"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, November 20, 2011

BADAN YANG SIHAT



Sihat dan menyehatkan.


Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa badan yang sihat itu adalah lebih baik dari wang berjuta ringgit. Itu yang saya kesalkan tentang diri saya kerana saya sudah berhenti dari sessi Tai Chi saya hampir setahun sekarang ini. Susah sekali hendak bermula balik setelah berehat kerana saya melancung jauh buat beberapa kali. Saya sedang memotivasi diri untuk bermula semuala.

Jika badan tidak fit, beribadah pun menjadi rumit dan tidak selesa. Bila umur bertamabah banyak perkara yang menjadi rumit. Selalu saya katakan pada anak-anak supaya tidak bertangguh masa untuk berbuat amal. Umur dan kesihatan badan tiada siapa boleh menduga. Kelmarin saya menziarahi biras saya di Cyberjaya. Dia baru bersara awal dari menjadi guru sains dan mathematik dalam umur lewat empatpuluhan. Saya lihat dia slim dan sihat. Kerja-kerja rumah dibuatnya sendiri. Amat jelous saya melihatnya.




Bercerita tentang hal sihat, ingat saya semasa kecil  dahulu emak saya sentiasa memaksa  saya minum segelas lempoyang hampir setiap pagi. Itu satu sistem immunisasi tradisional. Saya membesar sihat. Bila dewasa tua ini saya takut minum jamu dan apa jua jenis ubat-ubatan yang  perlu di minum. Maka baru-baru ini semasa
 kami menginap di Harris Hotel di Jakarta saya tidak mengambil peluang minum jamu yang dihadangkan yang menjadi sebahagian package 'bed and breakfast' yang kami pilih. Alangkah ruginya, kata suami saya. Saya hanya senyum tetapi setuju dihati .........

Seorang teman sedang memilih ramuan yang disukai.

Tinggalah di Harris hotel untuk minum jamu yang berbagai khasiat. Cara  menyediakan dan cara menghidang  membuat pelanggang tertarik untuk mencubanya.....melainkan saya.

Semoga Allah mengurnia kesihatan untuk bekalan  beribadah sepenuhnya pada Allah yang maha Esa.


...........

2 comments:

puanseri said...

mak saya juga paksa minum jus lempoyang sampai usia remaja. katanya untuk ubat cacing, selera makan..dll.
tapi sygnya saya tak amalkan konsisten mcm dulu. dan awal tahun ini saya terbaca artikel ini dan berhasrat nak amalkan kembali petua lama :)

http://my.news.yahoo.com/upm-researchers-substance-lempoyang-plant-treat-cervical-cancer-20110118-023413-768.html

ngasobahseliman said...

Bagus tu, Ain. Boleh buat kat anak-anak juga. Tapi mana nak dapatkan supply lempoyang ye? Salam.

Related Posts with Thumbnails