Pada Selasa minggu lepas kami bergegas ke Kota Tinggi, Johor untuk menziarahi Kakak tertua jatuh dan patah kaki dan tangan. Kakak saya ini sudah hilang deria penglihatan kerana sakit diabetis. Ia berumur 77 tahun dan ketika kemalangan berlaku, pembantunya baru berkerja 2 hari. Maka ia belum mengerti masaalah penjagaan untuk menjaga rapi. Dipendekan cerita, kakak saya kini di hospital menanti pembedahan kaki kerana bentuk rawatan yang ada sekarang dirasakan tidak dapat memberi kesan sewajarnya. Kami sekeluarga ikut sahaja nasihat Doktor pakar dibidang ini dan berdoa yang terbaik baginya.
Suasana hospital kerajaan di Kota Tinggi
Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah hakikat bahawa bila kemalangan berlaku, barulah ramai keluarga datang mengunjungi. Anak yang lama tidak datang menziarahi pun datang untuk meyejukan hati. Hati siapa yang sejuk saya belum pasti lagi. Cuma yang pasti seolah-olah luka lama berdarah kembali. Tetapi ada ahli yang berpendapat luka lama kini bertaut mengubat hati. Itulah kehendak Allah, tiada siapa yang menduga sepenuhnya dan mengerti implikasinya dan hikmahnya.
Namun demikaian, Allah sentiasa memberi ruang pada hambanya untuk bersyukur dan berbakti. Semoga yang masih berkira dengan orang tua menyedari hakikat bahawa suatu hari semua kita akan tua. Sejauh mana proses penuaan Allah duga dengan kemewahan atau dengan kesukaran, hanya Dia yang maha mengetahui. Apa pun yang akan kita harungi Allah akan bersama dengan orang-orang yang beriman dan ikhlas dalam menjalin hubungan, terutama sekali dengan ibu bapa. Ibu atau bapa kita tidak sentiasa betul dalam pemikiran dan tindakannya. Tetapi mengasihi dan menghormati mereka adalah satu kewajiban yang tidak bersyarat. Ibu bapa yang belum beriman / yang kafir juga mempunyi hak, inikan pula ibu bapa kandung. Anak angkat yang dibesarkan dan diasuh dari bayi pun punya tanggung jawab yang sama. Ada kalanya anak-anak angkat menjauhkan diri semata-mata kerana tiada hubungan darah. Alangkah dangkal pemikiran ini.
Saya bertuah dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan sanak saudara yang lama tidak bersua. Kakak saya merasai penghargaan diziarahi sahabat handai disamping adik beradik dan saudara mara. Saya menginsafi keadaan nya yang tidak dapat melihat. Saya juga ada penyakit diabetis dan darah tinggi dan berbagai lagi. Semoga Allah memudahkan saya dan kakak saya untuk terus berubudiah dan semoga kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri akan menguatkan semangat untuk terus berbakti demi mencari Redha Allah jua.
Saya bertuah dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan sanak saudara yang lama tidak bersua. Kakak saya merasai penghargaan diziarahi sahabat handai disamping adik beradik dan saudara mara. Saya menginsafi keadaan nya yang tidak dapat melihat. Saya juga ada penyakit diabetis dan darah tinggi dan berbagai lagi. Semoga Allah memudahkan saya dan kakak saya untuk terus berubudiah dan semoga kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri akan menguatkan semangat untuk terus berbakti demi mencari Redha Allah jua.
Pizah anak kakak, Ani anak saudara dan suami.
Hamzah (baju putih) dan Isteri. Hamzah kawan bermain semasa kecil dahulu.
Sudah lebih 40 tahun baru ini berjumpa lagi.
Di rumah kakak saya, berehat sementara menunggu waktu lawatan seterunya.
Ujian Allah adalah rahmat jua Jangan kita berasa sedih dan kecewa. Kita hanya perlu mengingati bahawa Allah maha Pemurah, maha Mengasihani dan setiap ujian adalah peluang bagi kita untuk mempertingkat maqam keimanan dan ketaqwaan. Semoga Allah sentiasa bersama dan saat-saat yang nampak dan rasa seperti satu kesulitan adalah sebenarnya suatu nikmat. Cuma kita perlu berusaha, bersabar dan bertawakal. Semoga Allah mengurnia bagi kita semua KeredaanNya di hujung perjalanan ini.
Ameen.
No comments:
Post a Comment