bagaiman Allah membuat penilaian atas kita. Mungkin yang kecil itu yang Allah lihat terunggul dan memilihnya untuk menaikan darjat kita di sisiNya. Kita mohon Allah bina 
keikhlasan hati kita dan semoga kita mendapat anugerah
 yang tertinggi dariNya.

Mohon Taufiq dan Hidayah dari Mu ya Rabb....
Semoga fikir-fikir ini bermunafaat.



Saturday, April 18, 2020

RAMADAN 2020 WILL BE THE BEST ONE EVER




A001

Alhamdulillah hari ini Allah masih panjangkan umur dan semoga umur yang terus bermunafaat bagi diri dan keluarga jauh dan dekat dan juga untuk Ummah. Aamiin....

Kita terus berdoa semoga Allah sampaikan umur kita untuk bertemu Ramadhan Kareem dan Allah limpahkan segala Rahmatnya yang tidak terhingga di Ramadhan ini hingga ke akhir hayat dan hingga dapat bertemu denganNya.

InsyaAllah kita masih dalam perintah "berkurung" dan semoga perintah ini sebenarnya suatu Rahmat yang kita tidak nampak. Maka saya kongsikan Rahmat yang kita nanti-nanti itu seperti apa yang diutarakan dalam video yang saya kongsikan di atas ini. 

Jom kita mula membuat perancangan.

Buat saya inshaAllah ini pertama kali semua cucu-cucu saya dari dua anak lelaki saya akan terus bersama saya semasa "berkurung" ini. Semoga kami dapat bertarawih bersama buat pertama kalinya sebagai keluarga.

Semoga Doa-doa kita kesampaian.
Aamiin ya Rabb.....



Related Posts with Thumbnails