Dalam perjalan pulang dari Garut ke Bandung setelah selesai Majlis Kesyukuran dan Perasmian Situwangi Boarding School (SBS), teman karib saya bertanya : Pada pandangan you, apakah faktor terkuat yang telah membantu kita dalam usaha melaksanakan projek Pendidikan ini?
Saya katakan: Faktor Kewangan. Kemudian saya terus sambung : Kewangan adalah penting teapi faktor manusia adalah lebih penting. Yang terpenting adalah faktor Guru. Guru merupaka tonggak pada sistem pembentukan sebuah Institusi Pendidikan. Dalam Majlis perasmian tadi Yang Terhormat Pak Bupati Daerah Kabupaten Garut memulakan ucapan perasmiannya dengan menekankan fakta guru. Katanya : Dalam sejarah Perang Dunia ke II, negara Jepun menyerah kalah setelah Bom Hydrogen digugurkan di Nagasaki dan di Hiroshima. Antara soalan utama yang mereka tanyakan selepas itu ialah : "Masih adakah guru yang hidup?" Ini hakikat yang penting kerana untuk sesebuah tamadun itu membangun Pendidikan menjadi teras kejayaan. Tanpa ILMU tidak akan ada tamadun.
Dalam alQuran ayat pertama yang diturunkan ialah IQRA' dan Malaikat Jibril AS mengajarkannya pada nabi Muhamad SAW. Maka fungsi guru ialah mengajar dan mendidik. Guru yang berilmu dan berdedikasi dengan sokongan faktor-faktor lain akan menentukan kejayaan sesebuah Institusi Pendidikan. Alhamdulilah guru-guru yang ada di SBS telah menunjukan prestasi yang cemerlang. Saya yakin, insyaAllah, dengan pendedahan dan latihan yang berterusan mereka ini akan dapat mencapai prestasi yang cemerlang untuk anak didik SBS.
Teman saya berkata lagi: Kalau kita pastikan pengambilan pelajar adalah dari kumpulan yang baik, maka tentunya prestasi akan menjadi seperti yang kita harapkan. Saya katakan: Pelajar yang berpotensi tinggi hanya memudahkan kerja guru. Faktor guru masih menjadi faktor penentu untuk menghasilkan prestasi cemerlang. Jika guru tidak berilmu, tidak kreatif dan tidak komited, maka pelajar yang berpotensi tinggi pun boleh merudum prestasinya.
Demikian percakapan ringkas dalam perjalanan pulang. Walaupun kepenatan, alhamdulilah kami amat berpuas hati dengan kelicinan perjalanan majlis dan sambutan penaja dan orang ramai yang amat menggalakan. Pihak penaja amat berpuas hati dengan perkembangan setakat ini dimana majority pelajar telah dapat menghafaz al Quran dari juz 26 -30 dalam masa 9 bulan. Kami mengharapkan kemudahan-kemudahan asas pengajaran dan pembelajaran yang lain dapat dipenuhi secepat mungkin agar pencapaian prestasi mata pelajaran yang lain dapat dipertingkatkan. Dibawah ini saya rakamkan gambar-gambar pada majlis kesyukuran dan pelancaran Situwangi Boarding School yang telah diadakan pada 29 Jun 2011.
Barisan penaja dan tetamu undangan khas.
Ibu Hanifah, Ketua Yayasan Situwangi (penaja projek SBS)
memberi ucapan aluan
Yang terhormat Bupati Kebupaten Garut, Bapak Acheng H.M. Fikri, memberi ucpan perasmian.
Pelajar-pelajar yang telah dianugerah pengitirafan hafazan 5 juz.
Penduduk kampung datang beramai-ramai menyaksikan perasmian
Sebahagian pemandangan tetamu yang hadir dari kalangan masyarakat tempatan.
Ini kejayaan permulaan. Kami sangat bersyukur dan semoga SBS dapat terus mencapai kemajuan seperti yang telah dirancangkan.
No comments:
Post a Comment