Apabila saya memerhati anak-anak saya dan anak-anak saudara saya berkerja mengejar kerjaya, bekerja untuk menjadi seorang yang professional dalam bidang yang diminatinya, bekerja untuk mengejar kesenangan dari segi kebendaan dan berbagai lagi yang tersirat, saya tertanya-tanya diri saya akan beberapa perkara yang saya ingin benar untuk berbicara berterus terang dengan mereka. Tetapi sering kali saya khuatir kerana pada hari ini anak-anak muda jauh berbeza dari anak-anak muda di zaman saya. Tetapi bila saya fikir kembali, emak saya dulu pun kata anak muda zaman saya berbeza dengan anak muda di zamannya. Maka nyatalah bahawa wujud banyak perbezaan antara satu generasi dengan generasi yang lain. Perbezaan ini tidaklah salah. seharusnya ada perbezaan mengikut zaman. Itu satu kelumrahan perkembangan dan pembangunan Tamadun manusia.
Cuma yang saya ingin perkatakan di sini ialah fakta perbezaan itu sendiri. Ada perbezaan yang membuahkan manafaat pada diri sesaorang tetapi ada juga perbezaan yang tidak memnyumbang kepada kebaikan. Malahan ada bentuk perbezaan yang dipengaruhi oleh suatu pemikiran yang tidak diasaskan pada "Ilmu Yang Benar". Dengan lain perkataan ia itu perbezaan yang hanya mengikut cita rasa hati tanpa bersandarkan nilai-nilai murni, Sering sekali saya memerhati perbezaan itu datangnya dari ilmu yang didatangkan oleh pengaruh Barat atau mana-mana pengaruh kebudayaan asing. Walaupun ia nampak benar, tidak semestinya ia benar. Apakah bentuk kayu ukuran yang menentukan sesuatu itu benar atau tidak benar. Disinalah yang selalu menjadi masaalah bagi saya apabila saya ingin berkomunikasi dengan anak-anak muda di sekeliling saya.
Saya melihat fenomena ini seperti dinding antara saya dengan mereka. Dengan lain perkataan, saya lihat itu sebagai tembuk pemisah antara dua generasi. Atau dengan lain perkataan: Tembuk Antara Dua Hati. Tembuk ini boleh jadi ia berkisar atas fakta psikologi atau mungkin juga atas fakta reality.
Bukan menjadi tujuan saya di sini untuk berbahas secara professional kerana saya bukan seorang professional dibidang itu. Saya hanya ingin berbicara sebagai warga tua yang telah lama melalui hidup dan kehidupan dan telah lama melihat gelagat, karenah dan perilaku sesetengah anak-anak muda sekarang yang saya perhatikan secara rambang. Mungkin pemerhatian saya tidak tepat dan munkin ia salah sama sekali. Walaubagaimana pun saya ingin mengatakan sesuatu mengenainya Semoga apa yang saya katakan ini sedikit sebanyak ada relevannya ke atas mereka dan siapa jua yang berada di sekeliling mereka.
Lihat sahaja bentuk permainan si anak kecil ini. Ia jauh berbeza dari zaman saya kecil dahulu. Ia melambangkan betampa kompleksnya sesuatu "pemmainan" yang sebenarnya melambangkan sesuatu pemikiran. Mungkin pada anak kecil ini wujud seorang dewasa yang boleh membantu. Kalau tidak munkin ia akan mencubanya secara "trial and error". Mungkin ia mendapat penyelesaian tetapi mungkin juga tidak. Di dalam realtiy hidup, kita seharusnya mencari penyelesaian yang sebaik mungkin. Jika kita membiarkan masaalah itu belarutan dan menanti sahaja waktu atau masa menyelesaikannya, maka ia boleh menimbulkan implikasi lainnya. Sebagai seorang dewasa atau seorang tua pada anak-anak muda, saya rasa amat terpanggil untuk menyumbang fikiran. Tetapi saya sering rasa terkedu dan terhenti apabila anak-anak muda tidak mahu mengajukan masaalah mereka kepada kita semata-mata kerana mereka tidak mahu menyusahkan orang tua. Itu yang mereka katakan secara zahirnya. Tetapi mungkin ada sebab-sebab lain. Kita kenalah menilai sendiri apa yang tersirat di hati anak-anak muda kita sekarang via-a-vis peranan orang dewasa atau orang tua.
Hati kecil seorang yang tua kadang-kadang merasakan bahawa mereka menyangka bahawa ilmu dan pengalaman kita sudah tidak sesuai dengan bentuk masaalah yang anak-anak muda hadapi. Mungkin benar. Dan selalu dikatakan ada "generation gap". Entah kenapa saya tidak mahu menerima 'hakikat' ini tanpa bukti nyata. Pada saya "generation gap" hanya wujud pada hal-hal yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi. Selain itu tidak ada perbezaan antara generasi yang tidak boleh dibincangkan. Kalau semuanya wujud fakta 'generation gap' mengapa pula kita memepelajari 'sirrah' Rasulullah saw. Pastinya ada prinsip-prinsip hidup yang terus hidup dan relevan selagi ia diasaskan pada alQuran dan hadith dan lain-lain hukum hakam yang didasarkan atasnya. Sememangnyalah orang tua bukan Rasulullah, dan bukan Sahabat dan bukan alim ulam' pun. Tetapi secara umum nya orang yang lebih dewasa atau lebih tua pastinya mempunyai sekurang-kurangnya 'kebijaksanaan" atau 'wisdom' yang boleh dijadikan pedoman ketika mengambil tindakan dalam menyelesaikan sesuatu masaalah. Tetapi berasaskan pengalaman saya kini, fenomena ini amat jarang berlaku. Saya kurang arif sama ada ini benar pada orang-orang dewasa dan orang tua selain saya.
Tembuk pemisah antara dua hati dan antara dua generasi saya perhatikan (walaupun secara rambang) wujud bukan dalam setengah-setengah keluarga sahaja tetapi ia merupakan satu fenomena yang agak meluas yang harus diberi perhatian oleh sesiapa jua yang faham mengenai hal ini seperti Institusi-instituisi penerangan atau pun pihak-pihak yang peka mengenai pembanunan keluarga dan masyarakat. Jikalau hanya ada "digital divide" antara generasi, ini tidak membimbangkan. Tetapi jika ada tembuk pemisah yang menghalang jalinan kasih sayang dan keyakinan kepercayaan (trust) antara dua generasi maka ini amat membimbangkan. Mungkin fenomena ini melampaui sempadan bangsa, budaya dan agama dan mungkin juga tidak. Kalau dari segi Islam, fenomena ini boleh melemahkan kekuatan keluarga dan masyarakat.
Bukankah ini berbahaya dari segi survival ?
No comments:
Post a Comment