Berburu Di Padang Datar
Dapat Rusa Belang Kaki
Berguru Kepalang Ajar
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi.
Hanya kita yang tidak sempurna ilmu yang ada pada kita. Tetapi kita rasa sebaliknya dan jarang sekali mahu memohon petunjuk dariNya. Maka ramai diantara kita yang terjebak dengan sindrom "berguru kepalang ajar". Bukan dalam kisah sejarah sahaja, tetapi dalam banyak hal. Mungkin kita boleh cuba perbincangkan dalam entry yang lain pula.
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi.
Saya rasa ramai antara kita yang sedikit sebanyak kadangkala terjebak dalam sindrom "berguru kepalang ajar". Saya katakan demikian kerana ramai diantara kita yang "suka" memperkatakan sesuatu yang kita sebenarnya tidak berapa tahu mengenai perkara itu dan jauh sekali seorang pakar dalam perkara yang di perkatakan. Tetapi mengikut sifat manusia biasa kita sering terdorong untuk ikut sama memberi pandangan. Kadang kala pandangan itu tidak diperlukan pun. Dengan lain perkatan, ia tidak memberi nilai tambah dalam perbincangan tersebut, malah ia boleh mengelirukan dan menjadi "counter productive".
Kebelakangan ini sebagai contoh ialah perbincangan mengenai Sejarah Kemerdekaan negara kita Malaysia. Sebagai pelajar dahulu lagi saya diajar siapa hero-hero kita yang memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang ini timbul pula teori-teori lain yang mencabar kesahihan fakta yang ada. Ada yang berkata Malaysia tidak pernah dijajah. Ada yang kata Pejuang kemerdekaan yang sebenarnya tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, dan berbagai lagi pendapat. Dalam hal ini siapa pula yang akan menjadi hakim untuk menentukan siapa betul dan siapa salah.
Masaalah fakta sejarah ini bukan di Malaysia sahaja ada perbalahan siapa betul siapa salah. Dalam memperkatakan hukum hakam Islam pun wujud hadith sahih dan hadith maudhu atau palsu. Maka sejarah negara kita juga menemui controversi seperti ini. Sebab itu ada orang memperkatakan : "Is it Fact or Faction". Sejarah boleh ditulis mengikut "cita rasa" seseorang pencatat atau penulis sejarah. Fahaman dan perspektif pemikiran kita selalu berbeza mengikut pengalaman pahit atau manis yang telah kita lalui. Maka timbulah pertelingkahan seperti ini.
Saya pernah membaca di internet suatu masa dahulu fakta sejarah yang mengatakan Amerika itu bukan di "discover" oleh Christopher Columbus. Katanya, penulis yang mengatakan Columbus "discovered" Amerika adalah satu "pembohongan" oleh pencatat sejarah. Ini berlaku mungkin kerana tidak ada kesan-kesan sejarah yang tercatat jelas atau mungkin ada muslihat politik oleh kuasa besar ketika itu mahu memperluas pengaruh mereka di pentas dunia ini. Dalam rencana yang saya baca, di katakan bahawa dalam rombongan Columbus itu sudah ada seorang penterjemah bahasa Arab. Kalau begitu pastinya di Amerika sana sudah wujud sekumpulan manusia yang telah "bertamadun" dan berbahasa Arab. Tambahan pula kesan artifacts yang dikumpulkan ada ciri-ciri seni ukir Arab.
Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah satu persoalan sama ada besar munafaatnya untuk "berkelahi" dalam hal-hal seperti ini. Siapakah pejuang Kemerdekaan Tanah Air. Allah tahu siapa yang telah gugur syahid. Sememangnya sejarah itu penting. Ia maruah negara. Tetapi pada hemah saya yang perlu diberi perhatian sewajarnya ialah perihal sekarang ini, "here and now".
Barang yang lepas janganlah sangat-sangat dikenang hingga ketahap merugikan masa dan tenaga. Mungkin lebih baik kita memperkatakan dan bertindak melaksana strategi perjuangan yang lebih penting untuk sekarang dan masa hadapan.
Mengapakah kita sangat sibuk dengan fakta sama ada Malaysia pernah dijajah atau tidak dijajah. Jika dijajah siapa pula pejuang kemerdekaan. "Bijak pandai" berbeza pendapat. Pada saya kenyataan yang terbentang luas sekarang ini ialah Malaysia kita masih terjajah, iaitu dari segi Minda dan Hati kita. Dalam hampir semua bidang kehidupan, kita terikut-ikut cara penjajah atau bekas penjajah. Yang sangat ketara ialah dalam hiburan dan rekreasi dan beberapa perilaku sosial yang lain. Maka ini seharusnya yang kita perlu beri perhatian serious, dan bukan mati-mati cuba mempertahankan apa yang sudah berlepas jauh.

Ayuh, kita tumpu tenaga dan pemikiran kita pada hal-hal amal makruf dan nahi munkar untuk menyelamatkan bangsa dan negara. Kita tegakan KEBENARAN ALLAH, sekarang dan jangan teragak-agak. Yang sudah mati tidak boleh bangun membela diri. Maka jangan sampai nanti bila kita sudah mati, banyak pula yang akan mengatakan banyak perkara mungkar yang kita belum insafi dan perbetulkan. Akibat buruk pasti terletak pada generasi turun temurun. Saya rasa itu lebih parah bagi kita yang semestinya menjawab soalan itu di alam barzah nanti. Saya rasa tidak ada soalan mengenai siapa penjajah, siapa pejuang dan siapa pengkhianat.
Kekurangan manusia amat nyata. Sebab itu semasa Allah mencipta Nabi Adam Allah mengajarkan ilmu yang sepatutnya diketahui olehnya. Ilmu adalah suatu yang berat dan penting. Malaikat pun tidak terdaya dan ia menjawab seperti yang saya turunkan ayat-ayat Quran di bawah ini.
Kekurangan manusia amat nyata. Sebab itu semasa Allah mencipta Nabi Adam Allah mengajarkan ilmu yang sepatutnya diketahui olehnya. Ilmu adalah suatu yang berat dan penting. Malaikat pun tidak terdaya dan ia menjawab seperti yang saya turunkan ayat-ayat Quran di bawah ini.
Hanya kita yang tidak sempurna ilmu yang ada pada kita. Tetapi kita rasa sebaliknya dan jarang sekali mahu memohon petunjuk dariNya. Maka ramai diantara kita yang terjebak dengan sindrom "berguru kepalang ajar". Bukan dalam kisah sejarah sahaja, tetapi dalam banyak hal. Mungkin kita boleh cuba perbincangkan dalam entry yang lain pula.
WaAllahu'alam.
2 comments:
Salam Sis,
Masa yang dah berlalu takkan kembali lagi.
dok pi mai - permainkan isu kominis tak kominis , sapa pejuang sapa pengkhianat , kena jajah ke tak kena jajah - dengan berlarutan sampai tenggelam masalah sebenar - rakyat marhaen yang tengah dok kalut harga barang dan keperluan makin naik!
Inilah masalah semasa yang patut diperbincang dan diperdebatkan!
Yes Sis. Terima kasih kunjung. Kita tak macam depa di Egypt, Libya dan yang lain lagi. Masih takut nak buat sesuatu yang berkesan. Kasihan anak cucu-kita generasi akan datang.Nanti kita bagaimana nak jawab di sana.
Post a Comment