Pemandangan indah, dingin, nyaman
di kampus SBS.
Situwangi Boarding School yang saya ceritakan sebelum ini lahir dari rasa kasih sayang para penaja utama yang mahu melihat anak bangsa tidak terpinggir dalam arus pembangunan yang semakin hari semakin mencabar. Ramai anak-anak bangsa yang berportensi tinggi dari segi kualiti pencapaian pelajaran di sekolah rendah tetapi ramai yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pendidikan yang bertersusun kerana ibu-bapa mereka tidak berkemampuan. Maka dengan bersungguh-sungguh penaja-penaja yang peka dengan masaalah masyarakat ini bertekad untuk beramal dan berbakti ke jalan Allah. Mereka sepakat menubuhkan SBS sebagai Institusi pendidikan 'alternatif' pada sistem yang ada. Di SBS pelajar yang cemerlang diberi biasiswa yang mencukupi untuk semua keperluan.
Wakil penaja, Ibu Hanifah mengatakan bahawa:
"Amal jariah ini untuk ibu-bapa kami". Itu niat murni semua penaja. Kami ingin mengabadikan kasih sayang orang-orang tua kami.
Amat terharu saya mendengar pengakuan itu. Sejuk perut ibu mengandung. Betapa kasih sayang anak pada orang tuanya. Dan digambar sebelah ini yang sempat saya rakamkan ialah antara pelajar-pelajar yang bertuah mendapat limpahan kasih sayang penaja budiman.
Oleh kerana projek ini semata-mata melambangkan kasih sayang kerana Allah, maka Ibu Hanifah mengatakan ia tidak diwarnai dengan kefahaman aliran politik atau kefahaman tarikat Muhamadiah atau tarikat apa jua sekalipun. SBS diasaskan pada fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diharapkan tidak mengundang salah faham masyarakat atau mana-mana pihak sekalipun. Dan dengan rasa tulus ikhlas Ibu Hanifah mengucapkan kesyukuran atas kepercayaan ibu-bapa pelajar yang berkeyakinan untuk menghantar anak-anak ke SBS ini. Rasa kasih sayang dan falsafah pendidikan yang menekankan pada pembinaan perbadi pelajar yang berkeyakinan dan berjati diri ini diharapkan dapat melahirkan generasi anak bangsa yang berpegang kuat pada alQuran dan Hadith. Kurikulum mata pelajaran akademik yang sepadu dengan AlQuran dan Hadith akan dititikberatkan selaras dengan visi dan misi SBS yang mahu melahirkan individu yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia yang membolehkan individu ini berdikari dan boleh menerajui kepimpinan ke arah pembanguanan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan umat sejagat.
Antara guru-guru yang tidak mengenal penat lelah membina pelajar pintar dan berjati diri.
Tahap kesungguhan dan semangat juang dan semangat pengorbanan diperhatikan jelas wujud
dihati guru-guru dan karyawan am di SBS ini. Alhamdulilah, dan semoga berterusan.
dihati guru-guru dan karyawan am di SBS ini. Alhamdulilah, dan semoga berterusan.
Pak Mudir SBS, Ustaz Muhibbudin, di kanan sekali bersama Pak Lurah
dan Pengerusi Yayasan Situwangi, Ibu Hanifah.
dan Pengerusi Yayasan Situwangi, Ibu Hanifah.
Datin Noraini di kiri sekali mewakili kumpulan kerja.
Antara program ko kurikula ialah membina keberanian pelajar berpidato dikhalayak ramai. Mereka diberi peluang menunjukan bakat dalam Majlis Perasmian, iaitu berpidato dalam Bahasa Arab, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Sunda. (Di Garut majoriti penduduk adalah keturunan Sunda).
Guru-guru di nasihatkan supaya membina pelajar-pelajar agar berani berhubung
atau berinteraksi dengan orang-orang yang tidak dikenali, berani mengemukakan soalan yang wajar dan berani mempertahankan kebenaran.
Gambar di atas ini ialah suami saya menggalakan anak-anak supaya tidak takut dengan 'strangers'
atau berinteraksi dengan orang-orang yang tidak dikenali, berani mengemukakan soalan yang wajar dan berani mempertahankan kebenaran.
Gambar di atas ini ialah suami saya menggalakan anak-anak supaya tidak takut dengan 'strangers'
Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke atas Illahi. Permulaan yang ikhlas dari penaja dan semua pendukung-pendukung perjuangan untuk membentuk Generasi Qurani telah mula menampakan kejayaan. ILMU dan AKHLAK MULIA adalah sasaran utama. Dua faktor ini amat penting untuk memastikan orang Islam boleh membela orang Islam di mana jua dan dua faktor inilah yang akan membuat musuh-musuh Islam gentar. Denagan senjata doa yang tidak berhenti-henti menerusi wasilah amalan soleh para wali semoga Allah sentiasa menolong dan meredhai usaha ini.
Ameen.
Ameen.
No comments:
Post a Comment