Alhamdulillah.
Allah bagi kesihatan setelah hampir 2 bulan duduk berkurung. Masa itu Ibadah. Maka saya cari cerita-cerita yang boleh membina kekuatan diri untuk memahami
keindahan Islam dan mewariskan pada anak cucu.
Maka saya terjumpa cerita seorang Shaikh (Shaikh Omar Sulaiman) berceramah mengenai perihal cara kita melihat fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Sebuah contoh yang diberi berkaitan cerita seorang wanita yang dikatakan ia banyak melakukan dosa tetapi Allah terima amalan yang sangat kecil memberi minuman pada seekur anjing yang sangat dahaga.
Allah kurnia Syurga padanya.
Ma sha Allah.
Wanita ini boleh sahaja tidak peduli pada anjing itu.
Tetapi ia tergerak hati untuk menolong dengan turun ke perigi usang dan memasukan air dalam kasutnya untuk
menolong anjing yang amat kehausan.
Pastinya wanita itu memahami masaalah anjing itu kerana wanita itu juga merasai kehausan yang amat sangat.
Shaikh yang saya ikuti ceramahnya mengatakan bahawa anjing itu bukan datang secara kebetulan.
Allah hantar padanya kerana Allah sudah tahu isi hati wanita ini dan terbukti ia amat prihatin dan kasih pada seekor haiwan. Hatinya sudah ingin pulang pada Allah.
Maka setiap perilakunya menzahirkan
keikhlasan yang amat sangat.
Maka Shaikh itu menasihati bahawa kita hanya perlu bertekad bersunguh-sunguh untuk pulang kepangkuan Allah. Allah itu maha kasih sayang pada hamba-hambanya.
Allah pasti menunjuki jalan. Wanita ini menolong seekor anjing tanpa memikirkan apa-apa balasan.
Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya.
Itulah contoh pengajaran buat kita. Sesuatu amalan tidak semestinya suatu yang besar. Dan tidak semestinya suatu yang dapat pengiktirafan manusia lain. Keihlasan hati menjadi prasyarat untuk mendapat keredhaan Allah.
Shaikh mengingatkan lagi bahawa Allah selalu mengirimkan pada kita seorang atau sesuatu yang akan jadi
musabab kita mendapat hidayah dan Rahmat dari Allah.
Maka jangahnlah kita meremehkan sesuatu yang beralaku atau berada di sekeliling kita hanya sahaja kerana seperti ia tidak membawa faedah pada kita. Kita hendaklah sentiasa berfikiran baik dan sentiasa melihat sesuatu dengan anggapan yang positif. Selalu sahaja rasa
bersyukur dan redha atas apa jua
yang berlaku pada kita.
Dan shaikh itu juga menasihatkan supaya kita jangan memilih berbuat kebajikan yang besar-besar sahaja dan tidak berminat dengan kerja-kerja kebajikan yang kecil. Ingatlah bahawa sanya kita tidak tahu bagaiman Allah membuat penilaian atas kita. Mungkin yang kecil itu yang Allah lihat terunggul dan memilihnya untuk menaikan darjat kita di sisiNya. Kita mohon Allah bina
keikhlasan hati kita dan semoga kita mendapat anugerah
yang tertinggi dariNya.
Mohon Taufiq dan Hidayah dari Mu ya Rabb....
Semoga fikir-fikir ini bermunafaat.
No comments:
Post a Comment