Wahai Mubarak,
Turunlah kamu, sementara masih ada masa untuk muhasabah dan bertaubat,
Sedarlah betapa rakyat mu menderita bepuluh tahun lamanya
dan betapa jiran mu menderita kerana engaku berpakat dengan Yahudi durjana.
Hidup mu mewah, keluarga mu nampak seperti bertuah
Tetapi rakyat mu terlalu ramai yang papa kedana, kelaparan tidak bermaya.
Wahai Mubarak,
Jangan kau tertipu bisikan Iblis dan Syaitan hingga engkau tidak mengenal apa itu Kebenaran
Engkau tidak mahu mengerti sokongan dan pujian palsu yang diberi
Tepuk sorak dan dakapan musuh, kau sangka itulah kejayaan abadi
Jangan sampai terheret kepenghujung hidupmu tanpa pertolongan dari yang maha Mengasihani
kerana seronok dengan hiasan Syaitan dan hidup "berkuasa" ini kau kagumi.
Wahai Mubarak,
Cukuplah 30 tahun engkau di persada kuasa yang rakyat mu tidak menyukai
Umur mu juga telah lanjut yang Allah beri, janganlah Amanah Allah engkau khianti lagi
Lebih baik engkau mengundur diri, dan sedarlah musuh mu pun sebenarnya tidak mahu engkau lagi
Lapan puluh dua tahu bukan umur mendabik dada dan menyingkir realiti
Semata-mata kerana engkau menjunjung Ego mu yang diselaputi nafsu yang menyakiti
Wahai Mubarak,
Jangan engkau tertipu dengan kawan yang sebenarnya lawan,
Mereka itu seperti kelapa parut, hilang manis hampas dibuang.
Tetapi engkau takut kehilangan nama dan harta benda yang berbilion nilainya
Kerana itu engaku masih bertaut pada dahan yang sudah rapuh hakikatnya.
Wahai Mubarak,
Kadang-kadang engkau dicontohi ramai pemimpin di dunia ini
Mereka juga sombong dan tamak kuasa tanpa menyedari kelemahan dan kekurangan diri
Rakyat bosan, rakyat jemu dengan pujuk rayu yang tiada keikhlasan saban hari
menggeledak juga nanti akhirnya oleh rakyat yang dizalimi
Kerana rintihan doa mereka Allah dengari.
Engkau juga Allah beri alamat dan petanda yang dengan bongkak engkau engkari
Kerana jarang sekali engkau sedar kuasa mutlak itu Allah yang maha mempunyai
Wahai Mubarak,
Engkau, dan pemimpin-pemimpin seperti engkau, ingatlah janji Allah tertunai pasti
Pemimpin dan pemerintahan zalim akan Allah hapus dari bumi ini,
Bila dan bagaimana hanya DIA yang maha Berkuasa, maha Mengetahui.
Undur dan bertaubatlah sebelum sakaratul maut menghampiri diri.
oooooooooooooo

No comments:
Post a Comment