Satu kenyatan hidup kini. Teknologi amat memikat hati yang pintar dan yang belum pintar dan yang mahu pintar.
Ini Ujai, cucu sulung yang berHari Raya bersama saya dan Tok Ayahnya. Dan kami semua ke Kedah untuk silaturrahim dan berbagai acara yang lain.. Di dalam kereta ia sibuk "menggodam" celfon mengikut suka. Konsentrasinya hanya tertumpu pada games dalam celfon anak saya yang dipinjamkan padanya. Wah ! Apa lagi. Berhenti menggodam apabila habis battery. Yang baik bagi kami ialah Ujai tidak buat karenah lain kerana ia tidak bosan. Dapatlah kami perjalanan yang tenang kerana masa terluang di munafaatkan untuknya.
Ujai berpeluang bermain bunga api dengan kawan-kawan jiran sekampung Tok Teh. Kampung Sungai Batu tidak gawat dengan alat-alat IT. Ini fenomena yang perlu perhatian pihak yang bertanggong jawab selain ibu-bapa dan keluarga. Anak-anak di Kampung tidak menumpu merasai kecanggihan komputer dan celfon dan berbagai lagi peralatan canggih yang saya sendiri pun kurang arif.
Ibu Ujai tidak pernah membeli bunga api maka di Sungai Batu ini dia seronok bermain dengan kawan-kawan sebaya dengannya. Cuma ada kalanya dia takut dengan mainan mercun cili padi yang kecil. Bagaimana di Sungai Batu boleh dapat merecun pun saya kurang faham. Gambar di bawah kelihatan Ujai berlari mengelak letupan. Dalam hati saya berkata-kata: "A Mujahid in the making? ". Itu satu doa.
Dari Sungai Batu kami ke Penang untuk bermalam di sana sebelum ke Gunung Jerai. Di bilik hotel Ujai sibuk pula cuba "memujuk" dan cuba meminjam "mainan" Uwais, cucu saya seorang lagi dari anak lelaki saya.
Anak saya mempunyai Galaxy, salah satu sistem IT yang terkini. Maka anaknya sudah "naik" setahap lagi. Tidak mahu games yang di celfonnya. Maka menjadi satu tugas ibu bapa untuk cuba menggalakan generasi kecil ini berkongsi alat menimba ilmu. Di atas adalah gambar Uwais dan Ujai. Beza umur adalah 3 tahun. Maka oleh kerana "kepintaran" berbeza maka timbullah "pergaduhan" siapa yang punya dan siapa yang berhak meng"klik"nya. Saya rasa fenomena ini bukan habis di sini. Saya katakan pada ibu dan ayahnya bahawa saya tidak berkemampuan untuk mengendalikannya.
Bagaimana agaknya dimasa hadapan nanti bagi mereka yang kurang kemampuan untuk membelinya?
Soalan ini untuk kepimpinan negara menjawabnya. Kasihan ana-anak yang ibu-bapanya kurang berada dan tiada upaya.
Ketika itu (adat kata) saya sudah tidak ada di alam ini.
Tetapi bagi anak-anak kecil seperti Ujai dan Uwais masa depannya bukan berkaitan dengan IT sahaja. Yang lebih merisaukan saya ialah apakah jenis pemikiran kepimpinan dan pemikiran masyarakat pada masa akan datang yang akan mempengaruhi dan mencorak pemikiran anak-anak generasi ini. Sekarang ini pun keadaan di luar sana sudak simpang siur dari segi pemikiran yang berkaitan dengan hidup dan kehidupan dan dari segi pembangunan ekonomi dan pencarian rezki, dari segi hiburan dan rekreasi dan berbagai lagi.
Setengah orang berkata nilai-niali politik sudah mencemari nilai moral. Seperti setengah orang mengatakan: "Kita jangan melampau dalam agama". Definasi "melampau" pun tidak sebenarnya difahami. Kebanyakan kita hanya mengeluarkan semula pendapat orang-orang yang mengiktiraf diri mereka bekelayakan memperkatakan sesuatu tentang moraliti. Walhal dalam banyak keadaan mereka pun masih kabur apa itu pelampau agama. Ini belum lagi bercerita tentang nilai-nilai yang lainnya.
Kemudian saya perhatikan terdapat juga individu yang agak lemah keupayan berfikiran sistematik, mendalam dan berasaskan ilmu yang benar dilantik menjadi pemimpin. Kemudian mereka melontarkan buah fikiran dan pendapat tanpa bukti yang nyata, atau tanpa bukti sama sekali. (Mungkin ada bukti tetapi tidak tersiar). Hal seperti ini boleh membingungkan rakyat dan boleh mengelirukan rakyat. Contohnya sekarang ini ialah pemikiran mengenai sejarah Tanah Air kita, Malaysia. Siapa sebenarnya pejuang bangsa ? Saya sendiri pun "bingung". Mungkin kerana saya sememang lemah dalam "Ilmu Sejarah". Tetapi yang lebih penting dari itu saya takut akan lahir "Identity Crisis" pada anak cucu generasi akan datang. Ada bijak pandai yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah. Kuasa British hanya datang untuk mengawasi dan menunjuk ajar pemimpin Malaya ketika itu. Lihat rencana blog ini.http://pbaru.blogspot.com/
(The Bullshit Theory of Revised Malaysian History by Majlis Professor Negara).
Maka saya merenung jauh perilaku Ujai dan Uwais dan anak-anak kecil yang seumur dengannya sambil berfikir senyap-senyap: Bagaimana saya mahu membantu cucu cicit diperingkat ini semoga tidak "terperangkap" dengan berbagai kekeliruan. Munkin melalui ibu-bapa mereka. Tetapi sekarang ini pun ibu-bapa mereka terlalu sibuk menumpu pada kerjaya masing-masing dan jarang sekali memberi peluang dan ruang pada diri sendiri untuk berfikir dan bermuhasabah.
Saya risau.
Fikiran saya seperti sangat pesimistik dengan masa depan Malaysia. Kadang-kadang sememnagnya begitu. Saya merasai halatuju negara kita nampak seperti kabur. Antara hal yang saya fikirkan ialah jika hendak dikata Malaysia ini negara sekular, Perlembagaan Malaysia mengatakan Islam agama rasmi. Tetapi jika hendak dikatakan ini negara Islam Tulin, saya masih belum dapat menerimanya sepenuh hati. Perlaksanaan undang-undang pun ada yang mempersoalkan kesahihannya. Maka apakah yang akan terjadi pada Ujai dan Uwais dan yang lain-lain itu?
Saya risau.
Saya hanya mampu mendampingi mereka dan membantu menndidik sebaik mungkin dan lainya saya pasrah dan berdoa semoga Malaysia terpelihara dari pancaroba. Semoga Allah menunjuki jalan yang benar, jalan-jalan yang Ia redha dan bukan jalan-jalan yang diambil oleh mereka yang sesat lagi menyesatkan.
Semoga selamat meniti-niti perubahan dan semoga sentiasa dalam peliharaan Allah bagi generasi anak-cucu kita dan yang berikutnya.

2 comments:
Assalamualaikum puan.
Dulu semasa kecil saya diajar agar jangan cakap bohong,bercakap dengan santun jauhi menyakiti orang,jujur,hormati hak orang lain,jauhi fitnah dan berbagai-bagai nilai +ve. Ketika itu saya rasa orang yang lebih besar baik-baik semua. Semakin saya memebesar saya dapati sangkaan saya salah,segala apa yang diajar kepada saya agar jangan lakuka berlaku dengan berleluasa sekali di kalangan orang-orang besar.
Sekarang bila saya sudah tua,sukarnya nak mengajar nila-nilai+ve pada anak-anak kerana hijab tentang perilaku orang-orang tua telah terbuka,dengan mudah disekeliling mereka.Kebohongan,ketidak jujuran,fitnah dan sebagainya hadhir dengan percuma.
Salam MakBonda. Betul apa yang dikatakan. Tapi jangan terlalu risau dan jangan putus asa. Didik tetap didik seperti yang kita tahu apa yang terbaik. Allah maha mendengar akan doa-doa orang-orang mukmin terutamanya doa ibu utk anak-anak. Kita tidak upaya untuk pengaruh orang besar-besar. Kita doa sahaja semoga Allah menghadhirkan untuk anak-cucu orang-orang besar yang beriman dan bertaqwa.Allah maha mengetahui dan besar dimata orang mungkin kecil di sisi Allah.Kebergantungan kita hanya pada NYA jua.
Post a Comment